Festival filem, bahasa kebangsaan dan asakan multiculturalism
1. Festival Filem Malaysia (FFM) tahun 1999 membawa tema “Mengangkat Maruah Bangsa Melalui Filem”. FFM tahun 1997 bertemakan “Filem Merealisasikan Tamadun Bangsa”. Dalam suasana sosiopolitik masa kini, sudah tentu tema seperti ini dianggap rasis dan tidak inklusif, tidak meraikan “diversity“. Inilah yang akan berlaku dalam era “political correctness“.
2. Apabila FFM 2016 membezakan filem bahasa kebangsaan dan bukanbahasa kebangsaan, ia bukan bermaksud FFM sudah “dimelayukan”, seperti dakwaan Afdlin Shauki. Bukan bermaksud ada diskriminasi, seperti dakwaan Tony Fernandes. Konsep “bangsa” dalam tema FFM 1997 & 1999 serta medium bahasa kebangsaan merujuk kepada identiti Malaysia sebagai negara-bangsa, bukannya merujuk kepada kaum. Hal budaya teras ni dijelaskan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Bahasa Melayu dalam konteks ini bersifat inklusif, sebagai Bahasa Malaysia.
3. Membezakan kategori bahasa dalam filem bukan bermaksud anti kepelbagaian-etnik. Hakikatnya, bahasa kebangsaan mengikat perpaduan, bukannya mendiskriminasi.
4. FFM sekadar membezakan kategori bahasa. Festival filem di negara lain ada yang membezakan kategori antara mainstream dan etnik minoriti. Festival di Malaysia dalam hal ini lebih akomodatif dan meraikan kepelbagaian.
5. Polemik “diskriminasi” FFM 2016 ini mencerminkan ideological struggle yang sedang berlaku dalam masyarakat, antara gerakan liberal multiculturalism dengan status quo asas-asas kenegaraan.
Ahmad Farami bin Abdul Karim
Felo Institut Pengajian Kewartawanan
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM
Kalau meraikan kepelbagaian, mengapa filem2 bukan melayu ditolak dari kategori ‘filem terbaik’?
Maaf, artikel ini adalah satu kupasan yang lemah.
Memang msia ni multicultural. Status quo tu pon dapat sebab ia satu syarat untuk memperolehi kemerdekaan.
Multiculturalism bukan liberal. Multiculturalism ialah satu identiti yg patut kita raikan dan dihargai.
Ni bulan merdeka. Fikir2 lah
As-sa-la-mu-‘a-lai-kum! Fi-lem tak se-mes-ti-nya I-ba-dah. Ta-pi I-ba-dah bo-leh ber-a-da da-lam fi-lem. Ta-pi ia-nya per-lu a-da ke-fa-ha-man a-ga-ma. La-gi – la-gi ji-ka ia-nya be-tul ber-da-sar-kan Al-Qur-an. Te-ngok ber-ju-ta ka-li pun bo-leh me-ni-tis air ma-ta. Al-la-hu-ak-bar! Was-sa-la-mu-‘a-lai-kum.