Lima sebab belia wajib tolak vape
- Akhlak seorang mukmin
Kita sebagai orang Islam, Allah perintahkan untuk kita menjadi contoh yang baik pada orang lain dan menjadi contoh yang terbaik termasuklah menunjukkan contoh akhlak yang baik. Seperti rokok, budaya vape bukanlah satu budaya yang indah dilihat oleh mata manusia dan juga bukanlah baik di sisi Nabi, apatah lagi di sisi Allah.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (3:110)
- Membazirkan duit
Vape bukan datang bergolek secara percuma. Mereka perlu membeli dengan wang ringgit. Ada vape yang mencecah ratusan ringgit. Namun, ada yang bersuara, rokok lagi mahal kerana ada kenaikan cukai. Vape lebih murah. Sebenarnya, mereka sudah lari daripada di mana harta kita sepatutnya diletakkan. Seorang mukmin yang sihat imannya tidak akan gunakan wang ringgit pada jalan yang membawa kepada pembaziran, lebih-lebih lagi pembaziran secara berkala pula.
Kita tengok apa contoh-contoh dari para sahabat. Ketika peristiwa Jaisyul Usroh, para sahabat seperti Abu Bakar mendermakan wang sebanyak 400 dirhamnya, Umar memberi setengah dari hartanya, Uthman dengan 100 dinarnya, Abdur Rahman bin Auf dengan 200 uqiyah peraknya dan ramai lagi nama-nama para sahabat yang gigih memberikan harta pada jalan Islam. Ini kerana harta itulah yang menjadi pemberat amalan di hari akhirat
- Di fatwakan haram
Sudah ramai mufti menfatwakan vape ini haram seperti mana rokok dan shisha. Maka sesiapa yang melakukannya juga akan mendapat balasan dosa. Setiap hisapan asap menjadi pemberat pada dosa di akhirat.
- Kajian yang menyokong vape naif
Hanya satu sahaja kajian yang menyatakan 95% lebih selamat berbanding rokok biasa. Tambah pula kajian ini ditaja oleh Syarikat British American Tobacco (BAT juga mengaut keuntungan menjual vape). Satu kajian sahaja dijadikan hujah utama walhal dalam bidang melibatkan kesihatan kebiasaannya ada banyak hasil kajian yang sama baru boleh dijadikan bukti kukuh.
- Bukan aspirasi anak muda
Aspirasi anak muda bukanlah mencari keuntungan semata-mata sehingga meninggalkan semua nilai agama, akhlak dan prinsip malah ada yang jauh lebih baik dari itu! Anak muda sebagai harapan negara sewajarnya mengejar untuk mengharumkan nama negara, mengejar kecemerlangan sehingga di peringkat pengajian tinggi, aktif dalam bersukan, membantu masyarakat melalui aktiviti kesukarelawanan dan macam-macam lagi. Kenapa tidak tekankan aspirasi ini berbanding dengan satu aspirasi saja?
Anda setuju vape wajib ditolak?
Share dan like tanda anda setuju! dengan Hashtag #AnakMudaTolakVape
#SayNoToVape
*Artikel ini telah disiarkan di Facebook Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).
Pautannya https://www.facebook.com/PembinaMalaysia/posts/1106671972684095