Berbuka puasa di gereja, adakah diizinkan?
Sebelum ini diviralkan bahawa sebuah gereja di Sarawak telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam. Posting tersebut telah mendapat lebih daripada 10,000 ‘like’.
Tidak kurang juga ada suara-suara umat Islam yang tidak setuju. Rata-rata ‘netizens’ merasa okay dan beranggapan ia tidak menjejaskan pun keIslaman dan dan keimanan mereka dengan iftar di gereja tersebut.
Terkini, aktivis Syed Azmi yang sebelum ini pernah menganjurkan “I want to touch a dog” juga turut ‘mempromosi’ iftar di gereja sebagai usaha yang baik untuk mewujudkan keharmonian antara kaum di Malaysia ini.
Beliau merasakan agak ralat bila majlis tersebut dibatalkan di saat-saat akhir. Walaupun niat beliau baik, namun apakah melazimi rumah ibadah lain itu suatu tindakan yang diizinkan agama Islam?
Walaupun Ramadan telah hampir ke penghujungnya,saya rasa bertanggungjawab untuk mengulas isu ini menurut sisi syarak, mudah-mudahan ia bermanfaat untuk umat kini dan yang akan datang.
SOLAT DAN PUASA
Keduanya adalah ibadah fardhu yang kesempurnaannya berkait rapat dengan rukun, syarat dan perkara-pekara sunat yang mengiringi keduanya.
Saya dapati, kebanyakan mereka yang teruja berbuka di gereja tu menggunakan hujjah Saidina Umar r.a pun turut solat di gereja ketika mengunjungi Baitul Maqdis! Menurut mereka solat lagi utama. Kalau solat di gereja dibolehkan, takkanlah berbuka sekadar makan minum tak boleh!
Adakah benar Saidina Umar solat dalam gereja?
Imam Bukhari telah menyebut di dalam kitab Sahihnya, menyentuh bab solat di Gereja. Saidina Umar RA telah dipelawa oleh para paderi untuk menunaikan solat di ruang yang disediakan oleh mereka di dalam gereja al Qiamah ketika beliau mengunjungi Kota al Quds.
Saidina Umar telah menolak dan berkata: ”Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam gereja kamu semua kerana ada patung-patung dan gambar-gambar”
Kemudian Khalifah Umar telah solat ditempat lain di sekitar gereja tersebut dan tempat tersebut kini dikenali sebagai Masjid Umar.
Kenapa Saidina Umar menyebut mengenai patung dan gambar–gambar pula? Ia menunjukkan bahawa gereja bukanlah tempat yang sesuai untuk orang Islam menunaikan solat dan ibadat lain di dalamnya kerana para malaikat yang membawa rahmat tidak akan masuk ke dalam gereja.
Apa kaitannya dengan iftar? Adakah kita berbuka hanya sekadar makan dan minum sahaja? Islam sangat menitik beratkan tempat yang baik dan sesuai untuk melaksanakan ibadah..
Kerana adanya patung-patung berhala dan gambar itu termasuk perkara yang menghalang masuknya para malaikat yang membawa rahmat untuk orang-orang yang melaksanakan ibadah! ( jika sedang berbuka puasa!)
Telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari ( 3225) dan Muslim ( 2106) dari Abu Talhah bahawa Nabi SAW telah bersabda:
لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ
Maksudnya:“Para malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada anjing dan gambar.”
Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi,( 2806) dan Abu Daud,( 4158) dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jibril telah datang kepadaku dan berkata, sesungguhnya saya telah datang kepadamu semalam. Dan tidak ada yang menghalangiku masuk ke dalam rumah dimana anda berada melainkan di pintu rumah ada patung, di dalam rumah yang ada tirai kain terdapat padanya gambar.
Juga di rumah yang ada anjing. Maka diperintahkan kepala patung untuk dipotong dan dijadikan seperti pohon. Diperintahkan kain tirai itu dipotong dan dijadikan kain tempat bantal tidur yang diinjak. Diperintahkan anjing untuk dikeluarkan.
