Menjawab kekeliruan perbankan Islam tidak Islamik: Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz
SAYA tertarik dengan isu yang dimainkan oleh beberapa personaliti Facebook berkenaan Perbankan Islam yang zalim, tidak adil dan tidak Islamik. Tuduhan seterusnya adalah Penasihat Syariah yang ‘menghalalkan’ produk perbankan yang berasakan ‘money creation’ daripada sistem ‘fractional reserve’ dan ‘velocity of money’.
Saya tidak pelik atas tuduhan mereka kerana dahulu saya juga seperti mereka, rasa hebat mengkritik sesuatu yang kononnya kita tahu dan pakar dalam isu tersebut. Lebih-lebih lagi akibat terpengaruh dengan ‘mazhab’ dinaris Sheikh Imran Hossein melalui YouTube dan buku karangannya yang menyeru kita kembali kepada pengamalan emas sebagai medium transaksi.
Kritikan makin berapi-berapi apabila berbincang dengan pakar akademik dan profesor yang mengkaji TEORI perbankan Islam dengan topik ‘substance over form’ paling hangat dibincangkan dengan kesimpulannya, perbankan Islam hanyalah kosmetik kepada perbankan konvensional.
Tetapi persepsi saya berubah apabila berhujah dengan salah seorang penasihat Syariah bank. Soalan yang mudah tetapi tidak mampu untuk dijawab oleh pengkritik perbankan Islam sehingga kini – “Selain perbankan konvensional, apa alternatif yang umat Islam ada?”
Ya, baru saya sedar bahawa selama ini ‘academic exercise’ hanyalah syok sendiri dan leka berteori. Kritikan-kritikan pedas hanya gah buat diri sendiri tetapi tiada solusi. Masyarakat awam masih selesa dan terperangkap dalam sistem konvensional. Teori menggunakan emas, dinar walaupun indah tapi masih belum memulakan langkah pertama. Seperti sebuah kumpulan yang melaungkan slogan Negara Islam dengan menolak demokrasi haram tetapi tidak tahu bagaimana ingin dicapai.
Setakat hari ini, saya akui bahawa sistem kewangan Islam masih belum sempurna bahkan masih terdapat banyak kelemahan tetapi saya melihat sendiri hari demi hari penambahbaikan itu berlaku dan ada ‘force’ daripada dalam dan luar bank yang ingin pembaikan itu terus berlaku. Kita membicarakan soal ingin menggantikan sistem taghut jahiliyyah konvensional yang dicipta Zionis, Rothschild dan Jesuit, maka kita perlu gantikan ia dengan SISTEM yang lebih baik. Bukan sistem teori semata-mata yang sedap disebut tetapi tidak boleh dilaksanakan.
Saya yakin pengamal perbankan Islam terbuka dengan sebarang cadangan dan sistem yang lebih baik (jika ada) tetapi yang ada hari ini adalah kritikan tanpa solusi, kritikan menghina tanpa membina, kritikan yang hanya meninggalkan masyarakat awam dengan beberapa pilihan:
1) kembali ke perbankan konvensional
2) simpan duit di bawah bantal dan tunggu sehingga cukup wang untuk membeli aset.
Jika masyarakat memilih yang kedua, maka Alhamdulillah, selamat daripada sistem jahiliyyah tetapi dalam masa yang sama bangsa lain terus menikmati pertambahan pemilikan aset dan menguasai ekonomi negara. Jika memilih yang pertama maka ia lebih mudarat, kerana kembali semula ke Jahiliyyah yang mengamalkan sistem riba yang jelas. Maka jika disebabkan oleh kritikan tersebut masyarakat kembali kepada konvensional, adakah si pengkritik merasa puas hati dan apa pula saham yang diperolehi kerana tidak menyediakan alternatif lain?
Adakah kita ingin memperlihatkan Islam yang rigid dan tidak waqi’i? Atau kita memilih kemudaratan yang lebih ringan antara dua mudarat dalam realiti semasa hari ini? Bukankah Islam menyuruh kita meninggalkan perkara haram yang jelas? Adakah maqasid syara’ itu menjaga maslahah ummah dan menghindari daripada mudarat?
Kita boleh duduk sepanjang hari mencari kesalahan perbankan Islam tetapi ‘Pemimpin hari ini menyediakan solusi, bukan hanya pandai mengkritik.’
Ibrahim Mohd Hasan Al Hafiz
Presiden Pembina
salam bang,maaf sy bertanya.1 je soalan,perlukah keuntungan berganda bgi perbankan islam.PERLU atau TIDAK??jika tidak,mengapa di implimentasikan begitu??
Isu atau penjelasan yang saudara penulis terpesona dengannya adalah salah sama sekali. Soalan yang sepatutnya ditanya bukan “apakah alternatif kepada perbankan konvensional?” tetapi “adakah perbankan Islam yang ditawarkan sebagai alternatif menepati syariah & maqasid syariah?”. Jawapannya adalah TIDAK! Kerana urasniaga perbankan Islam sarat dengan unsur2 riba’ yang menindas itu.
Ahli2 majlis penasihat syariah [MPS] Bank Negara Malaysia dan bank2 individu tidak lain hanyalah askar2 upahan [soldiers of fortune @ mercenaries] yang diperalatkan oleh usurious bankers untuk mencari dalil2 palsu bagi menghalalkan urusniaga2 haram [ribawi] dan kemudian memberi label Islamic kepada produk2 haram tersebut.
Label2 Islamic yang diberikan seperti, BBA, istisna’, bai’ ‘inah dll sebenarnya adalah jenis2 urusniaga [types of transactions] bukan jenis2 pembiayaan. Pembiayaan bermakna pemberian hutang/pinjaman. Di dalam urusniaga perbankan Islam di Malaysia pinjaman2 tersebut di atas kertas dikatakan [camouflaged] sebagai urusniaga jualbeli. Ahli2 MPS ingin menipu Allah sebenarnya.
RasulUllah [saw] secara jelas menyatakan “no profit on loan!”. Di dalam Islam sebenarnya tidak wujud perbankan menurut istilah perbankan konvensional yang kita fahami. Yang ada hanyalah pelaburan dimana kedua2 belah pihak berkongsi untung dan rugi. Pelaburan ini tidak semestinya pelaburan passive. Pihak pemodal boleh terlibat dalam perniagaan yang dilaburi.
Di dalam urusan pinjam meminjam, keuntungan hanyalah dipihak pemodal sementara rugi/risiko ditanggung oleh peminjam 100%. Para bankers ribawi tidak mahu mengamalkan konsep pelaburan kerana kononnya “risiko terlalu besar”. Inilah golongan manusia yang tidak yakin dengan jaminan Allah bahawa; “Allah menghalalkan jualbeli/perniagaan tetapi mengharamkan riba'”.
Dikesempatan lain saya akan cuba mendedahkan pembohongan2 & penipuan2 oleh MPS terhadap orang ramai dengan menggunakan dalil2 palsu. Saya [yang bukan pakar ekonomi ini] juga akan mengemukakan cadangan2 bagaimana pelaburan boleh menggantikan pinjaman….kalau ada kelapangan.
Diharap tulisan di atas tidak di archive kan dalam masa terdekat ini. Allahu a’lam.
Tak menjawab pun -_-