Pendapat

Khas Untuk Kak Mrym Lee: Satu Ulasan

photo_2016-06-27_09-48-46

Kenapa Muslimah tak makan di khalayak walaupun tak berpuasa?

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini viral satu posting berkenaan seorang gadis Melayu Islam bernama Mrym Lee makan di khalayak pada bulan puasa ketika uzur.

Protest katanya terhadap ‘penindasan kepada wanita’ yang tak berpuasa, tapi makan di khalayak. To me. This is just absurd. Sebab apa? Meh sini saya nak cerita….

Kak Mrym…

Sebenarnya kan not to eat in public dalam bulan Ramadhan is not a cultural thing tau. Dah lama ulama’ bahaskan mengenai perkara ni. Bukannya mereka support patriaki ke apa, tapi nak jaga kemaslahatan dan keharmonian sejagat:

1. Syekh Ibnu Utsaimin rahimahullah Ta’ala pernah ditanya:

“Jika seorang wanita haid dan nifas mengalami suci di siang hari Ramadan, apakah keduanya wajib menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa?”

“Jika wanita haid dan nifas mengalami suci di siang hari Ramadan, maka tidak wajib baginya menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa. Dia boleh makan dan minum, kerana tidak berguna sedikitpun jika dia menahan diri, kerana dia telah diwajibkan untuk qada hari itu.

Ini merupakan mazhab Malik, Syafie dan salah satu riwayat dalam mazhab Ahmad. Diriwayatkan dari Ibnu Masud radhiallahu anhu, dia berkata, “Siapa yang telah makan di awal siang, boleh makan di akhirnya.”

Maksudnya, siapa yang dibolehkan berbuka di awal siang, maka boleh baginya berbuka di akhirnya.” (Majmu Fatawa Syekh Ibnu Utsaimin (19/Soal no. 59)

Adapun batasan terkait dengan hal tersebut, sebahagian ulama melarang bagi siapa yang boleh berbuka di bulan Ramadan kerana sakit, safar atau haid untuk memperlihatkan bahawa dirinya tidak berpuasa, agar dia tidak dituduh meremehkan agamanya bagi orang yang tidak tahu bahawa dia memiliki uzur.

Sebagian ulama lainnya berpendapat bahawa jika dirinya memiliki uzur, tidak mengapa baginya untuk menampakkan bahawa dirinya tidak berpuasa. Jika uzurnya sulit dikenali, maka hendaknya dia berbuka secara sembunyi-sembunyi. Ini adalah pendapat kedua, dan inilah yang lebih tepat.
Al-Mardawai berkata dalam kitab Al-Inshaf (7/348)

“Al-Qadhi berkata, diinkari terhadap siapa yang terang-terang makan di siang bulan Ramadan, meskipun dia memiliki uzur. Dikatakan dalam Al-Furu, zahirnya dia dilarang secara mutlak. Ada yang berkata di hadapan Ibnu Aqil, wajib melarang musafir, orang sakit, wanita haid untuk berbuka secara terang-terangan agar dirinya tidak tertuduh.” Ibnu Aqil berkata, “Jika dia memiliki uzur tersembunyi, maka dia dilarang memperlihatkannya, seperti sakit yang tidak ada tandanya atau musafir yang tidak ada bekasnya.”

2. Bolehkah yang uzur terus makan?

Ulama berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa, apakah dia wajib menahan diri daripada makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa.

Pendapat yang terpilih ialah dia tidak wajib menahan diri daripada makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan suatu puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian.

Kata Abdullah bin Masud r.a:

“Sesiapa yang makan pada awal hari, maka dia boleh makan pada akhir hari” (Riwayat al-Baihaqi).

Demikian juga bagi wanita haid, nifas dan sakit. Mereka boleh terus makan tanpa perlu menahan diri pada siang hari pada bulan Ramadan, walaupun mungkin haid ataupun sakit mereka telah berakhir sebelum waktu berbuka.

