Setengah juta pesakit schizophrenia di Korea, apakah pengajarannya?
Sehingga hari ini, demontrasi aman masih berjalan di Gangnam Station Exit 10 dengan melekatkan nota-nota untuk menunjukkan rasa simpati ke atas mangsa di samping menggesa kerajaan meningkatkan keselamatan ke atas wanita di negara ini.
Berikutan peristiwa ini, beberapa pengajaran boleh kita pelajari.
Dapatlah kita fahami bahawa kemajuan dari segi fizikal sesebuah negara bukanlah kayu pengukurnya walaupun terkenal dengan pengangkutan awam yang sangat efisyen mahupun teknologi mereka yang berjaya dieksport ke seantero dunia. Di Korea, pesakit schizophrenia dianggarkan seramai 500,000 orang, tetapi hanya 104,000 masih datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Di samping itu, kedudukan Korea Selatan sebagai negara kedua tertinggi kadar bunuh diri menunjukkan yang mereka sebenarnya tidak mengecapi kebahagiaan dan ketenangan walaupun mereka antara negara yang menerajui arus teknologi terutamanya dalam bidang penghasilan produk elektronik.
Realitinya, jiwa mereka sedang sakit kerana mereka sedang berlumba-lumba menjadi yang terbaik dan terhebat dari segi fizikal dan luaran semata-mata. Jiwa yang kosong takkan rasa terisi, hatta diberikan dengan seluruh bumi dan isinya sekalipun andai hati dan hidupnya tidak berdasarkan fitrah. Bak kata Abu’l A’la Al-Maududi dalam bukunya iaitu ‘Asas-asas Islam’,
” Sesungguhnya anda telahpun mengetahui bahawa orang itu tidak dilahirkan melainkan dalam fitrah Islam. Dan setiap anggota tubuhnya tidak bekerja melainkan sesuai dengan fitrah Islam. Dan dunia sekelilingnya tiada beredar mengikut edarannya melainkan menurut Sunnah Islam. Tetapi semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga terluputlah dan pandangannya fitrah dunia dan fitrah dirinya.”
Bagaimana mungkin seseorang manusia mampu menikmati ketenangan sedang diri sedang melawan fitrah? Oleh itu, seseorang muslim hendaklah mensyukuri nikmat iman dan Islam yang telah Allah berikan dengan sentiasa meningkatkan kefahaman tentang Islam selain cuba untuk menunjukkan sebenar-benarnya akhlak seorang muslim menurut al-Quran terutamanya yang menetap di negara bukan Islam kerana Islam itu dilihat dan dinilai melalui mereka.
Sungguhpun, Korea adalah negara keempat paling selamat di dunia, namun begitu, langkah-langkah keselamatan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana seperti maksud kata pepatah, ‘air yang tenang, jangan disangka tiada buaya’.
Bagi pelajar muslim khususnya, boleh menjadikan bacaan al-mathurat pada setiap pagi dan petang sebagai salah satu usaha untuk memohon perlindungan kepada Allah dari sebarang mara bahaya dan petaka. Hanya kepada Dia sahaja kita semua berlindung dan berserah diri.
Kesimpulannya, kita tidak ada solusi lain yang lebih baik melainkan kembali sepenuhnya kepada Islam. Kesempurnaan Islamlah sebenarnya yang mampu mengisi kekosongan jiwa, menenangkankan hati yang resah gelisah, melindungi setiap anggota tubuh badan kita daripada melakukan kezaliman dan kemungkaran selain menjadikan kita manusia yang lebih teguh di atas kebenaran.
Wallahu a’lam.
Rujukan
http://ontd-political.livejournal.com/11407618.html
http://english.hani.co.kr/arti/english_edition/e_national/744850.html
http://www.statisticbrain.com/safest-countries-to-live-in-the-world/