Rasulullah SAW melaksanakan semuanya. Mainan tiga persegi kepunyaan Hasan atau Husain di bawah timbunan barang, maka itu pun diperintahkan untuk dikeluarkan.’
Hadis disahihkan oleh Al Bani dalam Sahih Al Jami’ no. 68.
PUASA IBADAH YANG KHUSUS UNTUK ALLAH.
Allah SWT telah menyebut di dalam satu hadis qudsi : “…Puasa itu untukku dan Akulah yang akan membalasnya..”
Sudah tentulah dalam menunaikan ibadah puasa ini termasuk berbuka tidak dilakukan dengan sengaja di tempat-tempat yang penuh dengan syiar-syiar syirik dan sesat seperti patung-patung dan gambar-gambar Jesus yang terdapat di dalam gereja !
Larangan masuk ke rumah ibadah orang kafir:
Seorang muslim tidak boleh masuk ke tempat-tempat ibadah kaum kuffar disebabkan banyaknya keburukan (dalam hal aqidah) orang-orang kafir itu sendiri. Hal ini berdasarkan dalil yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan isnad sahih dari Umar RA bahwa beliau berkata:
وَلاَ تَدْخُلُوْا عَلَى الْمُشْرِكِيْنَ فِي كَنَائِسِهِمْ وَمَعَابِدِهِمْ فَإِنَّ السُّخْطَةَ تَنْـزِلُ عَلَيْهِمْ
“Janganlah kamu masuk ke dalam gereja-gereja orang-orang musyrik dan tempat-tempat ibadah mereka, kerana kemurkaan Allah telah turun ke atas mereka”
Riwayat Al Baihaqi dalam As Sunan ( 9/234), Abdurrazaq dalam Al Mushannif ( 1609). Lihat Iqtida’ Sirat Al-Mustaqim, karya Syaikhul Islam (1/455)
LARANGAN SOLAT DI MASJID DHIRAR :
Isu berbuka di gereja ini juga boleh diqiyaskan dengan kisah Masjid Dhirar yang di bina oleh golongan munafik. Rasulullah SAW telah melarang umat Islam daripada masuk dan menunaikan solat di dalamnya kerana ia dibina oleh musuh untuk memecahbelahkan kesatuan orang Islam pada masa itu.
Itu larangan ke atas masjid! Lebih-lebih lagilah gereja yang terang lagi tersuluh dibina oleh orang-orang kafir di atas asas kesyirikan kepada Allah SWT dan kemungkaran yang nyata.
TOLERANSI DAN HARMONI ANTARA AGAMA.
Hampir 60 tahun selepas kemerdekaan negara ini telah membuktikan umat Islam di Malaysia adalah antara negara yang paling toleran terhadap golongan penganut agama minoriti di dalam negara ini sehingga bilangan gereja, kuil, tokong dan sinagog melebihi bilangan masjid dan surau di dalam sebuah negara yang majoritinya adalah muslim!
Mereka bebas sebebasnya melakukan upacara keagamaan di hadapan khalayak walaupun selepas itu jalanraya bersepah dan kotor dengan kelapa yang berselerak dan habuk colok gergasi yang mengotori jalan dan kawasan kejiranan.
Setiap tahun di hujung Disember akan berkeliaran lah sang Santa dengan unifomnya di hotel-hotel dan tiba-tiba sahaja pohon plastik yang berwarna warni tumbuh dengan melata di premis-premis dan gedung perniagaan! Tidak harmonikah lagi? Malah cuti perayaan pun telah sama bilangan harinya dengan kaum muslim yang majoriti di negara ini.
Tapi ingatlah, perkara ibadah dan keimanan adalah sesuatu yang eksklusif sifatnya yang tidak boleh dikongsikan dengan orang yang musyrik dan orang yang ingkar kepada Allah ketika melaksanakan ibadah tersebut.
