Berita UtamaPendapatUtama

Kerajaan rugi besar batal biasiswa luar negara: Aktivis Isma UK-Ireland

diyana-768x432
SELAKU
salah seorang pelajar tajaan kerajaan di luar negara, saya berasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan berhubung pembatalan 744 biasiswa luar negara oleh kerajaan baru-baru ini.

Secara peribadi saya amat berterima kasih atas peluang yang telah diberikan kerajaan untuk saya melanjutkan pelajaran di luar negara. Dengan peluang yang diperoleh, saya bukan sahaja mampu mencedok ilmu perubatan untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai seorang doktor, namun saya percaya terdapat banyak lagi kebaikan yang mampu saya sumbangkan kepada masyarakat melalui pengalaman hidup di bumi Eropah ini.

Saya amat terkilan dengan keputusan kerajaan untuk tidak lagi menyediakan peluang yang sama kepada sejumlah pelajar yang layak pada tahun ini dan berikutnya.

BACA: Kerajaan jimat RM240 juta setahun dengan pembatalan 744 biasiswa luar negara

BACA: Kerajaan hanya batal tajaan 744 biasiswa ke luar negara

BACA: KATA PEDANG: Kelembapan ekonomi Malaysia mula ‘makan korban’

744 peluang untuk menyambung pelajaran ke luar negara mungkin terlihat sebagai satu nilai yang kecil apabila dibandingkan dengan wang berjumlah RM540 juta yang mampu dijimatkan hasil pembatalan biasiswa-biasiswa ini, namun ia memberikan satu impak yang sangat besar buat para mahasiswa yang terlibat. Melihat dalam kerangka yang lebih besar, hal ini juga membawa kerugian kepada negara dan masyarakat.

Kerugian yang saya maksudkan di sini adalah kerugian daripada aspek pembangunan modal insan.

Selain daripada peluang untuk menuntut ilmu di universiti terkemuka, pengajian di luar negara menjadi platform untuk para mahasiswa mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri serta mengembangkan potensi yang ada.

Kehidupan di luar negara sering meletakkan kami di luar zon selesa, baik dalam bidang akademik mahupun pergaulan seharian. Cabaran-cabaran inilah yang saya rasakan telah menyediakan banyak ruang untuk kami memupuk sifat fleksibel, berani dan tidak mudah berputus asa.

isma uk ire

Berada di luar lingkaran kebiasaan juga menjadikan kami lebih peka mengenai realiti kehidupan di tanah air. Peluang untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat dan melihat budaya mereka memberikan kami kesedaran akan kelompongan-kelompongan yang ada dalam masyarakat kita di Malaysia. Ada satu semangat yang berkobar-kobar dalam diri kami untuk membawa sedikit sebanyak perubahan yang positif apabila kami pulang nanti.

Begitu juga halnya apabila kami melihat sendiri kekurangan dalam sistem masyarakat luar negara. Ianya mengubah cara pandang kami dan menjadikan kami lebih menghargai nilai-nilai ketimuran yang ada di Malaysia.

Saya tidak menafikan bahawa pendidikan di universiti tempatan tidak kurang hebatnya. Walaubagaimanapun, saya yakin pengalaman belajar di luar negara sangat membantu dalam membentuk susuk tubuh yang matang dan berpandangan jauh. Oleh itu, pada pendapat saya, ia merupakan satu kerugian apabila sektor pendidikan terpaksa dikompromi gara-gara keperluan menampung kegawatan ekonomi negara.

Di kesempatan ini saya juga ingin menyeru para mahasiswa untuk memperjelas kembali objektif keberadaan di luar negara. Biasiswa yang kita terima bukanlah keperluan semata-mata, tetapi merupakan satu amanah yang dipertanggungjawab kepada kita. Ayuhlah kita sama-sama menggunakan peluang yang kita ada ini secara maksimum supaya kita mampu menyumbang kepada masyarakat apabila pulang ke tanah air.

Nurul Diyana Mat Zaidi
Pelajar Tahun Ketiga Perubatan
Cardiff University, UK
Ketua Wanita Isma UK-Eire

Penulis juga merupakan salah seorang pemegang biasiswa nasional.
Artikel ini telah disiarkan lebih awal di laman web www.ismaeropah.com

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

3 komen

  1. Tahniah…pandangan yg tepat dan ikhlas demi masa depan warisan negara…banyak sumber lain yg harus di potong tetapi bukan biaiswa pendidikan yg merupakan tapak semaian modal insan yg perlu dipupuk dan dibaja…

  2. Salam,

    I’m also a Malaysian student currently studying abroad. I just wanted to say that I thought you had a good point regarding sponsoring studies abroad as an investment by the govt to build human capital, but I also thought you could have argued for it better by giving more solid evidence – most relevantly, hard numbers on marginal returns, e.g. by citing studies.

    Here’s what I mean. The most relevant notion of ‘human capital’ used by the govt is tied to the ability to perform labor that produces additional economic value, e.g. by accumulating knowledge, skills, habits and values (as you mentioned above). To justify sponsoring studies abroad, they need to show that yes, we do get more economic value by doing that, compared to using the same amount of money to sponsor studies locally. The ‘more’ part is where marginal return comes in. This may be harder to demonstrate in recent years owing to the rising quality of local grads narrowing the gap, but I’m just speculating here.

    The point isn’t the values and learning experience, it’s the added economic value from the resulting human capital (more precisely the marginal return in studying abroad compared to studying locally) – the values etc are only means to that end. If they really were the point, the govt has many cheaper ways to achieve them, e.g. by sponsoring short educational trips abroad to raise awareness, in-class discussions and so on.

    Not being confrontational! I really do agree re: your point on building human capital, which is why I hoped to shed light on another aspect of it. Have a good one 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker