PendapatUtama

Putin, Rusia sekutu atau seteru Israel?

 

photo_2015-11-30_12-24-47

Umum mengetahui permusuhan di antara Rusia dan Amerika Syarikat sejak sekian lama, terutamanya sejak Perang Dingin (1985-1991) yang berakhir dengan kejatuhan USSR. Amerika Syarikat dikatakan telah membekal senjata kepada para mujahidin Afghanistan dalam memerangi tentera USSR. Amerika Syarikat sehingga kini terus menjalankan perang propaganda terhadap Rusia melalui media mereka.

Namun, yang menjadi persoalan adalah bagaimana pula hubungan di antara Rusia dan Israel?

Menurut Paul Johnson (A History of the Jews, 1987), Joseph Stalin telah mengamalkan dasar luar pro-Zionis. Pada 1947, sebelum tertubuhnya negara Israel, Rusia dan semua negara-negara di bawah naungan USSR telah menyokong Plan Pembahagian Palestin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mengiktiraf negara baru bagi bangsa Yahudi.

Hubungan Rusia-Israel menjadi keruh apabila Rusia dan sekutu-sekutunya telah membekalkan senjata kepada negara-negara Arab iaitu Mesir, Syria, Libya, Yaman, Algeria dan Iraq terutamanya dalam menghadapi krisis Terusan Suez yang berakhir dengan kekalahan Israel di dalam peperangan yang berlaku pada tahun 1973. Israel telah kehilangan penguasaan ke atas Terusan Suez dan Semenanjung Sinai kepada Mesir serta sebahagian Bukit Golan kepada Syria.

Episod baru hubungan Rusia-Israel bermula selepas kejatuhan Soviet Union pada tahun 1991. Penghijrahan Yahudi Rusia ke Israel mencatatkan angka yang tertinggi berbanding dari negara lain. Keadaan ini menyebabkan akhbar-akhbar dalam Bahasa Rusia mula wujud dan saluran-saluran televisyen Rusia juga mula disiarkan di dalam Israel.

Pada tahun 2006, delegasi rasmi kerajaan Rusia ke Israel telah mendapati tidak kurang 1 juta rakyat Israel berasal dari Rusia. Ketua Delegasi, Vladimir Zhirinovsky ketika itu berkata bahawa Rusia tidak akan membiarkan apa juga bentuk keganasan dilakukan terhadap Israel.”

Putin, di dalam satu kenyataan beliau pada tahun 2011 berkata bahawa Israel merupakan sebahagian daripada ‘Dunia Rusia’ dan merupakan salah satu dari negara luar yang menggunakan Bahasa Rusia, di mana lebih daripada separuh rakyat Israel boleh berbahasa Rusia.

Pada Jun 2012, Israel merupakan destinasi pertama lawatan rasmi Putin sebaik sahaja memenangi pilihanraya Presiden Rusia. Sempena lawatan tersebut, beliau memuji negara Israel dan menyatakan perasaan bangga beliau kerana sebahagian besar rakyat Israel berasal dari Rusia dan masih berbahasa Rusia.

Dalam perang Israel ke atas Gaza pada tahun 2014 yang berlangsung selama 51 hari, Putin di dalam menyokong Israel telah berkata bahawa beliau secara peribadi menyokong usaha Israel dalam melindungi keselamatan warganegaranya.

Dari aspek ekonomi, pada tahun 2014 Rusia telah meningkatkan import buah-buahan dari Israel selepas ia memboikot import barang makanan dari Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Manakala Rusia merupakan sumber import daging bagi Israel.

Menurut Reuters, pada Oktober 2015, Israel dan Rusia telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan penyelarasan operasi ketenteraan di negara Syria bagi mengelakkan sebarang pertembungan di antara kedua-dua pihak.

Rentetan peristiwa Turki menembak jatuh pesawat Su-24 Rusia, Jerusalem Post melaporkan kenyataan seorang pegawai atasan tentera udara Israel bahawa Israel tidak akan menembak jatuh pesawat Rusia jika ia memasuki ruang udara Israel. Kewujudan pesawat perang Rusia bukan ancaman ke atas Israel, tambah beliau lagi.

Sebagai tindak balas Rusia terhadap peristiwa yang sama, Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev berkata bahawa Rusia akan memutuskan sebarang hubungan perdagangan atau ekonomi dengan Turki. Rusia merupakan sumber utama gas asli bagi negara Turki. Di dalam kenyataan yang sama, beliau menyatakan minat Rusia untuk menjadikan Israel sebagai salah satu alternatif bagi menggantikan Turki. Turki merupakan destinasi pelancongan popular di kalangan sebahagian besar rakyat Rusia dan merupakan sumber import pertanian negara tersebut.

