Berita UtamaPendapat

Pelacuran kanak-kanak: Ada beza antara Barat dan Timur?

HARI ini salji turun dengan sangat lebat. Memang sungguh selesa menghabiskan masa hanya di dalam rumah memandangkan suhu di luar mencecah angka di bawah kosong darjah.

Seusai solat maghrib, seperti kebiasaan Quran akan dibaca. Kali ini giliran surah Nuh. Sebaik sahaja saya menghabiskan bahagian kisah kaum Nabi Luth yang terkenal dengan budaya homoseksual mereka dalam surah tersebut, saya termenung memikirkan sesuatu.

Ya. Kaum Luth terkenal dengan kisah homoseks mereka dan kerana perbuatan terkutuk itu jugalah kaum mereka diazab oleh Allah SAW. Malah tidak dinafikan ‘Kaum Luth’ moden zaman kini masih lagi wujud, dan hakikatnya kini saya bermustautin di salah sebuah negara didominasi mereka.

Mengingatkan kisah al-Quran tersebut menyebabkan diri saya mengimbau satu peristiwa yang berlaku di dalam kelas suatu ketika dahulu.

Dalam sebuah kelas, kami ditanya apa yang terlintas dalam fikiran kami apabila berbicara mengenai Asia Tenggara? Jawapan saya semestinya – the great food!

Namun ada dua jawapan rakan sekelasku yang tidak akan aku lupa. Ada beberapa pelajar Amerika menjawab – drug trafficking and prostitution!

Beberapa hilaian ketawa mengiringi jawapan tersebut.

Sentap. Itu perasaan saya ketika itu. Rasa begitu hina ketika itu untuk bergelar pelajar yang berasal dari Asia Tenggara.

Adakah sebegitu hina tempat kelahiran ku ini?

Mengingatkan peristiwa itu membuatkan hati kecilku menggesa naluri ingin tahu. Segera saya capai telefon bimbitku dan jari jemariku segera menaip beberapa perkataan di laman Youtube.

Child Prostitution. Video ini yang aku jumpa.

pelacuran kanak kanak 1

Ya. Sebuah dokumentari yang mengumpulkan temu duga terhadap beberapa orang pelacur kanak-kanak lelaki di Thailand. Hal ini tidak mengejutkan aku. Ini bukan kali pertama aku membaca berita mengenai pedophile atau pelacuran kanak-kanak di negara-negara jiran; Thailand, Filipina dan sebagainya.

Malah, saya pernah membaca mengenai pelacuran haiwan yang berlaku di Indonesia! Satu kes yang mana seekor Orang Utan dijadikan pelacur.

Maka tidak hairanlah sekiranya masyarakat Barat memandangkan Asia Tenggara sebagai hub pelacuran. Bukan sekadar negara jiran, bahkan negara kelahiranku sendiri sudah ku tahu lubuk mana yang menjadi sarang kegiatan pelacuran ini.

Namun, saya tidak puas dengan apa yang saya dengar daripada rakan sekelas. Ada lagi persoalan yang bermain di fikiran – Adakah Barat tidak punya masalah pelacuran kanak-kanak sebegini? Adakah mereka begitu bertamadun sehingga mampu memandang rendah masyarakat lain?

Jawapannya sudah semestinya tidak.

Bagi masyarakat Barat, masalah pelacuran berlaku kerana masalah ekonomi. Mudah kata, ada sebilangan rakyat yang miskin, lantas mengambil keputusan untuk menjual kanak-kanak atau dirinya dan terlibat dalam kancah pelacuran demi sesuap nasi.

Namun bagi kita selaku Muslim, kita sudah maklum bahawa masalah pelacuran bukanlah semata-mata disebabkan oleh hal ekonomi, bahkan ianya adalah petanda keruntuhan nilai akidah dalam masyarakat! Mana-mana masyarakat yang runtuh akidahnya, akan terjadilah masalah sosial sebegini, hatta mereka masyarakat Barat mahupun Timur.

Pelacuran kanak-kanak di negara Barat terutama di Amerika Syarikat mungkin tidak dihiasi dengan lorong-lorong gelap yang kotor, atau pelacur-pelacur yang berkeliaran di tengah malam mencari pelanggan. Namun masalah pelacuran kanak-kanak di Barat hakikatnya tetap terjadi walaupun ianya bertopengkan nilai kemewahan dan populariti.

Bagi mereka yang pernah mendengar mengenai Beauty Pageant sudah tentu faham apa yang saya maksudkan. Sekelompok kanak-kanak yang dipakaikan pakaian dewasa, disolek malah dipakai buah dada palsu demi mengejar nama “ratu cantik” kanak-kanak! Malah ibu bapa kanak-kanak inilah yang sanggup menggadai keseronokan zaman kanak-kanak anak mereka demi mengejar gelaran dan wang sekiranya mereka memenangi gelaran Beauty Pageant ini.

Konsep yang sama – eksploitasi tubuh badan kanak-kanak.

Tidak kiralah sama ada ianya sukarela ataupun dengan kebenaran ibu bapanya. Kanak-kanak seharusnya dilindungi dan tidak digunakan bagi tujuan mencari duit. Malah, Beauty Pageant ini ku lihat sama sahaja dengan pelacuran kanak-kanak walaupun ianya dilakukan di atas pentas yang gah!

Bukan sekadar itu, Beauty Pageant ini juga satu perkara yang menggalakkan jenayah pedophile.

Buktinya, telah berlaku satu kes rogol dan bunuh yang telah menggemparkan Amerika Syarikat 20 tahun lalu. Seorang beauty Pegeant, Jonbenet Ramsey telah diculik, dirogol dan dibunuh, sehingga menimbulkan kontroversi seluruh negara sama ada AS patut melarang pertandingan ratu cantik kanak-kanak ini.

Malangnya sehingga kini Beauty Pegeant maish lagi berlangsung di AS, menarik lebih ramai lagi pedophile dan meletakkan keselamatan kanak-kanak dalam ancaman.

pelacuran kanak kanak 2

Kesimpulannya, tiada beza Barat atau Timur dalam kes pelacuran kanak-kanak ini. Bukan faktor ekonomi; negara maju atau membangun yang menjadi isu. Bahkan masalah sosial ini seharusnya dilihat sebagai salah satu petanda keruntuhan akidah, dan ternyata dalam dunia akhir zaman ini, runtuhnya akidah tidak mengenal tempat. Jika terpelihara akidah sesebuah masyarakat, maka terpeliharalah segala aspek dalam negara tersebut. Bukan setakat masalah pelacuran, masalah harga barang naik dan korupsi pun akan dapat diselesaikan.

Persoalannya sama ada kita sebagai Muslim yakin atau tidak dengan hasil daripada masyarakat yang punya akidah yang kuat. Kalau masih belum percaya, cuba tanya pada diri – kaca mata mana yang kita pakai untuk lihat dunia. Kaca mata Islam atau kaca mata Barat yang memandang hina rantau Asia kita?

Hanis Noor

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

EDITOR: Pihak kami mengalu-alukan tulisan anda untuk disiarkan di ruangan Pendapat. Hantarkan ke alamat emel [email protected].

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker