Pendapat

Isu seminar Kristianisasi: Kenyataan pemimpin muda Melayu DAP setengah masak

photo20482789685179689

1. Dyana Sofya dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa seminar “Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi” yang dikatakan dianjurkan di UiTM pada 12 Disember 2015 kononnya “menunjukkan UiTM membenarkan aktiviti provokasi keagamaan dan ingin menimbulkan kebencian di kalangan rakyat Malaysia.”

2. Memandangkan saya tidak hadir sendiri dalam seminar itu, tidaklah dapat saya memberikan sebarang pandangan atau komen berkenaan kandungan seminar itu. Tetapi berasaskan dan terhad kepada tajuk seminar itu — Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi — secara peribadi saya tidak fikir terdapatnya apa-apa kesalahan bagi mana-mana pihak sekalipun untuk menganjurkan seminar yang sedemikian itu, selagi mana apa yang dibincangkan adalah dalam lingkungan lunas undang-undang.

3. Gerakan memurtadkan atau cubaan memurtadkan orang Islam adalah merupakan suatu jenayah di sisi enakmen-enakmen di pelbagai negeri di negara ini, dan bahkan diperuntukkan pula di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Sekiranya dibaca, Perkara 11(4) memperuntukkan bahawa “Undang-Undang Negeri … boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”

4. Justeru seminar yang bersifat akademik di sebuah institusi pendidikan tinggi bagi membongkar perbuatan jenayah menyebarkan agama bukan Islam kepada orang Islam tidak wajar dicemuh atau diburuk-burukkan sebagai kononnya “anti-Kristian” atau “provokasi keagamaan”, seperti yang didakwa oleh Dyana Sofya, sebaliknya mestilah dilihat dari aspek dan kacamata yang positif sebagai semata-mata suatu pengulang-tegasan terhadap peruntukan perundangan sedia ada serta prinsip asas keperlembagaan seperti yang telah dipersetujui oleh bapa-bapa kemerdekaan kita dahulu.

5. Hal ini berbeza sekiranya seminar itu misalnya adalah mengenai “Seminar Ancaman Islamisasi” — maka bukan sahaja dianya akan menjadi anti-Perlembagaan (Perkara 3 yang menjunjung Islam sebagai agama bagi Persekutuan), bahkan juga akan menjadi suatu perbuatan jenayah provokasi agama di bawah seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Hal ini demikian kerana bukan sahaja tidak ada sebarang peruntukan perundangan yang melarang penyebaran agama Islam di Malaysia, sebaliknya Mahkamah Rayuan bahkan telah memutuskan bahawa wujudnya tanggungjawab positif terhadap pemerintah di negara ini bagi mendakwahkan, mempertahankan serta memperteguhkan (‘to promote, defend and protect’) kedudukan agama Islam di negara ini. (Lihat keputusan Mahkamah Rayuan dalam Menteri Dalam Negeri & Ors v Titular Roman Catholic Arcbishop of Kuala Lumpur [2013] 8 CLJ 890).

6. Kedudukan yang seperti ini bukanlah suatu kejanggalan, bahkan tidak wajar ditanggap sebagai kononnya dua patokan (double standard), sebaliknya mestilah dilihat dan difahami berasaskan kepada sejarah dan asas-asas keperlembagaan negara ini, yakni prinsip timbal balik atau quid pro quo yang telah dipersetujui oleh para perangka Perlembagaan Persekutuan — di mana sebagai balasan kepada membentuk persekutuan dan membenarkan kewarganegaraan kepada warga bukan Melayu, maka Islam telah dipersetujui untuk diletakkan di atas dan tidak seganding dengan mana-mana agama lain. Inilah prinsip yang dipanggil kontrak sosial yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

7. Hal seperti ini dipertegaskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Meor Atiqul Rahman, di mana telah diputuskan bahawa “Islam bukan setaraf dengan ugama lain. Bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang.” Walaupun keputusan Mahkamah Tinggi ini telah kemudiannya diakas, tetapi perenggan berkenaan ketertinggian Islam ini tidak pernah disentuh, justeru masih kekal relevan dan mengikat sistem perundangan dan tata-kelola negara ini.

8. Bahkan Profesor Dr. Aziz Bari, yang kini merupakan ahli jawatankuasa DAP Selangor sendiri, pernah menulis dalam bukunya, ‘Malaysian Constitution: A Critical Introduction’ seperti berikut:-

“It appears that the right to religious freedom under Article 11 is subject to certain limitations such as to the position of Islam and the muslims…. What appears to be limitation on the basis of Islam is the prohibition of propagating religions other than Islam to muslims to be found in art. 11(4). It is to be noted that the Constitution does not provide similar provision for the non-muslims.”

9. Universiti dan institusi-institusi pendidikan tinggi adalah tempat yang mulia di mana percambahan ilmu diangkat dan perbincangan ilmiah diraikan. Amatlah malang sekiranya seminar seperti ini bagi membongkar jenayah terhadap enakmen-enakmen negeri dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan cuba diburuk-burukkan oleh mana-mana ahli politik, terutamanya yang telah pun ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya.

10. Kebebasan akademik mesti dipertahankan. Selagi mana apa yang dibincangkan adalah dalam lingkungan lunas undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, maka mestilah dianya diraikan dan bukannya dicemuh. Kalaupun ada mana-mana bahagian dalam seminar itu atau mana-mana dari kandungannya yang mungkin dilihat atau berkecenderungan untuk mengkritik agama Kristian, selagi mana kritikan itu adalah kritikan yang ilmiah dan akademik, maka tiada sebab mengapa perbincangan yang sedemikin itu mesti disekat.

11. Dyana Sofya sepatutnya mengaji bagi memahami dan menghayati Perlembagaan Persekutuan berserta dengan sejarahnya yang panjang dan berliku, sebelum mengeluarkan kenyataan setengah masak.

Aidil Khalid
Anggota I-Peguam

 
Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Diana sofya tu umpama perempuan lacur DAP yang rata2nya dikuasai oleh puak2 evangelist. Kalau pepimpin evangelist sendiri yang bercakap, kemungkinan besar akan mendapat “backlash” dari umat Islam. Tetapi apabial ia diperkatakan oleh seseorang yang kononnya beragama Islam, tindakbalas dari orang Islam kurang keras.

    Si pelacur tu sepatutnya mengutuk puak2 evangelist tersebut kerana mencabul perlembagaan persekutuan dan enakmen2 agama Islam negeri2 yang melarang penyebaran agama2 lain dikalangan umat Islam. Walau pun telah banyak bukti2 dan pendedahan2 dibuat tentang kegiatan pemurtadan umat Islam oleh puak2 kristian, mereka masih lagi menafikan dan mendakwa sebagai mangsa tindakan provokasi umat Islam, dan terus menerus melakukan tindakan2 menyalahi perlembagaan dan undang2. Jahat sungguh puak2 kristian ini. They are among the smallest minority but definitely the most vicious and menacing. They are our public enemy number one.

    My advice to the Christians; please leave the Muslims alone. Your religion is fake. No matter how wretched the Muslims are, they having THE true religion. Converting them to Christianity means taking them from light to darkness!

    You Christians want to have a public debate on which one is the true religion? Keep your faith to yourselves. You Christians won’t get past the first few fundamental issues!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker