Ifitness: 70 peratus jaga makan, 30 peratus bersukan

Kongsi sikit lagi hari ini agar lebih ramai lagi rakan-rakan maskulin yang sedar dan turut ingin bersama menjaga berat badan.
1. Kita wajar ingat bahawa obesiti adalah punca pelbagai jenis penyakit. Serangan jantung misalnya, banyak berpunca daripada obesiti dan ia boleh berlaku secara tiba-tiba meskipun kita berasa sihat selama ini. Statistik 2015 menunjukkan 48 peratus rakyat Malaysia termasuk dalam kategori obese (BMI>26).
2. Dulu berat badan saya 86kg. Sekarang dan yang terkini ialah 70kg. Penurunan ini bukanlah mudah dan mendadak, tetapi melalui usaha keras, pelaburan duit dan masa yang berterusan. Mengapa? Kerana jika sakit, sebenarnya kos dan masa yang kita akan tanggung lebih tinggi dan menyakitkan.
3. Undang-undang yang saya pegang ialah 70 peratus pemakanan, 30 peratus sukan. Bagi yang selalu tengok FB saya, mungkin tak perasan 70 peratus tu sebab kalau saya upload gambar makanan ianya pasti tidak mengghairahkan nafsu makan anda semua ?. Sebab itu saya lebih banyak kongsi gambar basikal dan berlari ???
4. Nabi Muhammad saw juga pernah mengajar kita bahawa kebanyakan penyakit berpunca daripada perut yakni pemakanan. Maka sebab itulah rule 70-30 saya cukup pegang dan yakin. Tidak kira aktif sukan macam mana pun pemakanan tetap paling utama untuk dijaga.
5. Kurangkan gula dalam minuman dan makanan, kurangkan makan lewat malam terutama selepas jam 10 malam di restoran. Ini tabiat rakyat Malaysia yang merisaukan. Untuk mengurangkan berat badan, cuba ambil makanan sesuai dengan aktiviti fizikal harian. Sebagai contooh, jika kerja depan komputer 5 jam sehari, maka eloklah elakkan sarapan nasi lemak telur mata ayam goreng, nasi dagang dan seumpamanya. Cukuplah sekadar roti, susu, telur setengah masak. Makan nasi untuk sarapan ini cukup ideal jika anda bekerja menuai padi, memanjat column di kilang, mahupun seorang atlit yang akan berlumba basikal 200km pada hari tersebut.
6- Banyakkan minum air kosong. Minimum 3 liter sehari atau mudah faham 2 botol air mineral 1.5 liter setiap hari. Banyak buang air? Kalau pergi tandas pun malas usah cerita la nk kuruskan badan.
Lihat di sekeliling kita, ada kawan-kawan di pejabat dan kelas yang bawa botol air setiap hari. Kenapa? Fikir-fikirkan.
7. Akhir sekali, ambillah satu sukan yang anda minati sesuai dengan jiwa anda yang anda boleh istiqamah. Pedulikan apa orang kata, jika anda memang minat berenang maka carilah kolam untuk anda berenang 3-4km seminggu. Dan samalah jika anda minat berbasikal, carilah basikal yang baik dan kayuh lah 100km seminggu, atau paling mudah dan murah berjoging lah 10km seminggu, cari lah masa untuk bersukan, masa tidak akan mencari anda. Minimum anda perlu bersukan 30 minit setiap kali untuk 3 kali dalam seminggu.
Note juga sukan seperti futsal, badminton semuanya bagus. Namun ukurlah baju di badan sendiri. Jika kita main futsal tapi sekadar jadi penyerang yang menunggu bola untuk menjaringkan gol, maka eloklah cari sukan lain.
8- Saya bermula regim fitness saya dulu pada berat 86kg dengan berlari meskipun saya cukup suka sukan tenis. Ini kerana berlari lebih mudah, tak perlu kawan, tak perlu tempat khusus, bila-bila pun boleh. Keluar rumah pakai kasut dan lari sahaja. Saya cuba maintain 2-3km untuk setiap larian, dan maintain 4 kali seminggu. Kini Alhamdulillah saya boleh lari 10km satu larian dalam masa lebih kurang sejam. Mula daripada kosong juga dulu, saya bukanlah peminat sukan lari malah paling malas lari masa sekolah dulu. ?
9. Mengenai sukan berbasikal saya tak cerita di sini. Berminat boleh terus hubungi saya untuk konsultasi percuma ???????
Selamat “menyihatkan” badan, in the right way ????. Boleh join kami di #iFitness untuk pelbagai sukan dan aktiviti sihat.
Norzafry Norhalim
Ahli Kelab Ifitness
Aktivis Isma cawangan Bintulu
Artikel ini dipetik daripada Facebook Norzafry.