Hubungan mesra Rusia-Israel ini bukanlah sesuatu yang terselindung. Ia dilaporkan secara terbuka di dalam mana-mana media. Namun persoalan yang lebih penting adalah di dalam krisis pergolakan Timur Tengah, terutamanya di Syria, kepentingan siapakah yang dilindungi oleh pihak-pihak yang bertelagah?

Salman Abdul Rahman
Pengarah
Muslim Leadership Development Centre (MILAD)
MTAEF Foundation

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Russia, secara demographic-nya merentasi timur eropah hingga lah ke timur asia Walaupun negara ini hanya mempunyai 143 million populasi, jika dibandingkan dengan China dan India mempunyai berbillion rakyat, kita masih boleh menaggap ia sebuah negara yang besar dan mempunyai kepelbagaian ethnik yang berbeza-beza termasuklah mereka yang keturunan Yahudi. Pada mulanya, mereka ini berhijrah ke Negara Russia dan Eropah setelah Jerusalem ditawan oleh Empayar Roman dan kemudiannya oleh orang Islam.

    http://www.ifcj.org/site/PageNavigator/sfi_about_history_roman

    Setelah berhijrah, Yahudi2 ini berasimilasi dengan budaya penduduk tempatan seperti menukar nama mereka sama seperti penduduk asal negara tersebut. Setelah lama mereka di sana, mereka menguasai sistem kewangan dan media masa serta menjalin hubungan mesra dengan golongan bangsawan di negara-negara tersebut dan dengan itu secara tidak langsung mempengaruhi politik negara2 tersebut. Ingat, Communism, Marxism, Secularism, Feminism adalah ciptaan Yahudi.

    Walaupun telah menjadi rakyat negara-negara tersebut, mereka tidak pernah lupa asal usul mereka dan kesetiaan mereka terhadap tanah nenek moyang mereka serta pegangan zionism yang tidak pernah luntur sejak beratus atau beribu tahun.

    http://www.reformjudaism.org/history-jewish-immigration-israel-aliyah

    Di dalam konteks dunia sekarang, negara mana yang tidak mempunyai hubungan dengan Israel? Mungkin hanya di atas kertas. Sekiranya kita terlibat dengan Amerika dan Eropah dan badan badan besar dunia, secara tidak langsung kita juga ada hubungan dengan Israel. Arab Saudi dan UAE adalah contoh terbaik. Di atas kertas mereka ini anti Yahudi, tetapi di belakang tabir mereka adalah sekutu terkuat Amerika dan secara tidak langsung Israel.

    Didalam konflik Syria, sudah tentu Israel dengan bijaknya tidak akan secara langsung menentang Rusia, kerana kekuatan ketenteraan dan persenjataan Rusia. Begitu juga dengan Rusia yang perlu berhati hati dengan Israel yang juga sebuah negara Kuasa Nuklear.

    Israel pernah menceroboh ruang udara Syria dan mengebom markas2 tentera Syria pada tahun 2013. Ini secara tidak langsung menunjukan Israel anti Assad dan secara tidak langsung mengacau kepentingan Rusia dinegara itu.

    Jika ingin menilai hubungan sebenar Rusia-Israel. Kita perlu melihat hubungan Rusia-Amerika.

    Amerika telah memutuskan economic sanction terhadap Rusia setelah konflik crimea/ukraine. Konflik Ukraine itu sendiri dimulakan/ditaja oleh siapa? Amerika. Mereka mahu kepimpinan Ukraine yang menolak agenda negara Eropah dan Bank Dunia ditukar dengan kepimpinan yang tunduk dengan telunjuk mereka. Rusia juga ada kepentingan di Ukraine dan kepentingan ini diserang oleh Amerika.

    Saya juga tidak menolak kemungkinan, sekutu Amerika di Ukraine menembak jatuh MH17 untuk menaikkan kemarahan dunia terhadap Rusia. Penentang kerajaan Ukraine menganggap MH17 adalah pesawat Rusia kerana warnanya merah biru putih seakan-akan warna rasmi bendera negara Rusia. Adakah ini secara kebetulan atau dirancang rapi oleh Amerika?

    Pada masa yang sama, kejatuhan harga minyak dunia juga didalangi oleh Amerika dengan bantuan Arab Saudi dan UAE yang menurunkan harga walaupun tidak masuk akal.. Ini bertujuan melumpuhkan ekonomi Rusia yang bergantung kepada minyak dan gas.

    Rusia berhak menjaga kepentingannya di Syria kerana Rusia mempunyai pelaburan yang besar di Syria dalam bidang infrastruktur, perniagaan, ketenteraan/persenjataan, dan pelancongan.

    Akhir kata, Rusia dan dunia Islam mempunyai musuh yang sama Amerika-Israel. Walaupun pada hari ini , ramai penduduk Israel ramai yang berasal dari Rusia tetapi mereka tidak mampu mempengaruhi dasar kerajaan Rusia. Tidak seperti di Amerika.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker