KomunitiPendapat

Catatan terkini Misi Banjir Isma Sarawak 2016

misi banjir sarawak 5
DALAM misi banjir kali ini, JK Eksekutif Yayasan Ikhlas Sarawak Dr Mohd Khairol Jambli, Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) yang diwakili oleh Dr Muhamad Danial Bin Salim, Pengurus Raudhatul Huffaz Sarawak Nazirah Bol serta aktivis ISMA Sarawak turun padang semalam ke Perkampungan Muallaf Senah Rayang menelusuri jalan runtuhan dan jalan yang sangat berliku untuk menyampaikan bantuan banjir serta pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada mangsa.

Perjalanan kesana memakan masa lebih 2 jam dari Kuching. Walaupun tidak ada kereta yang sesuai dengan keadaan jalan yang ekstrem, kami tetap teruskan misi banjir dan teruskan masuk ke pedalaman untuk sampaikan bantuan dengan kereta kecil.

Sebanyak 6 kotak bantuan perubatan diangkut dari Kuching. Saya sejujurnya agak cuak masuk ke kawasan dalam kerana dalam perjalanan berjumpa dengan tanah runtuh dan jalan yang retak kerana banjir besar tambahan lagi jalan yang berliku, ada yang jalan mendaki ada jalan yang turun curam.

Alhamdulillah kami sampai ke destinasi. Hasil pemerhatian kami, kesihatan mereka agak tidak memuaskan. Kebanyakannya demam, ada yang luka kerana zink yang hanyut. Kami difahamkan dalam masa 5 minit air naik dengan mengejut pada waktu malam selepas Isyak pada minggu lepas. Penduduk tidak dalam buat apa-apa kerana semua berlaku secara tiba-tiba.

Saya sempat bercakap dengan beberapa mangsa banjir. Mereka mengaku sangat trauma kerana ini pertama kali banjir berlaku seteruk ini. Semua barang rosak, jalan tar retak. Mereka terpaksa berjalan dengan tali kerana air menjadi sangat deras.

Dalam berborak dengan mak cik-mak cik ada yang bertakung air mata kerana semuanya habis dalam sekelip mata.

Mereka adalah orang yang Allah lembutkan hatinya. Mereka tetap tabah dan menerima ketentuan Illahi. Mereka tidak mengeluh dan tetap berkata ”Ini adalah dugaan-Nya, mana tahu selepas ini ada rezeki lain”. Mereka sikit pun tidak menyalahkan ketentuan bahkan mereka tetap positif.

Maha suci Engkau Ya Allah.

Bagi yang ingin menyampaikan sebarang bentuk bantuan bolehlah berbuat demikian dengan mesej inbox Dr. Mohd. Khairol bin Jamli.

#‎WU

Nassilla bt Bujang
Wartawan Isma Kuching

misi banjir sarawak 4

misi banjir sarawak 2

misi pasca banjir imedik di sarawak

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker