PendapatUtama

Viral: Teroris Tentera Merah Jepun serang Malaysia pada 1975

13339508_901223256688258_5979884413458963669_n

Malaysia kita ini pernah kena serang teroris. Bukan IS, ISIS, AlQaeda, ETA, Tupac Amaru, Boka Haram atau Tamil Eelam,  tetapi JRA.

JRA atau Japanese Red Army. Tentera Merah Jepun berfahaman komunis.

Peristiwa berlaku pada 5 Ogos 1975. Saya masih dalam tingkatan 1 di Sekolah Menengah Darulaman pada waktu itu.

5 orang teroris ini menahan 53 orang petugas di Bangunan AIA Jalan Ampang KL. Turut ditahan ialah konsul kedutaan Amerika dan Sweden yang berpejabat di bangunan tersebut.

Mereka menuntut supaya 5 rakan teroris mereka yang dipenjarakan di Jepun dibebaskan dan dihantar ke KL untuk menyertai mereka berlindung di negara ketiga. Jika tidak mereka akan bunuh kesemua 53 tahanan.

Kelam kabut kerajaan kita berunding dengan puak teroris ini terutama Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri.

Akhirnya, kerajaan Jepun setuju dan 5 teroris dibebaskan dari penjara Jepun dan dihantar ke KL.

Tan Sri Ghazali berunding dengan kerajaan Libya sebab semua negara tak mahu terima 10 ekor teroris ini. Akhirnya Muamar Ghadafi setuju terima teroris tersebut.

Sebagai ganti, 53 orang tebusan ditukar dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Ramli Omar dan secretary-general Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Osman Samsuddin Cassim.

Ini 2 orang hero kita yang sanggup pertaruh nyawa. Mereka kena travel dengan teroris ke Libya.

Pesawat JAL DC-8 tidak boleh terbang terus ke Tripoli. Mesti singgah isi minyak. Tapi semua negara tak beri izin singgah. Akhirnya Tan Sri Ghazali bincang dengan Bandaranaike dan beliau setuju beri izin singgah isi minyak di Colombo.

Pilot Jepun pula tidak mahu bawak pesawat DC-8 itu takut ditembak. Akhirnya, seorang juruterbang muda Melayu setuju bawa pesawat dari Kuala Lumpur ke Tripoli.

Lihatlah keperwiraan Melayu di saat negara diancam teroris. Orang lain tak boleh harap.

13330899_901223270021590_2815994986330801476_n13344766_901223296688254_3523015262037333184_n

Artikel ini diambil daripada Facebook Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM

Prof Dr Abdul Muati Ahmad

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker