Ku Nan bankrap idea
Jam di dinding menunjukan pukul 4 pagi. Saat ini selalunya adalah saat yang pasti ada saja pesakit yang ditolak ke zon kuning (separa kritikal) kerana kemalangan jalan raya. Pada awal postingku di jabatan kecemasan hospital umum Sarawak, daku tertanya – tanya juga, kenapa waktu waktu ini ada sahaja kemalangan.
Biasala la Dr, waktu ni baru nak balik rumah. Lepas ‘minum’ Dr oi.
Ya, memang benar. Pada waktu – waktu bergini la selalunya pesakit yang dibawa masuk atas sebab kemalangan ini akan menghembuskan nafas yang baunya cukup tidak menyenangkan. Rupanya itu adalah bau alkohol.
Perkara ini mengundang rasa marah dan sedih ke atas mereka ini, tambah mengharukan adalah yang terlibat semuanya belia. Untuk melipat gandakan kesedihan dihati dihati ini pula, belia yang terlibat ini beragama Islam. Aduhai adik – adiku sekalian.
Senario di atas adalah antara permasalahan atau gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita. Baru – baru ini, kita dihidangkan dengan kenyataan Pak Menteri yang mencadangkan supaya diberikan waktu tertentu untuk mengizinkan mat rempit untuk berlumba di jalan – jalan di Kuala Lumpur. Katanya Ini untuk menangani gejala sosial mat rempit.
PEMBINA TIDAK BERSETUJU!
Saya, mewakili Pembina Kuching amat tidak bersetuju dengan kenyataan dan cadangan Menteri Wilayah ini. Cadangan iniadalah menifestasi bahawasanya kerajaan telah gagal dalam membentuk para belia Malaysia. Cadangan ini menunjukan pak menteri telah bankrup idea dalam menangani masalah sosial. Jadi jika kita mahu menyelesaikan maslaah kemalangan yang berpunca daripada pengguna jalan raya yang mabuk adalah dengan membina atau membuka lebih banyak kedai arak atau kelab – kelab malam berdekatan dengan kawasan perumahan, supaya pemabuk boleh pulang dengan hanya jalan kaki ke rumah masing – masing. Tak begitu pak menteri?
Untuk menangi masalah sosial ini bukan suatu perkara yang mudah dan boleh diselesaikan dengan hanya satu cadangan dan dijalankan hanya satu malam. Tetapi pelbagai faktor perlu untuk ditelusuri dan diambil perhatian.
JIWA BELIA
Belia merupakan satu fasa kehidupan yang sangat penting dan merupakan satu fasa yang boleh saya katakan sebagai fasa gelojak jiwa. Dalam jiwa belia itu terdapat kekuatan, keberanian, ingin perhatian dan rasa ingin tahu dan mahu mencuba, itu adalah pendorong utama dalam fasa ini.
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Melalui sifat semulajadi ini, boleh sahaja belia menjadi seorang yang hebat dan juga boleh jadi seorang yang jauh keterbelakang. Bagi mat rempit, aliran adrenalin yang sentiasa menderu takala membawa laju motor, bangun beraksi diatas motor adalah satu yang digemari. Ditambah pula dengan kemenangan yang akan menjadi satu trofi perhatian yang diperolehi.
KEADAAN SEKELILING
Dewasa ini, kehidupan adalah tak seindah yang diimpikan. Belia mungkin dilahirkan dalam suasana keluarga yang kaya raya. Keluarga yang dapat memberikan segalanya pada mereka. Bagi golongan ini, selalunya ibubapa sangat sibuk dalam mencari dan memastikan status kemewahan dapat dijaga. Oleh itu, belia ini menikmati kemudahan dengan senang tetapi mereka ini dahagakan perhatian dan kasih sayang.
Bagi yang dilahirkan dalam suasana kesederhanaan, mereka ini dihimpit. Mereka perlu berusaha untuk mendapatkan apa – apa yang mereka mahukan. Untuk sebuah motorsikal untuk ke kolej mungkin dapat diberikan oleh ibubapa mereka tetapi bukanlah motor terkini yang mempunyai spek yang menarik. Melalui simpanan elaun atau PTPTN mereka menambah apa – apa yang boleh ditambah atau ditukar. Namum berapa sangatlah yang dapat disimpan dengan kos sara hidup saban hari meningkat. Jadi belia ini perlukan duit tambahan.
Kehebatan dalam mengendalikan motorsikal adalah satu kelebihan dan juga serampang dua mata dalam menyertai perlumbaan haram. Duit pun dapat, kepuasan dan perhatian juga mereka perolehi.
Belia dan beliawanis sekalian,
ISLAM ADALAH PENYELESAIAAN
Islam pernah menguasai sepertiga dunia, malah kegemilangan dunia barat hari ini adalah disebabkan kemajuan dan ketamadunan Islam suatu masa dahulu. Belia seperti Imam Syafie, Ibnu Kaldun, Ibnu Sina, Al Kawarismi merupakan belia – belia yang lahir dalam system islam yang syumul. Mereka lahir dalam suasana islam merupakan satu perkara pokok dalam seluruh kehidupan termasuk dalam pentadbbiran Negara.
Para ilmuan islam ini, mereka mencapai kegemilangan dan waktu puncak mereka semasa mereka dalam usia belia. Mereka merasa puas dengan membantu membangunkan Negara. Mereka puas apabila dapat menghafal, menghuraikan dan membatu permasalahan umat. Mereka menggunakan sifat semulajadi mereka dengan cara yang betul. Ini kerana mereka lahir dalam suasana yang membantu mereka. Suasana Islami.
Suasana islami yang saya maksudkan adalah daripada pimpinan utama Negara sehingga rakyat marhaen semuanya memahami prinsip dan matlamat sebagai hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi ini. Untuk mencapai suasana islami ini bukan sehari dan bukan dilaksanakan juzuk – juzuk atau sebahagian sebahagian. Ia perlu berjalan serentak.
Jika kita hanya mahu pimpinan yang islami tetapi rakyat tidak faham, jika hanya kita mahukan hudud tetapi rakyat tidak memahi, jika kita mahukan anak – anak yang soleh dan solehah tetapi ayah dan ibunya tidak mithali maka tiada gunanya.
Kami di PEMBINA, sangat optimis dalam mendekati segenap belia di Malaysia. Kami menysusun pakej – pakej yang sesuai dengan hati belia untuk menarik minat mereka. Melalui aktivit pakej rekriasi, media, bakti, kepimpinan dan tarbiyah ini kami dekati belia dan kami mulakan daripada kosong untuk mereka meghayati islam dan mahami kembali prinsip dan tugas besar mereka sebagai khalifah.
Kami berkerjasama rapat dengan NGO islam terkehadapan di Malaysia iaitu Isma dalam mentarbiyah kembali segenap masyarakat. Kami mengambil posisi belia dan dalam Isma terdapat posisi posisi lain seperti remaja, anak – anak, dewasa dan professional.
Ini usaha kami dalam menyelesaikan permasalah gejala sosial ini. Namun ini baru sebahagian dan sebahagian yang lain juga perlu turut sama dijalankan. Kami menyeru dan menasihatkan pimpinan kerajaan Malaysia tercinta untuk kembali kepada asas Islam dan insyaAllah Malaysia akan sejahtera.
Dr Muhamad Danial Bin Salim
Pengerusi PEMBINA Kuching
Tahnia Dr. Danial…teruskan menulis…bangga dgn bakat dan keberanian anda…