Berita UtamaPendapat

Pindaan Akta 355: Apa lagi bukan Islam mahu?

hudud

Baru-baru ini terdapat banyak “ancaman” atau “ugutan” daripada ahli-ahli parlimen yang bukan beragama Islam sebagai bantahan terhadap usul persendirian yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi.

Ahli parlimen Marang telah membentangkan usul itu dan pada hari yang sama telah menangguhkan usul itu untuk didebatkan pada mesyuarat akan datang pada bulan Oktober nanti. Usul ini adalah untuk meningkatkan hukuman-hukuman yang boleh dilaksanakan oleh mahkamah syariah.

Sepertimana yang kita tahu, mahkamah syariah hanya untuk hal ehwal yang melibatkan umat Islam di negara ini. Mahkamah syariah tidak ada apa-apa kena mengena dengan mana-mana individu yang bukan beragama Islam.

Apabila sesuatu sistem undang-undang itu tidak mempunyai kaitan dengan peribadi anda, hak anda untuk berbicara, berdebat, masuk campur dan menentang perkara itu tidak wujud sama sekali.

Anda tidak mempunyai hak untuk masuk-campur urusan umat Islam, sepertimana umat Islam tidak campur tangan dan menentukan cara orang bukan Islam menjalankan ibadah.

Campur tangan dalam urusan mahkamah syariah oleh mana-mana individu yang bukan beragama Islam akan dilihat sebagai satu cubaan untuk mengganggu agama Islam itu sendiri.

Mahkamah Syariah adalah dibawah bidang kuasa Sultan-sultan bagi negeri-negeri yang mempunyai Sultan. Akan tetapi hukuman yang boleh dilaksankan oleh Mahkamah Syariah adalah urusan kerajaan persekutuan.

Apabila satu usul dibentangkan untuk menambahkan hukuman maksimum yang wujud di Mahkamah Syariah hari ini, hukuman-hukuman ini tidak melibatkan mana-mana individu bukan Islam.

Hukuman-hukuman ini tidak berubah untuk berdekad-dekad lamanya dan mempunyai keperluan untuk dinaiktaraf supaya selari dengan hukuman-hukuman pada zaman ini.

Penambahan pada nilai saman tertinggi, jumlah sebatan dan tempoh hukuman penjara antara lain isu yang memerlukan perhatian.

Dalam satu artikel bertarikh 29 Mei 2016, Wong Chun Wai menulis satu artikel bertajuk “Let not the first brick be laid” (linkhttp://www.thestar.com.my/opinion/columnists/on-the-beat/2016/05/29/let-not-the-first-brick-be-laid-in-a-plural-country-like-malaysia-there-is-no-room-for-an-islamic-st/) yang membawa maksud, “jangan biarkan batu asas untuk diletakkan”.

Persoalannya sekarang adalah, batu asas untuk apa?

Islam telah terpahat di dalam Perlembagaan Persektuan sebagai agama persekutuan artikel 3(1), dan merupakan agama setiap negeri kecuali Sarawak.

Untuk setiap negeri yang mempunyai Sultan, apa-apa isu berkaitan Islam, Mahkamah Syariah dan Majlis-majlis agama adalah di bawah bidang kuasa Sutan, dan untuk negeri yang tidak mempunyai sultan, hal ehwal Islam adalah di bawah Yang Di-Pertuan Agung, seperti yang tertulis di dalam perlembagaan, (3)(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

Oleh itu tiada ruangan untuk mana-mana individu atau organisasi bukan Islam untuk mengganggu urusan yang berkaitan dengan Islam. Satu senario yang terjadi sebelum ini adalah kedatangan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke Malaysia untuk beberapa siri ceramah umum dan telah dikutuk dan dibangkang oleh watak-watak yang sama yang menentang usul peribadi ini.

Orang-orang ini (ahli politik) berpendapat bahawa, Zakir Naik tidak sepatutnya memetik kitab-kitab agama mereka, jika kita menjadikan kenyataan mereka sebagai satu piawaian maka apa hak mereka ini untuk campur tangan hal-ehwal berkenaan Islam?

Jika orang Islam tidak boleh memetik atau merujuk kitab-kitab mereka, maka apa hak mereka untuk campur tangan dan menentukan bagaimana kita orang Islam mengamalkan ajaran Islam.

Watak sama yang telah menentang Zakir Naik sekarang menentang pindaan terhadap akta 355. Ini menimbulkan satu persoalan, apakah yang mereka inginkan dari umat Islam negara ini?

Adakah kita harus meninggalkan wahyu dan amalan semata-mata kerana ada sekumpulan manusia yang menyangka mereka itu benar. Menganggap anda benar tidak menjadikan anda benar.

Asas untuk kebenaran harus diwujudkan sebelum membuat tuntutan atau dakwaan mengenai perkara tersebut. Hanya Allah S.W.T. yang boleh menentukan apa yang benar dan apa yang salah, apa yang kita boleh buat sebagai manusia dan apa yang haram dilakukan, tiada manusia yang sepatutnya masuk campur di dalam perkara-perkara ini.

Menjalankan hukuman mengikut syariah adalah satu perkara suci untuk orang Islam, apa-apa cubaan untuk mengganggu amalan orang Islam adalah perkara yang tidak baik, sesiapa yang tidak senang dengan kedudukan Islam di Malaysia bolehlah membuat pilihan yang akan sesuai dengan tuntutan nafsu mereka.

Rehan Ahmad Bin Jamaluddin Ahmad

Aktivis isma

Penafian: Tulisan di atas, adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana. Ia juga tidak mewakili pendirian Portal Islam dan Melayu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker