Limpahan pendatang dari China, satu ancaman demografi?
1) Laporan di Sinar Harian mengenai 100,000 orang Cina yang masih belum mendapat taraf kerakyatan dan juga laporan di Malaysiakini PM mahu 50,000 pelancong China yang hilang dicari adalah satu perkara serius yang kita harus ambil perhatian.
2) Cuba kita perhatikan apa yang telah dilakukan di Singapura. Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara. Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina yang diambil dari luar telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad. Anda boleh rujuk secara lanjut tulisan, Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.
3) Di Malaysia pula, laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini merumuskan bahawa kadar kelahiran kaum Cina adalah paling rendah jika hendak dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Menurut lidah pengarang Sin Chew Jit Poh, jumlah kaum Cina yang semakin berkurangan ini, sepatutnya menjadi perhatian seluruh masyarakat Cina di Malaysia.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/…/jumlah-penduduk-cina-menuru…
4) Hal ini dirumitkan lagi dengan projek OBOR (One Belt One Road) yang dijalankan oleh kerajaan China yang mulai masuk ke negara ini sedikit demi sedikit. Melalui projek ini, pembelian aset-aset strategik negara di samping pemilikan tanah di kawasan-kawasan strategik adalah sangat membimbangkan. MCA menjadi perantara besar dalam projek-projek ini. Anda boleh membaca tulisan saya di laman web Focus, untuk mendapatkan gambaran umum, projek yang sedang dan akan dijalankan.
Sumber: http://focuss.my/adakah-projek-obor-one-belt-one-road-akan…/
Sumber: http://focuss.my/obor-one-belt-one-road-peluang-atau-ancam…/
5) Dari sudut demografi, strategi politik orang Cina melalui MCA yang menggesa pengecualian visa kepada pelancong dari China, akan menyebabkan kebanjiran pendatang dari China yang tidak terkawal. (Perhatikan projek terkini OBOR, Malacca Gateway, akan ada penerbangan secara terus dari China ke Melaka) 10, 15 tahun akan datang mereka mungkin akan menuntut taraf penduduk tetap.
6) Menurut Dr Ahmad Murad Abdul Halim, seorang pensyarah di Universiti Malaya yang cukup mahir dengan falsafah hidup orang Cina, berkata, menurut falsafah mereka, mula-mula mereka akan jadi tetamu, lama-lama jadi Tuan, itulah konsep yang akan mereka gunakan dan berlaku di sepanjang belahan sejarah. Beliau pernah menetap belajar dan bekerja di sana selama 15 tahun.
7) Perkara ini adalah sangat membimbangkan. Kerajaan perlu benar-benar memandang serius perkara ini. Jangan hanya menumpukan pertumbuhan ekonomi yang hanya bersifat palsu sahaja dan mendiamkan serta membiarkan semua perkara yang sedang dirancang oleh kerajaan China yang mengancam kedaulatan negara.
8) Kita harus melihat perancangan ini (OBOR-One Belt One Road) sebagai satu projek yang menyeluruh. Bukan sahaja berlaku dari sudut ekonomi, dan keselamatan perairan sahaja tetapi juga dari sudut demografi dan sosiologi. Jika pada hari ini mereka sudah berani masuk campur dalam politik dalaman negara kita (rujuk tindakan Duta China Huang yang melawat Petaling Street pada 29 September 2015 bagi melindungi kepentingan peniaga-peniaga China di sana), bagaimana 10, 15 tahun akan datang, saat lambakan pendatang dari China ini tidak terkawal lagi? Apa akan jadi jika tercetusnya konflik?
10) Terlalu banyak fakta yang boleh saya nyatakan untuk menjawab isu ini. Tetapi cukuplah sekadar itu. Belajarlah daripada sejarah. Tidak cukupkah lagi sejarah mengajar kita? Berhati-hatilah dengan mainan dan strategi politik ini. Sesungguhnya pengkhianat sentiasa mengintai ruang untuk menghapuskan kedaulatan negara kita.
Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE
Dalam kes limpahan pendatang Cina ini, siapa yang sebenarnya durjana? Lalai, malas, tidak bertanggungjawab dan mungkin juga makan rasuah . . Ini kan masaalah Imigresen?Apa sudah jadi?Siapa sipengkhianat itu? Apa bangsa mereka? Jawatan/pangkat mereka? Mereka ini pergi mana? Sudah pencen/mati ke? Kalau masih bertugas kenapa tak singkirkan saja?SPRM wajar siasat dan mereka itu wajib dihukum kalau terbukti bersalah.Penguatkuasaan harus tegas.Hantar balik pendatang2 ke negara masing2 tanpa belas.Sudah berapa pemutihan, pengampunan dibuat.Cukup dan cukup.Biar rakyat kita, yang ambil tugas2 yang dikosongkan oleh pendatang itu.Sudah2lah dengan alasan2yg berasaskan keuntungan itu.Utamakan kepentingan negara.Bapak menteri jangan mudah sangat ikut telunjuk ahli koperat .Biarlah mereka tutup kilang2 mereka, dari membiarkan mereka terus memperlekeh pentadbiran negara ini.
Jangan pula rakyat sendiri kebuluran,pendatang pula mewah.
Bagaimana pendatang dari China boleh menetap dalam tempoh yang lama di negara ini? Adakah mereka menggunakan identiti orang-orang China yang telah meninggal dunia untuk terus menetap dan mengundi di negara ini? Atau ….? Terdapat banyak kemungkinan yang menakutkan!
Limpahan pendatang dari China boleh mengancam kuasa politik umat Islam (termasuk Melayu) di negara ini. Jika mereka boleh mengundi dalam PRU14, senario politik dalam negara ini akan berubah ! Yang akan mengalami kerugian besar ialah umat Islam kerana kuasa politik umat Islam (termasuk melayu) akan menjadi lemah !
Jika orang kafir menang besar dalam PRU14, mereka boleh mengubah perlembagaan negara !
Sejarah:
Sebelum tentera Jepun menawan Semenanjung Tanah Melayu (Malaya), kerajaan Jepun telah menghantar rakyat dan pegawai tentera Jepun ke Semenanjung Tanah Melayu (Malaya) untuk mengintip tentera British di Semenanjung Tanah Melayu (Malaya). Apabila Perang Dunia ke 2 meletus, tentera Jepun dengan mudah menawan Semenanjung Tanah Melayu (Malaya).
Senerio sekarang:
Jika pendatang dari China menetap secara beramai-ramai di negara ini, di antara kesan buruk yang akan terjadi ialah:
(1) Pendatang dari China membawa budaya dan ideologi komunis ke negara ini yang akan mempengaruhi rakyat tempatan dan menghidupkan semula Parti Komunis Malaya PKM) dan penentangan terhadap kerajaan.
(2) Jika pendatang dari China itu terdiri dari perisik dan tentera China Komunis, mereka akan membahayakan keselamatan negara ini. Jika peperangan berlaku berlaku di antara negara ini dan China Komunis kerana konflik Laut China Selatan dan pencerobohan tentera China ke atas kedaulatan negara ini, pendatang dari China yang terdiri dari perisik dan tentera China Komunis akan melakukan sabotaj dan tindakan subversif(subversive) untuk melemahkan atau menggulingkan kerajaan negara ini atau mereka mungkin akan menyerang dari dalam semasa negara kita berperang dengan kerajaan China Komunis.
Does history repeat itself?