Berita UtamaKolumnisProf. Madya Dr. Rafidah HanimUtama

Bertudung bukan lesen untuk cebur diri dalam maksiat

gelek-puteri-umno

Masih terlalu banyak yang perlu dipelajari tentang konsep menutup aurat bagi seorang Muslim.

Samaada memang kita betul – betul tidak faham, atau kita terperangkap dengan apa yang dikatakan sebagai talbis iblis atau “perangkap syaitan”.

Talbis Iblis adalah satu konsep tentang perdayaan iblis yang berterusan terhadap manusia, sehingga kita tidak tersedar dan menyangka apa yang kita buat itu masih mengikut lunas agama.

Konsep ini dibicarakan dengan mendalam oleh ulama seperti Ibn al Jawzi atau nama sebenar beliau Abu Al-Faraj Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad Al-Jauzi Al-Qurasy Al-Baghdadi. Beliau dilahirkan di Bagdad pada tahun 508 Hijrah/ 1114 Masihi dan merupakan seorang yang alim dalam bidang hadis dan sejarah.

Beliau menyebut, bahawa syaitan menghabiskan semua umur dan daya upayanya dalam merosakkan semua urusan anak-anak Adam. Allah SWT berfirman dalam surah Al Baqarah 168-169

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ [٢:١٦٨]

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ [٢:١٦٩]

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.

TIPUDAYA BERTUDUNG DAN SKRIP DRAMA

Maka kerana itu, dibisikkan kepada kita secara halus, bahawa tidak mengapa kita melakukan beberapa perkara seperti menari dikhalayak ramai, berpegangan tangan atau bersentuhan dengan bukan muhrim, beraksi untuk di dalam filem, semata-mata kerana kita telah bertudung.

Begitu juga fenomena filem dan drama, yang terjebak dengan perdayaan syaitan ke atas membenarkan perlakuan maksiat, menggunakan skrip dan plot cerita sebagai lesen.

kapten

Kita dapati semakin banyak drama lakonan yang mengetengahkan plot kahwin paksa, plot perkahwinan yang dirancang dengan genre komedi romantis di mana watak2 utama adalah suami dan isteri mengikut skrip, dan kemudiannya bebaslah pelakon lelaki dan wanita tadi berpegangan dan beriringan, sehingga ada yang berpelukan, tetapi dipandang sebagai ‘halal’ oleh penonton yang menonton kerana mereka “suami-isteri” di dalam cerita, dan pelakon wanita pula bertudung dan pelakon lelaki pula seorang ustaz.

Begitulah kita diperdayakan secara halus. Sedangkan pelakon lelaki dan wanita tadi tiada sebarang ikatan perkahwinan yang sah.

Apabila ditegur, ramai masyarakat kita membela, seringkali dengan alasan “SEKURANG-KURANGNYA” pelakon itu bertudung, sedangkan tudung itu sedikitpun tidak menukarkan status perlakuan bermesraan di lakon layar daripada haram kepada halal. Kita suka mengambil sifat ‘berlebih kurang’ ini, sedangkan menjauhi sama sekali perkara yang di larang itu lebih dituntut agama.

Dalam Bab 12 perihal tipudaya iblis terhadap orang awam, di bawah subtopik “Sengaja Menceburkan Diri ke dalam Maksiat”, Ibn al Jawzi berpesan

” di antara perdayaan iblis ke atas orang-orang awam adalah membiarkan dirinya tercebur ke dalam maksiat, dan apabila ditegur perbuatannya, segera dijawab dengan kata-kata orang zindiq*. Ada yang bersandarkan bahawa pengampunan Allah amat luas, dan dikira harapan itu sebahagian dari agama (sedangkan mereka berterusan dengan maksiat).”

*Zindiq : Dari segi kata, zindiq artinya kotoran yang membahayakan. Adapun dari sisi istilah, zindiq adalah golongan atau orang yang de­ngan sengaja membuat penyimpangan dalam penafsiran nas-nas Al-Qur’an dan hadits.

Maka marilah kita mengawasi perdayaan iblis ini yang tidak sunyi dari berkreatif dan berinovasi dalam menceburkan kita dalam perkara maksiat tanpa kita sedar. Kita memohon kepada Allah Azzawajalla keselamatan dari perangkap musuh kita iaitu syaitan dan iblis, dan dipelihara kita dari fitnah kejahatan nafsu dan jiwa. Tegaslah menolak hawa nafsu.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Ketua Penerangan Wanita Isma

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

3 komen

  1. Oh, this is so true .. i’m appalled by this. Farha .. !! .. what do you think ? biaDAPjjal warriors must work together to defend this.

  2. Budaya apakah yang mahu diterapkan oleh UMNO ke dalam maysrakat umat Islam setelah kita melihat perempuan menari gelek punggung yang boleh merangsang nafsu serakah lelaki dalam program Puteri UMNO sedangkan kerajaan PAS telah mengharamkan tarian maksiat di Kelantan?

    Apakah peranan atau fungsi ustaz, ustazah dan ulama UMNO ? Adakah tugas mereka setakat membaca doa sahaja? Jika mereka berdiam diri, bukankah itu bererti mereka bersetuju dengan tarian gelek punggung, Zumba dan poco-poco Puteri UMNO walaupun mufti-mufti pernah mengharamkan tarian Zumba dan Poco-poco?

    Kita semua tahu hukum perempuan menari gelek punggung, poco-poco dan zumba dll di khalayak ramai adalah HARAM kerana tarian tersebut boleh menimbulkan fitnah !

    Wahai umat Islam marilah kita semua meninggalkan budaya hedonistik yang berteraskan hawa nafsu serakah manusia. Marilah kita semua kembali kepada ajaran Islam dan budaya Islam supaya kehidupan kita selamat, sejahtera, bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat.

  3. Trump:i have no opposition against hijab bcos it is compulsory.
    As for the article, this commentary from ISMA is smug n superior in tone, but its only to b expected.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker