Obama & TPPA Membawa Maslahah Pada Negara?
Soalan:
Salam, apa pendapat tentang kehadiran Obama dan isu TPPA? Ada sebahagian orang kita yang menyokongnya atas asas kemaslahatan negara.
Jawapan:
Kita sama sekali tidak perlukan Obama atau mana-mana pengganas dan kuasa asing untuk memberi solusi pada kita. Kita sudah punya solusi tersendiri.
Firman Allah s.w.t :
يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصارى أَوْلِياءَ. بَعْضُهُمْ أَوْلِياءُ بَعْضٍ. وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai wali (wala’ kepadanya), kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain,dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya (wala’), maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu” (Al-Maidah : 51)
Orang kafir sesekali tidak akan meredhai kita. Kita jangan terlalu naif dan mudah diperdaya oleh mereka. Mereka sentiasa bersatu untuk menyerang Islam (الكفر ملة واحدة). Sejarah telah membuktikan kekejaman mereka terhadap umat Islam tapi mereka ‘bijak’ menutup kesalahan mereka dengan menjadi hero mempromosi Hak Asasi Manusia, kononnya memperjuang keadilan dunia, mempromosi TPPA kononnya membuka kebebasan ekonomi, tapi hakikatnya ia hanyalah helah untuk memonopoli.
❗️Jangan kita pandang dunia ini baru bermula semalam.
Jangan lupa merekalah yang telah mencetuskan perang salib ke umat Islam selama 200 tahun.
Merekalah yang telah berlaku kejam terhadap umat Islam di Spain satu ketika dahulu.
Merekalah yang telah menyeksa dan menghalau umat Islam dari Palestin dan mengisi tanah suci itu dengan yahudi laknatullah.
Mereka lah yang menyerang dan membunuh umat Islam di Burma, Bosnia, Kosovo, Afrika Tengah, Syria, Mesir, Filifina, bahkan Malaysia satu ketika dahulu dengan pelbagai bentuk.
Hari ini, merekalah yang mencipta dan memberi dana kepada pihak yang didakwa pejuang Islam tapi sebenarnya untuk memburukkan nama Islam dan jihad itu sendiri dan terus membaham negara-negara Islam seperti Myanmar, Iraq, Syria, Turkmenistan dan banyak lagi.
Sangat malang bilamana orang Islam sendiri yang menjadi kakitangan dan boneka mereka untuk menghancurkan Islam di negara sendiri.
وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا
“…Mereka tidak berhenti memerangi kamu sehingga mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup…” (Al-Baqarah : 217)
Adakah pernah kita saksikan dalam sejarah agung Islam, Rasulullah dan keempat-empat khalifah selepas itu yang mentadbir negara dengan kejam, sektarian, zalim?
Tidak sama sekali.
Yang kita jumpa dalam sejarah adalah kezaliman yang dahsyat berlaku dalam pemerintahan mereka yang tidak tunduk kepada sistem Islam !
“kebaikan” mereka di Malaysia hanyalah umpan untuk memancing Umat Islam di sini supaya menyokongnya.
Islam sentiasa mempromosi kebebasan. Sebab itu hukum harus dalam fiqh jauh lebih banyak daripada hukum haram malah menjadi hukum asal bagi setiap perkara selain ibadat sehingga keluar satu kaedah yang amat masyhur;
الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
Bermaksud: “Pada asalnya, hukum bagi sesuatu benda itu adalah harus sehingga terdapat dalil yang menunjukkan akan keharamannya.” (Al-Asybah wa Al-Nazo’ir, As-Suyuti, m/s 60.)
Ya, kita tidak perlukan Obama atau mana-mana kuasa asing untuk memberi solusi pada kita. Kita sendiri sudah punya solusi malah sejarah kita menjadi saksi akan kebenaran solusi ini.
Penulis: Ustaz Ahmad Khairuddin, Ahli Majlis Ulama Isma
Sumber: https://telegram.me/siyasahmuamalat
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pandangan rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, dan juga tidak mewakili pandangan rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).