Namun, hendaklah mereka menyembunyikan perbuatan makan di siang hari tersebut. Sekalipun syarak mengizinkan mereka, tapi orang ramai tidak mengetahuinya, maka itu akan menjadi tohmahan dan fitnah. Begitu juga ia boleh menggalakkan perbuatan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak layak berbuka pada bulan Ramadan.

Maka, seseorang yang mempunyai alasan yang diizinkan syarak untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan seperti faktor sakit dan musafir, maka dia boleh berbuka dan diganti pada hari-hari yang lain. – Beberapa Isu Hukum Semasa Puasa (3) | Minda Tajdid http://drmaza.com/home/?p=2736

Kak Mrym lee juga merungut sebab ramai yang menegur dia tak berpuasa makan di khalayak, walaupun memahami wanita ada yang tidak berpuasa atas faktor keuzuran. Lepas tu bising orang Melayu je yang buat macam tu. Lelaki je yang menegur.

Kak Mrym Lee the thing is. Its not a cultural thinggy. As referred above, ulama’ dah bagi pencerahan pun mengenai makan di khalayak. Sebab akan hadir tohmahan dan fitnah macam Kak Yam kena. Dan perbuatan Kak Yam ni seolah-olah berkempen untuk orang yang memang tak berpuasa tanpa sebab, tanpa segan silu melanggar syarak berpuasa tu dan makan di khalayak.

Kak Mrym.. remember pekerja yang tanya Kak Yam kenapa makan di khalayak? He too is in a difficult position tau nak serve Kak Mrym. Though i disagree with him being rude and all.. Ye la memang la Kak Mrym kata Kak Mrym, uzur tapi well….. There is no sign saying that. “Hi im Mrym Lee. I am on my menses so I tak puasa hari ini”

He too boleh dituduh bersubahat dengan Kak Yam tau. Kesian dia. He was just doing his job tho. To remind you. Kak Mrym Lee lupa ke dalam al-Quran Allah perintahkan kita untuk buat amar makruf nahi mungkar?

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Qs.3:110

Serta hadis:

“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
(Diriwayatkan oleh Musim: al-Iman, hadis no. 40 )

So he was just being a good Muslim to remind you. It is what Muslims do in case that you do not know.

Kak Mrym Lee. All these years kan sebenarnya, Muslim ladies relax je adhere to the norms of tak makan di khalayak ramai waktu puasa. Sebab semua faham. Kita kena hormat orang yang berpuasa. Plus. Bukan lelaki je puasa at that time. Perempuan pun sama je kan?

Tahu tak kenapa mereka makan sembunyi-sembunyi, sebab mereka hormat org Islam lain yang berpuasa. Dan tahu tak kenapa mereka tak makan di khalayak umum, sebab well mereka ada sifat malu yknow to not tell the world “Hello, im on my period!”. Hehe. Kan ke malu tu sifat orang yang beriman Kak Yam?

Dari Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah: Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu.

Kenapa all other muslim women boleh follow the adab tanpa rasa pressured or ditindas? Kenapa pula Kak Yam rasa kena tindas eh? Peliknya saya. Adik-adik darjah satu pun tahu segan la Kak Yam bila makan depan orang puasa. Apa tah lagi yang dewasa macam Kak Yam, macam saya. Kan?

Kak Mrym Lee. Yes I know we all have our own rights to do as we please. Tapi Kak Mrym, if the things that we intend to do sebenarnya sangatlah lari daripada Quran dan Sunnah, tak berbaloi pun Kak Mrym. Sedarlah, kita hidup ni ada pegangan pada quran dan sunnah, ada panduan dari para ulama’.

Untung kan Kak Yam? Rugilah kalau hidup asyik nak ikut kepala sendiri, takut nanti berhias nafsu keinginanmu, parah dan padah menanti. Nauzubillahi min zalik.

Kak Mrym Lee. Sebenarnya saya jujur tak faham. Kenapa of all the months in the year, you choose to perform such act dalam bulan Ramadan yang mulia? Sesungguhnya Kak Yam, Ramadan ini adalah bulan keampunan dan rahmah, bulan yang Allah turunkan khas untuk kita untuk beribadah. Why focus on the meal, eating in public and what not instead of kita fokus merebut pahala Ramadan yang teramatlah berganda, mengejar lailatul qadr yang sangatlah bermakna?

