PendapatUtama

Enam sebab Melayu Islam marah program Dr Zakir Naik dihalang

zakir-naik

1. Dr Zakir Naik (DZN) tidak pernah menghina agama lain.

a. DZN adalah seorang orator Islam yang hebat dan ramai menganggap beliau sebagai perwaris kepada Sheikh Ahmed Deedat.
b. Beliau sangat terkenal sebagai pemidato yang petah berucap dan tangkas mematahkan hujah anti-Islam berbekalkan bukti yang jelas dan kukuh.
c. Beliau tidak memfitnah mana-mana agama selain Islam, malah hanya menyatakan semula apa yang terdapat dalam kitab suci agama itu sendiri.
d. Tambahan pula, orang bukan Islam sentiasa dialu-alukan untuk menghadiri program beliau dan bertanyakan sendiri sebarang persoalan pada DZN.

2. DZN adalah seorang tokoh Islam yang tinggi ilmunya

a. Sebelum giat berdakwah, DZN dahulunya pernah bekerja sebagai doktor perubatan.
b. Beliau telah menuntut di Topiwala National Medical College & BYL Nair Charitable Hospital dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).
c. Pada 1987, DZN mula berguru dengan Sheikh Ahmed Deedat dalam bidang ilmu perbandingan agama sehinggakan Sheikh Ahmed Deedat sendiri menggelar beliau sebagai “Deedat plus”.
d. Kini, DZN telah diiktiraf oleh ramai ulama sebagai pakar dalam ilmu perbandingan agama dan telah disenaraikan dalam Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014.
e. Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga mengakui peranan DZN dalam membuka kepada keabsahan, sifat agama Islam itu sendiri.

3. DZN menjawab persoalan yang orang Melayu Islam sendiri tertanya-tanya.

a. Hakikatnya, ramai orang Melayu Islam di Malaysia adalah Islam dek kerana warisan nenek moyang kita.
b. Namun begitu, ramai daripada kita tetap mahu belajar mengenai Islam.
c. Terdapat banyak persoalan, terutama dalam isu sensitif seperti Hukuman Hudud dan Bukti Saintifik Kewujudan Tuhan.
d. DZN mampu menjawab soalan-soalan sebegini di samping mengukuhkan lagi keimanan orang Melayu Islam.

4. Halangan Program DZN berbaur politik

a. Orang Melayu Islam sangat tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa menghalang program DZN.
b. Persoalannya adalah mengapa PDRM bertindak secara selektif? Halangan ke atas program DZN adalah bukti golongan pemerintah tidak menggalakkan program Islami yang bersifat intelektual.
c. Bagaimana pula dengan program hiburan tak bermoral seperti konsert KPOP dan pertandingan Ratu Cantik yang pernah diadakan atas dasar keupayaan program menjadi tarikan pelancong?
d. Tidakkah program sebegini lebih memberi kesan kepada ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia khususnya sensitiviti agama Islam kerana berupaya merosakkan anak muda dan melahirkan generasi yang bercandukan hedonisme?
e. Keadaan sekarang seolah-olah menggambarkan terdapatnya dalang yang ingin menghalang program DZN yang mempunyai agenda untuk menjatuhkan Islam. Pertubuhan seperti Hindraf dan MIC sepatutnya menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam. Pertubuhan seperti Hindraf dan MIC sepatutnya hadir dan berdiskusi secara ilmiah dan harmoni, bukan mencetuskan provokasi yang menggugat keamanan agama di Malaysia.

5. Hakikatnya, orang Melayu Islam sudah mula menginginkan program Islami yang bersifat intelektual

a. Masyarakat kini sudah kurang gemar dengan program budaya lama yang hanya menyediakan komunikasi satu hala.
b. Terutama anak muda, orang Melayu Islam zaman ini inginkan kaedah pembelajaran agama Islam yang diadakan secara dialog.
c. Program DZN menyediakan tarikan apabila semua persoalan mampu dijawab dengan hujah dalil dari al-Quran, as-Sunnah dan kajian saintifik.
d. Program DZN juga menggalakkan dialog ilmiah antara agama sesuai dengan pandangan alam dan nilai-nilai Islam.

6. Bukti sokongan orang Islam Melayu dan bukan Melayu terhadap program DZN telah terserlah dengan adanya kutipan petisyen yang telah dilancarkan di internet.

 

Wan Muhammad Asyraf Wan Mohd Fadzli

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

EDITOR: Pihak kami mengalu-alukan tulisan anda untuk disiarkan di ruangan Pendapat. Hantarkan ke alamat emel [email protected].

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Orang2 yg x suka sbb takut ada lg orang Hindu yg masuk Islam. Jadi pihak berkuasa kena tanya diri sendiri adakah mereka Muslim yg Mumin atau yg munaafiq. Igtlah munaafiq kekal selamanya dalam Neraka ke 7.
    Bg yg bantah, minta mereka kemukakan alasan intelek yg munasabah, bukan blh ikut perasaan sj.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker