‘Ronchi & Inhaler’
MISI pertama kami di Kampung Samalatong telah pun berakhir semalam. Saya memilih untuk bertugas di kaunter ubat supaya saya dapat merasai pengalaman sebagai ‘pharmacist’.
Sedang saya menyusun dan melabel ubat, dengar nama saya dilaung dari meja satu.
‘Sakinah, boleh tolong auscultate lung (dengar paru-paru) adik ni? Ana dengar macam bunyi ronchi. Tapi adik ni tak pernah ada history of asthma. Datang dengan batuk-batuk saja.’
Saya senyap. Bunyi batuk adik tersebut dan bunyi hujan membasahi bumi Sarawak saling berselang seli. Dalam minda sedang berfikir, kalau betullah ronchi, apa ubat nak bagi ni? Inhaler memang takda apatah lagi nebulizer. Klinik Kesihatan Munggu La Lang dan Hospital Simunjan agak jauh dari sini. Sudah…
*Ronchi adalah bunyi di paru-paru tanda salur pernafasan sempit dan selalunya ada ketika pesakit diserang asma.
*Inhaler dan nebulizer adalah pam untuk pesakit asma.
‘Sah. Memang ronchi. More on left lung. Tapi kita takda nebulizer / inhaler. Syrup prednisolone pun takde.’
Kami saling memandang antara satu sama lain. Dalam kerisauan, saya bersyukur sebab adik tersebut tidaklah tachypnic (sesak nafas atau nafas laju dan berbunyi yang memerlukan rawatan pam segera).
Dr Sakinah binti Sobri
Ketua Biro Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Kota Kinabalu
HO di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana.