Berita UtamaPendapat

Takkan Melayu hilang di dunia…

photo_2016-07-11_09-36-33

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri. Hari kemenangan untuk semua umat Islam!

Tahun ini kami memperkasakan kehebatan warisan dengan memperagakan busana warisan di hari kemenangan. Kerana kami bangga tanah Melayu ini tanah orang Islam. Islam telah membentuk negara kita menjadi sesuatu yang hebat, mengangkat tanah ini sehingga ke mercu kegemilangan.

Semoga kegemilangan Islam akan kembali bersinar di tanah Melayu. Hebatnya Islam itu di Malaysia sebenarnya adalah tanggungjawab kita, binalah rasa izzah atas warisan kita yang hebat daripada mengangkat bangsa kafir. Yakinlah akan perjuangan dengan misi yang murni ini pasti dibantu Allah jika kita benar-benar berusaha.

Jika ada yang cuba memperkecil dan mempertikai orang Melayu, jangan mudah kita berasa kecil dan kalah, usah pula kita rasa gagal dan mengangkat orang lain, sebaliknya bangkitlah kita memperkukuh dan menguatkan bangsa kita supaya kembali bermaruah dan dihormati..

Allah menuntut kita untuk berubah sebelum mengecapi kejayaan. Hijrahlah orang-orang Melayu sekalian kerana saat ini islam di Malaysia amat-amat memerlukan kita. Usah kita harapkan kafir untuk mengangkat islam..kerana mereka sudah PASTInya tidak akan menggemilangkan islam sebagai agenda misi mereka.

Rasuah di kalangan Melayu adalah salah, namun kekufuran, murtad, pelacuran, judi dan arak adalah perkara kemungkaran yang lebih jauh perlu kita tentang. Takkan islam berjaya diagungkan oleh kafir yang jauh lebih mungkar dari muslim.

Salam eidulfitri al mubarak. Marilah kita pelihara keharmonian menggemilangkan islam di tanah ini bukan keharmonian mengangkat kekufuran.

Takbir..takbir..takbir!

NafidzRazak-
Aktivis Isma

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker