PendapatUtama

Apa nasib umat kita kelak?

Bayi dicampak dari tingkat 18
Allahu Akbar. Innalillah hiwainna ilaihirajiun. Sesungguhnya, umat kini semakin tenat. Manusia tiada lagi perasaan dan nilai kemanusiaan dalam diri. Ke manakah hilangnya sifat kewanitaan, sifat keibuaan dan kasih sayang yang sepatutnya atau fitrahnya memiliki nilai sentuhan dan sensitif serta kasih sayang yang tinggi dalam diri?

Apabila nafsu lebih menguasai diri, apabila jauhnya manusia daripada Penciptanya, apabila iman semakin nipis dan hilang maka segala kebaikan juga semakin terkikis dan lenyap.

Dunia kembali kepada zaman jahiliah di mana anak-anak perempuan dibunuh hidup-hidup malah kini lebih teruk daripada itu di mana anak lelaki dan perempuan dibunuh hidup-hidup dalam versi moden. 

Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apakah kesudahan cerita, kisah, berita seperti ini akan terhenti.

Umat kini perlu kembali kepada Islam. Kembali memahami Al-Quran dan Sunnah.

Orang yang berilmu wajib turun mendidik agar semua orang memahami dan kembali kepada keimanan yang teguh.

Ustazah Nuraini bt Mohd Salleh
Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat Isma Samarahan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker