Pendapat

Boleh tak minum air Kangen? Baca penjelasan Dr Suhazeli

13627127_1095967880442534_4291038767264200527_n

Seorang pesakit bertanya: “Boleh ke Doc minum air Kangen?” Sambil tunjukkan sebotol air Kangen depan saya.

Saya akan jawab, “Boleh minum¹. Secara umum apa sahaja air pun boleh minum selagi tidak mendatangkan mudarat.”

“Tapi kerajaan larang jual, sebab tak masuk duit dalam cukai kerajaan kan?” Soalan menguja dari beliau.

“Tuan, peraturan yang melarang minum itu bukan berkait dengan masuk duit kepada kerajaan atau tidak. Ia sebenarnya melibatkan dakwaan yang salah jika apa-apa air termasuk Air Kangen boleh merawat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Ini dah jadi misleading maklumat kesihatan kepada orang ramai. Kesannya, ada pesakit saya yang tinggal terus ubat kencing Manis gara-gara percaya. Gula naik mencanak”

“Begitu juga terdapat satu akta khusus bagi larangan membuat iklan yang mendakwa sesuatu produk boleh merawat 20 jenis penyakit.”[1] Panjang juga ulasan..

“Dalam peraturan 360b tersebut melarang mana-mana individu atau syarikat yang menjalani pembungkusan produk tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan. Isu ini juga timbul dalam penjualan air jampi.[2] KKM mengambil langkah pengawalan ini bagi mengelakkan pengambilan air dari sumber yang tidak selamat samada mengandungi coliform (kuman) atau logam berat yang berbahaya. Jika ia bebas dibungkus dan dijual tanpa standard piawaian tertentu, tiada jaminan tapisan keselamatan mutu.”

“Tapikan doktor, air ni kan ada banyak khasiat.” Tanya lagi dalam sedikit sangsi.

“Tuan, pengalaman individu tidak boleh dipukul rata kepada semua orang. Dalam perubatan setiap ubatan perlu melepasi tahap ujian klinikal yang melepasi piawaian berkualiti, berkesan dan selamat. Tahap ujian klinikal tersebut menunjukkan majoriti (biasanya melebihi 70% berkualiti, berkesan dan selamat), baru lah boleh mendakwa sesuatu bahan boleh digunakan dalam masyarakat.”[3]

“Terdapat kajian berkenaan air beralkali ni. Tetapi hasil kajian tidak meyakinkan. Malah ianya lebih kepada kesan psikologi kepada pengguna.”[4, 5]

“Tuan, badan kita ada sistem keseimbangan asid-alkali (acid-base balance). Jika perut serap air alkali sekali pun, darah kita akan menyeimbangkan semula kepada pH 7.35 – 7.45. Jika pH darah terlalu alkali, ia memudaratkan badan.”[6]

“Saya risau juga, jika dalam perut terlalu beralkali, boleh menyebabkan kesan sampingan kesihatan yang lain. Ada kajian menyebut jika makan terlalu kerap dan berpanjangan Antacid (ubat gastrik yang beralkali), risiko jangkitan kuman paru-paru akan bertambah.” [7,8]

“Okay Doktor, terima kasih kerana penerangan tu.” Jawabnya separa puas hati.

“Doktor ni sokong kerajaan ek?” Beliau menyerkap pegangan politik saya.

“Saya sokong peraturan yang boleh menyelamatkan ummah serta masyarakat terbela. Jika pembangkang tadbir Malaysia pun, peraturan ini tetap wujud dan saya akan sokong seutuhnya.” Saya semat pendirian saya disini.

“Angguk faham”….

Dr Suhazeli Abdullah
Insan Faqir
Fb.com/drsuhazeli

8 Julai 2016
3 Syawal 1437

Rujukan tepi
[1] Larangan iklan 20 jenis penyakit. http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/04-dis-2012/berwaspada-dengan-iklan-iklan-haram.html
[2] Larangan Jual air Jampi. http://www.sinarharian.com.my/mobile/wawancara/amaran-tindakan-kepada-air-jampi-komersial-1.438411
[3] Evidence based Medicine. http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0019483216301857
[4] Alkaline Water Beneficial?http://m.huffpost.com/us/entry/7762588.html
[5] Hoax Alkaline water. http://www.precisionnutrition.com/alkaline-water-legit-or-hoax
[6] keseimbangan pH darah. http://www.medicinenet.com/script/main/mobileart.asp?articlekey=10001
[7] Ubat Gastric mungkin penyebab pneumonia.http://www.m.webmd.com/heartburn-gerd/news/20101219/heartburn-drugs-linked-to-pneumonia-risk
[8] Alkalinization cause pneumonia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8578208

P/s . Minum dibolehkan atas risiko sendiri. Tanpa melihat dari sudut kesihatan, sama juga dengan meminun air perigi, air sawah, air kolam, air jeram dll yang tidak melalui proses rawatan air. Bukan bermakna air Kangen tidak melalui proses rawatan, tetapi tidak ada pembuktian bahawa air Kangen itu sempurna dirawat semasa proses pengeluarannya.

Dr Suhazeli Abdullah

*Artikel ini diambil daripada Facebook Dr Suhazeli Abdullah dengan keizinan beliau.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

9 komen

  1. Assalamualaikum wbt..saya mula menerima maklumat2 mengenai kangen water melalui email, fb sy. khususnya drp mereka yg menjual produk selain kangen water.

    Pada pandangan saya..faedah2 diperbesarkan, yang boleh didapati drp meminum air tersebut yg menyebabkan ianya misled..faedah2 yg diperbesarkan bukan shj datang drp air kangen malah kesemuanya..khususnya mereka yg menjual produk kesihatan utk melariskannya..

  2. aslm kajian menunjukkan air paip umum mengandungi klorin yg membahayakan kesihatn! Pihak doktor tidak pula mewarwarkan akan kesan buruknya kpd masyarakat demi kesihatan ummah,kenapa?Adakah pihak doktor ada kepentingan apa- apa?

    1. Air paip satu Malaysia tau keburukkan jika di minum, kena guna penapis air atau dimasak dahulu sebelum minum. Apa la pandai sangat soalan ko ni, ni mesti agent jual air kangen!! Haha

  3. Bandingkan ubat gastrik dengan air? apa punya hujah macam tu?
    Seorang profesional harus menjawab daripada hasil kajian makmalnya sendiri kalau sungguh nk komen. Kalau awak sendiri tak buat kajian jawab ja la dgn jujur “…. saya perlu kaji air kangen dalam makmal dan kajian mengenainya terlebih dulu sebelum bagi komen, kerana air alkali walaupun sama putih banyak kategori dan jenisnya…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker