Ketandusan hero, Amerika Syarikat mengherokan maknyah Malaysia
Kebah sudah episod jerit-menjerit sekumpulan lelaki berpakaian wanita di sebuah hotel lima bintang di ibu kota ahad lepas. Episod hodoh yang menyaksikan seorang yang (dipercayai) wanita menjerit-jerit memarahi beberapa penjawat awam yang dikatakan ‘telah merempuh’ masuk ke dalam majlis maksiat kumpulan LGBT yang sedang berpesta liar pertandingan ‘Miss Pondan’.
Pertandingan yang menyaksikan ramai lelaki berpakaian wanita tersebut kononnya diadakan untuk tujuan amal. Tentunya ada seribua satu cara lagi yang boleh digunakan untuk mengutip derma.
Tentu juga ada seribu satu cara lagi untuk mengutip derma tanpa perlu menyalahi peruntukkan undang-undang sedia ada. Tentu juga untuk tujuan amal, episod jerit-menjerit seperti itu sepatutnya tidak mengambil tempat.
Namun kumpulan LGBT yang berpesta pada malam tersebut memilih untuk melakukan yang terlarang dan menyalahi undang-undang dan syarak. Siap dengan bouncer segala mereka berpesta. Sehinggakan seorang wartawan menjadi mangsa kerana mengambil gambar pada pesta liar kumpulan tersebut pada malam itu.
Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pula diugut dan diherdik oleh satu dua susuk seperti yang dapat kita lihat dengan jelas oleh video rakaman jurugambar sebuah akhbar tempatan.
Kumpulan LGBT kali ini nampak sangat agresif dan seperti tiada langsung perasaan malu dalam diri untuk menginsafi kesalahan.
Sudah tentu anugerah yang diterima oleh duta kebanggaan mereka, seorang lelaki ‘keliru mental’ di Amerika Syarikat beberapa hari lalu sedikit sebanyak telah memberikan satu suntikan keyakinan baru kepada kumpulan ini. Lelaki Malaysia pertama yang menerima anugerah kewanitaan berperingkat dunia, tajaan Uncle Sam tersebut sudah dijadikan role model ulung gerakan LGBT tempatan.
Namun benarkah pandangan perubatan yang menyatakan bahawa perbuatan transgender adalah satu penyakit kecelaruan mental?
Dr Paul R McHugh, bekas ketua pakar psikatri di Hospital John Hopkins berpedapat bahawa aktiviti transgenderisme merupakan satu penyakit kecelaruan mental yang harus diubati dan pembedahan tukar jantina adalah ‘biologically impossible’.
Malah dia juga berpandangan bahawa sesiapa yang mengunjurkan seks tukar jantina adalah adalah kumpulan yang bersekongkol mempromosi kecelaruan mental!
Artikel ini telah disiarkan di laman web Bangkit!
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.