Instead of fighting on this petty issue yang ulama dah lama terangkan cara dan sebab-sebabnya, tapi mungkin Kak Yam tak tahu or terlupa nak rujuk, why not kita fokus kepada ibadah, bermuhasabah dan bermunajat banyak-banyak memohon keampunan Allah. Moga Allah izinkan kita bertemu Al Qadr. Moga kita semua Allah curahkan rahmat dan hidayah insha-Allah

Ramadhan Kareem Kak Mrym Lee.

Wallahu’alam

Ikhlas daripada Amalina Annuar
Timbalan Ketua Biro Dakwah & Tarbiyah PEMBINA UNIMAS

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana. Ia juga tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

11 komen

  1. Menegur dengan kurang sopan itu tanggungjawab orang beriman bagi menunaikan perintah agama?
    Saya kurang setuju. Firman Allah, “Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
    Menegur ke arah perkara yang benar perlu dalam keadaan yang SABAR. Jika tidak, itu semua sia-sia. Wallahu’alam.

  2. Hairan…peduli sangat orang2 kita dengan apa Mrym Lee buat, seantero media dan media sosial membantu publisiti dia. Itu yang dia nak, sebenarnya. Sudah2 lah ….kononnya nak tegur dia….bajet suci konon. Dengan kelakuan ini, sebenarnya membantu publisiti murahan dia.
    Cukuplah.

  3. alhamdulillah…saya sangat bersetuju dengan tulisan saudari..perkara yang mudah telah menjadi satu isu besar..saya mohon izin nk tambah sikit, pada saya bila seseorang menjadi terlalu bijak pandai ini la hasilnya kot, terlalu nak tunjuk pandai.

  4. Panjangnya alasan. Tapi tak nampak kau pi teguh, marah dan bagi kounseling kpd org yg curi, tipu, bunuh, mkn rasuah, buli, samun, kurang sopan, racist dll. ? kesalahan benda2 tu lagi serious, lagi memalukan agama. Tapi semua buat buta, buat tak tau aje. Kes ni pula, nak tunjuk baik sgt. Buli dia sebab dia perumpuan, senang dibuli. Jgn double standard, berat sebelah, pilih bulu.

    1. Cik CJM ini bukan soal penindasan atau buli. Masyarakat menegur kerana dah memang ternyata salah. Apa salahnya menegur sesuatu utk kebaikan.

      Membunuh, mencuri itu juga salah. Itu bukan wajib ditegur TAPI wajib dihukum . Janganlah menyamakan sesuatu perkara atas dasar yg berbeza.

  5. Siapa yang mampu tegur dan nasihat suatu pendapat yg salah atau keliru ….ahlan! Siapa yang nak tolong tegur/ nasihatkan banyak lagi perbuatan mungkar dan maksiat yang ada dan sedang berlaku dalam masyarakat kita ni…ahlan juga…!

    Tapi berapa ramai orang yang nak buat???

    JADI, kalau ada yang baik hati nak nasihatkan tu ,yang lain tu dengarlah dan fahamkanlah….pastu sokonglah. … Yang Betul tu…
    Tidak ada isu BAJET SUCI ke atau BULI ke atau PILIH BULU ke…

    Petikan ayat dari surah al’asr yang digunakan itu dah jelas dah kan…
    Siapa-siapa yang beriman dan beramal soleh boleh je beri nasihat dan teguran utk kebenaran dan kebaikan..

    Janganlah kita jadi pembela pada perbuatan yang salah,maksiat dan mungkar pada sisi Allah…
    Wallahu ‘aklam.

  6. Sakit sangat tengok orang makan di bulan puasa…..pandang je la ke tempat lain.
    mrym lee paksa orang sekelilingnya untuk tidak berpuasa ke?
    Apa yg mrym lee buat tu, suatu kesakitan fizikal ke?
    Dah nyata, mrym lee tu attention seeker….yg bagi dia perhatian sangat tu, kenapa? Takde kejer?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker