1. Susu ibu adalah sumber khasiat terbaik buat bayi selain dapat menguatkan ikatan antara ibu dan bayi. Segala kempen menggalakkan budaya ini perlu diperhebat, disokong serta dipastikan selari dengan syariat Islam dan adab ketimuran.
2. Selfie sambil menyusukan bayi (brelfie) adalah ternyata merupakan perbuatan yang SALAH, samada dari segi hukum Islam ataupun adab ketimuran yang sangat kaya dengan adab sopan dan perasaan malu. Ia tetap SALAH walaupun dilakukan atas niat baik untuk menggalakkan budaya pemberian susu ibu kepada bayi.
3. Menviralkan gambar perbuatan yang SALAH juga adalah SALAH walaupun bertujuan untuk menegur, apatah lagi jika disertai dengan kata-kata kurang sopan, lucah dan tidak beradab.
4. Islam meletakkan wanita di tempat yang sangat mulia dan tinggi. Justeru, para wanita janganlah sekali-kali merendahkan maruah diri dengan pendedahan gambar tanpa sebab yang penting (walaupun menutup aurat) apatah lagi jika mendedahkan aurat terutama bahagian-bahagian yang sensitif.
5. Para lelaki terutama pemuda Islam pula janganlah melihat wanita sebagai simbol seks. Kawallah nafsu mengikut tatacara Islam iaitu dengan berpuasa, melakukan pelbagai amal ibadat dan mengisi masa lapang dengan aktiviti fizikal yang menyihatkan badan.
Ketua Pemuda Isma,
Muhammad Lukman Al Hakim bin Muhammad
ARTIKEL BERKAITAN:
Selfie ketika menyusu langgar konsep keimanan