Ibadah adalah bukti ketundukan, ketaatan dan keyakinan terhadap dosa pahala dan balasan syurga neraka. Ia adalah pembeza antara haq dan batil, antara iman dan kufur kerana pengakhiran kepada ibadah kita pasti berbeza dengan orang kafir tersebut seperti yang ditegaskan oleh Allah kepada Nabi SAW agar mengatakan dalam surah al Kafirun “ bagiku agamaku dan bagimu agamamu..”
NORMALISASI DAN KRISTIANISASI
Usaha puak Kristian untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan umat Islam tidak akan pernah berhenti.
Malangnya umat Islam sendiri ada yang rela menjadi pendukung dan penyokong kepada usaha pihak gereja ini tanpa mengendahkan teguran dan nasihat daripada saudara seIslam mereka sendiri kerana mereka merasa lebih bijak dan pintar dalam mencatur masa depan mereka dan negara ini!
Alhamdulillah kita ada institusi Sultan dan Raja yang menjadi ketua agama di negara ini. Jabatan-jabatan agama seluruh negeri yang berganding bahu untuk meninggikan syiar Islam dan sebagai penguatkuasa perlaksanaan undang-undang Islam di Negara ini.
Satu qaedah fiqhiyyah yang berkaitan dengan keadaan atau situasi yang membahayakan bagi umat dan negara :
اِذَ
اضَاقَ الأَمْرُ اِتَّسَعَ وَاِذَااتَّسَعَ الأَمْرُضَاقَ
“Apabila suatu perkara itu sempit maka hukumnya menjadi luas, sebaliknya jika suatu perkara itu luas maka hukumnya menjadi sempit”.
Adapun qaedah ini sama dengan beberapa qaedah lain;
1. Kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan yang sama.
2. Menolak kerosakan harus didahulukan dari menarik kemaslahatan
3. Apabila dua kerosakan saling berlawanan (bertemu), maka haruslah lebih diperhatikan yang lebih besar mudharatnya dengan melaksanakan yang lebih ringan mudharatnya dari keduanya.
Namun saya tidak berharap pembaca menghafal qaedah ini kerana cukuplah sekadar pembaca mengetahui akan kewujudannya..
Hari ini umat Islam terlalu bermudah-mudah dalam urusan agama dan tidak mengambil peduli akan peringatan Allah dan RasulNya menyebabkan mereka terjerumus ke dalam jerat musuh berkali-kali !
Menerusi qaedah ini juga pemerintah Islam berhak mengetatkan beberapa peraturan dan keharusan syarak demi memelihara keutuhan agama dan syiar Islam itu sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Umar RA yang tidak membenarkan wanita muslimah berkahwin dengan lelaki ahli kitab dan sebaliknya walaupun syarak membenarkan demi maslahat yang lebih utama untuk dijaga.
Kita tidak mahu normalisasi berjaya mempengaruhi umat Islam di Malaysia sepertimana kejayaan gerakan kristianisasi ‘mempluralkan’ dan ‘menormalkan’ muslimin di Indonesia bila mana bebasnya perkahwinan campur antara agama berlainan, meriahnya muslimin iftar di gereja dan lain-lain lagi.
PENUTUP
Saya ingin menutup tulisan saya dengan menyebut firman Allah dalam surah ali Imran :118 yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang yang bukan dari kalanganmu menjadi teman karib ( yang dipercayai) kerana mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih jahat lagi.Sesungguhnya Kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat (kami) jika kamu memahaminya ( memikirkannya)..
Wallahu a’lam wallahul musta’an.
Ustazah Jamiah Wahab
AJK Biro Tarbiyah
Isma Cawangan Seremban
Salam alayk. sekadar ingin bertanya. berkaitan sebab saidina umar tidak solat di gereja, berdasarkan pembacaan saya selama ini, jawapan saidina umar berbunyi begini, “seandainya saya solat di sini, saya bimbang umat islam akan menjadikan gereja ini sebagai masjid. perbetulkan kalau saya salah. wallahua’lam.
Institusi sultan & raja pun Ssh la nak cakap. Baik puteri ke permaisuri ke x pakai tudung pun.
Mungkin gereja itu mengadakan acara berbuka di tempat mrk kerana mrk sedar ada masjid yg walaupun ada majlis berbuka, tidak mahu non-muslims mengunjung kerana peraturan (seperti di selayang). Inisiatif ini tidak bermaksud utk menaikkan kemarahan org islam.
Ramadan itu besar rahmatnya….sungguh besar sehingga nonmuslim pun ingin cuba mendekatinya, memahaminya melalui kacamata dan pengalaman org islam. Berbaik sangka lah, dan saya ingin meminta maaf jika pandangan saya menyinggung perasaan sesiapa, ini sekadar pengamatan saya berdasarkan laporan2 yg saya baca.
Assalamualaikum, sy minta maaf klu pendapat sy ini, agak kasar dan sy ini mungkin kurang pengetahuan dlm agama, tp apa yg sy rasakan dlm penulisan ini, (pandangan sebagai seorg mualaf) tidak menunjukkan sifat2 islam yg telah mencuri hati sy dlu.. sy beranggapan islam itu indah dan sgt indah dgn nilai2 toleransinya.. tp pd apa yg sy baca dlm penulisan ini, seolah2 islam xboleh sama sekali bergaul dgn agama yg lainnya.. dan apa yg sy baca, seolah2 islam perlu memusuhi agama lainnya yg cuba utk berbuat baik pada agama islam, dan cuba utk menghormati agama islam itu sendiri.. ternyata agama kristian lebih kuat keimanannya kepada tuhan mereka sehingga tidak merasakan mereka akan terpesong walaupun mereka cuba utk menyambut baik kepercayaan agama lain.. berbanding org islam sendiri, yg hanya hadir ke gereja saja sdh boleh goyang keimanan, takut murtad dan sebagainya.. sy minta maaf, sy rasa ini bukan yg di anjurkan oleh agama islam itu sendiri, tp penulis lebih mengetghkan perlunya islam menjauhi agama lain, jadi bagaimana kita mau menjadi contoh yg baik kepada agama tersebut, klu kita sendiri bersangka buruk kepada org lain? Maafkan sy penulis, sy kurang arif, tp tetap saja meletakkan islam itu adalah agama yg harmoni.. dan sdh semestinya ada keharusan yg perlu penulis kaji dlm situasi ini..
It is exactly shallow minded, narrowed thingking people like you that makes us scapegoat for hatred. What the hell is wrong with eating with non Muslims. What’s wrong with sitting tall and sitting proud with them. You and your Malaysia bullshit are cancers to this multicultural nation. While other Muslims tried hard to forge good relationship in times where Muslims and Islamore are being subjected to persecution and it’s good image is being tarnished by other sects, you, supposedly brainy with professionals as members, can’t keep your racial prejudiced separate from religion.
You are racist. Period. You might as well stick a “Ketuanan Melayu” on your forehead.
Mgkin dari segi akidah dan kesucian agama, benar majlis berbuka puasa tidak seharusnya diadakan di gereja. sbg inisiatif, majlis berbuka puasa boleh diadakan didewan sivik@ tempat terbuka utk org ramai. Perihal kristianisasi tidak wajar dijadikan isu berkait majlis berbuka puasa, kita tidak tahu apa yg tersirat.
Tetapi mengungkit isu puntung colok atau perayaan keugamaan bangsa lain seolah-olah mengganggu umat islam adalah salah. Mereka jg berkompromi setiap hari jumaat apabila kereta park di bahu jalan, even menghalang laluan kereta lain. Islam mengajar kita utk tidak menunding jari kpd yg lain dan amat penting org Islam menunjukkan contoh yg baik.
Sayidina umar RA menolak untuk bersolat di dalam gereja walaupun ditawarkan oleh paderi di Baitulmuqaddis kerana dia diriwayatkan berkata bahawa, saya tidak mahu orang Islam yang datang selepas saya menukarkan gereja ini kepada masjid.