Kenyataan Zairil “Tegakkan maqasid syariah dahulu, baru cerita tentang hudud” di http://www.roketkini.com/2016/07/26/tegakkan-maqasid-syariah-dahulu-baru-cerita-tentang-hudud-zairil/ menampakkan lagi kejahilannya terhadap Syariah dan Maqasid Syariah.
Pelajarilah dari mana-mana ulama Maqasid di seluruh dunia, nescaya anda akan dapati mereka sangat menitik-beratkan Syariah demi mencapai Maqasid Syariah. Tunjukkan ulama mana yang menyatakan Maqasid Syariah boleh dicapai tanpa penegakkan Syariah.
Tahukah anda, Maqasid Syariah sebenarnya merupakan “Matlamat daripada syariah yang diturunkan, dan rahsia-rahsia yang diletakkan As-Syari’ (Allah swt) pada setiap hukum hakamnya”? seperti mana yang dijelaskan Al-‘Allamah ‘Allal Al-Fasi. (Maqasid As-Syariah Al-Islamiah wa Makarimuha, m/s 3)
Tahukah anda, Maqasid Syariah sebenarnya adalah Maqasid Al-Quran? Kerana sumber utama syariah itu sendiri adalah Al-Quran, bukan bersumberkan logik akal anda semata-mata.
Tahukah anda, terdapat 3 Maqasid Al-Quran yang terpenting sebagai pokok kepada segala maqasid yang lain sepertimana yang dinyatakan Imam Al-Ghazali:
1. Mengenal Allah swt (تعريف الله)
2. Mengenalkan kita pada jalan lurus yang wajib dilaluinya.
3. Mengenalkan keadaan ketika hari Akhirat. (Jawahir Al-Quran, m/s 23)
Al-Biqa’ie pula telah menyatakan maqasid surah Al-Ikhlas yang merupakan 1/3 daripada Al-Quran;
“Ia memadai dengan arahan supaya beriktikad dengan keesaan Allah yang merupakan iktikad (kepercayaan) yang paling utama. Segala maqasidnya tertumpu kepada menerangkan Aqidah, hukum-hakam, dan kisah-kisah. Surah ini merangkumi seluruh pengetahuan Ilahiyyah dan membidas mereka yang tidak mempercayainya. Inilah sebenarnya yang dikehendaki yang mana menjadi ikutan/asas segala maqasid yang lain.” (Nazmu Ad-Durar fi Tanasubi Al-Ayat wa As-Suwar, 593/8)
Sedarkah anda, Maqasid Al-Quran yang dijelaskan di atas ini sangat bertentangan dengan perjuangan DAP?
Sedarkah anda, mesej Al-Quran juga banyak menceritakan tentang perjuangan di dalam pertempuran Aqidah (معركة العقيدة), melawan musuh umat Islam, dan menetapkan umat Islam di atas jalannya.? (Lihat: Tafsir Fi Zilal Al-Quran, 3541/1) Ketahuilah bahawa perjuangan DAP sangat jauh daripada mesej Al-Quran ini.
Jika selama ini ulama hanya berkhilaf tentang hukum Tahaluf Siyasi dengan parti bukan Islam, ulama mana pula yang membenarkan untuk menyertai parti bukan Islam sepertimana yang sedang anda lakukan sekarang ini?
Syeikh Dr. Munir Muhammad al-Ghadhban rahimahullah dalam kitabnya At-Tahaluf As-Siyasi fi Al-Islam telah menerangkan 3 jenis tahaluf yang diharamkan;
1) Tahaluf yang memungkinkan musuh bertindak menyerang gerakan Islam, dimana dapat diketahui kekuatannya dan diketahui hasad dan bencinya terhadap Islam.
2) Tahaluf pemikiran yang mendorong orang Islam menerima pemikiran selain Islam. Atau ‘tenang’ dengan Aqidah yang batil dan memperakuinya (إقرار) atau sebahagiannya dengan hujah maslahah. Ini sudah keluar dari Islam dan kufur.
3) Tahaluf yang membawa kepada perpecahan saf umat Islam dan melemahkannya. Ini akan membawa kepada peperangan di dalam saf umat Islam dan berlakunya fitnah. Ketahuilah bahawa fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. Inilah sebenarnya objektif musuh.
Jika tiga jenis tahaluf di atas inipun sudah diharamkan ulama, bagaimana pula dengan penyertaan anda dalam DAP, membantu DAP menjayakan agendanya, mengelirukan lagi orang ramai tentang Syariah dan Maqasid Syariah?
Insaflah. Fahami dahulu hakikat Syariah dan juga Maqasid Syariah, sebelum membuat kenyataan yang menampakkan lagi kejahilan anda.
Akhir sekali, fikirkan juga apa yang anda mahu jawab di hadapan Allah jika ditanya mengapa anda bersama DAP.
Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua.
Wallah A`lam.
Ahmad bin Khairuddin
Ada beza ke bersama dap, mca dan mic?
Macamana awak tahu Allah akan bertanya kenapa bersama DAP?
Siapa orang mulia di sisi Allah?
https://insists.id/syariat-islam-dan-tantangan-zaman/
Tansri,
perhatikan ayat 28 Surah Aali Imran,
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun………………………..
(A-li’Imraan 3:28)
Beli pasu di kedai China,
Penjual pasu bernama Lim,
Puak liberal tersangat hina,
Spin Islam tipu Muslim.
Ultra kiasu berjalan malam,
Bersama munafik mencari saka,
Sokong kafir hina Islam,
Tanda munafik penghuni neraka.
Helang diserang jet kfir,
Jatuh ke laut lalu tenggelam,
Puak liberal penjilat kafir,
Menyerang Islam dari dalam.
Rasa gembira sifu mati,
Mati tercekik gelang suasa,
Umat Islam berhati-hati,
Ular liberal racun berbisa.