PendapatUtama

Juvenile rapists sedang parah melanda anak kita

Rape

Pembaca bertanya mengenai sejauh mana kebenaran pendedahan oleh Dokturah Wawa ini. Kami telah lama ketengahkan gejala ini melalui beberapa kes. Kami dapati ianya telah sangat parah melanda anak-anak kita walaupun masih ramai ibu bapa yang menganggapnya perkara kecil yang terpencil sahaja.

Ini antara masalah masyarakat kita. Selagi masalah tidak mengena dalam diri atau keluarga kita, maka kita masih menganggap itu bukan masalah lagi. Konsep mencegah lebih baik daripada merawat tidak diamalkan sama sekali.

Pengetua kami, Dr Hj Masjuki telah menjadi pengarah R&D untuk sebuah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah sebelum RPWP ditubuhkan lagi. Hasil kajian (Research) yang banyak itulah yang dibagunkan dengan penuh kesungguhan di RPWP (Development) kerana menghimpun kajian tanpa pembangunan yang berkesan daripada hasil kajian itu tidak akan memberi erti.

Antara bidang kajiannya ialah mengenai keruntuhan moral masyarakat, khususnya kalangan remaja serta bagaimana kaedah-kaedah mencegah dan merawatnya harus dilakukan sejak mula.

SEPINTAS LALU

Sebelum ini seorang pelajar pintar lelaki tajaan MARA ditangkap atas kes pedofilia dengan 30 ribu gambar lucah kanak-kanak di komputernya.

Seorang lagi pelajar pintar perempuan kita berakhir dengan menjadi ‘high profile social escort’.

Seorang lagi pelajar pintar kita bukan sahaja sanggup lepaskan tudung, malah mengenakan skirt selepas belajar di luar negara.

Semua itu masyarakat anggapnya sebagai kes terpencil sahaja. Padahal itu hanya kes berprofail tinggi lalu ia dilaporkan. Ada terlalu banyak kes yang tersembunyi dan tidak ketahui umum.

Kami pernah dedahkan seorang gadis sunti yang sudah ditiduri oleh 185 lelaki (bukan 185 kali) di usia 15 tahun.

Ironinya, beliau adalah anak seorang ustazah dan bapanya anggota polis.

Semua itu berlaku apabila beliau telah ‘merasai’ seks ketika usia kanak-kanak dan ia menjadi satu ketagihan yang amat dahsyat. Permainan sesama kanak-kanak inilah yang dikatagorikan sebagai ‘juvenile rapists’.

Ada banyak lagi kes serupa. Antaranya melibatkan kejiranan RPWP sendiri. Semuanya terakam melalui CCTV RPWP. Beberapa kali terjumpa pasangan yang bertelanjang di taman kejiranan ini. Pihak JKK juga kesukaran menangani masalah yang semakin parah ini.

Memang tidak mudah untuk menegur dan mencegahnya. Ibu bapa sekarang pula terlalu bersikap negatif dan defensif terhadap teguran kita. Untuk memaparkan di media sosial khuatir terbuka aib mereka pula. Lagipun pihak FB tidak benarkan video sebegitu, lebih-lebih lagi apabila ada pembaca yang repot.

Pernah beberapa gadis sunti berbual sesama sendiri dengan kuat di waktu senja di hadapan pagar RPWP dan jelas didengar oleh anak-anak lelaki kami.

Antara kalimah yang sengaja disuarakan dengan lantang ialah, “pan**t aku ikut suka akulah… apasal orang kampung nak sibuk?” Ia jelas menggambarkan yang beliau tidak suka ditegur atas perlakuan itu.

Ada anak perempuan seorang guru besar sekolah kerajaan yang berbadan besar telah ketagih seks di usia 15 tahun. Semuanya berlaku setelah ‘daranya’ diragut oleh seorang penjawat awam yang ditemuinya ketika bermain bowling.

Pernah juga kami kongsikan kes anak perempuan berusia 8 tahun yang ditiduri jiran lelaki di biliknya sendiri sesuka hati. Adik perempuannya berusia 5 tahun bebas memerhati kerana diminta oleh kakaknya untuk menjaga pintu. Menurut sumber, ibunya tahu akan hal itu namun tidak melakukan sesuatu kerana menjaga malu.

Ada terlalu banyak pengakuan terbuka oleh anak perempuan yang ditiduri oleh sepupu lelakinya sejak usia 5 tahun beramai-ramai selama bertahun-tahun sehingga berusia 12 tahun.

Seorang lagi gadis yang ketagihan seks mengaku telah diperkosa secara rela ketika berusia 8 tahun, serentak bersama rakan kelasnya oleh abang kandung dan rakan abangnya sendiri. Beliau diperkosa oleh rakan abangnya dan rakannya diperkosa oleh abang beliau.

Selepas itu beliau melakukan zina mahram itu bersama abangnya seperti suami isteri sehingga berusia 20 tahun.

Banyak juga kes perzinaan serumah bersama abang, abang ipar, bapa saudara, bapa tiri bahkan bapa sendiri yang sudah macam suami isteri.

Seorang ibu mengadu sedih apabila anak perempuannya yang duduk di asrama tidak boleh lagi dilarang keluar bebas bersama rakan-rakan lelakinya.

Dengan selamba anaknya berkata, “kenapa ibu nak sibuk ni? di asrama relaks saja … mereka boleh ‘bercampur’ bahkan tidur sama tanpa sebarang masalah”.

Jangan lagi pandang remeh 2 kes yang dilaporkan di hari yang sama, iaitu gadis 11 tahun yang melahirkan bayi di Negeri Sembilan dan Pahang. Sejak bilakah mereka mula melakukan ‘semua’nya.

Gejala ini tidak sahaja terjadi pada anak perempuan, bahkan juga di kalangan anak lelaki. Ianya berlarutan sehingga ke asrama sekolah, bahkan di maahad tahfiz sendiri. Kes kanak-kanak beronani di Cybercafe di pagi raya juga tidak boleh kita pandang ringan.

Kelmarin tersiar berita pelajar kolej ditangkap kerana menyembunyikan mayat bayi dalam almarinya. Inilah hakikat bala yang sedang melanda. Generasi ini terpelajar tetapi tidak terdidik akhlaknya.

Kami ada beberapa kes anak yatim lelaki semuda 6-7 tahun yang ‘suka’ meneroka rakan lelakinya. Tabiat itu dikesan melalui laporan harian anak-anak yang mengapitnya dan juga rakaman CCTV. Untuk mengesahkannya kami terpaksa lakukan ‘behavioral case study’.

Gambar hiasan ini adalah seorang anak perempuan tidak sah taraf berusia 9 tahun yang dikesan ketagihan seks yang amat parah. Rakaman menunjukkan beliau sedang beronani dengan getah paip.

Antara punca yang kami jangka ialah apabila anak sebesar ini dimandikan oleh abangnya. Sewaktu diserahkan kepada kami anak sebesar ini masih tidak pandai mandi dan memcuci kemaluan sendiri. Basuh pakaian dan memasak jauh sekali. Setiap kali lepas mandi beliau seperti ‘memerlukan’ sesuatu daripada lelaki. Kami terpaksa meminta bantuan polis dan JKM untuk memulihkannya.

Sama-sama kita hayati coretan penuh kebimbangan seorang pengamal perubatan mengenai isu ini.

Nasihat kami lagi dan lagi… Perhatikanlah gelagat anak-anak kita. Jangan terlalu ambil ringan dan mudah percaya kepada lakonan mereka. Berjemaahlah sesama kita dalam menjaga dan memerhatikan keselamatan mereka.

Doa selamat untuk semua,
WARGA PRIHATIN

*****************************************************
PENDEDAHAN OLEH DOKTURAH WAWA

Baru-baru ini di tengah-tengah kesibukan klinik, ada seorang budak lelaki berumur lingkungan 5 tahun berlari-lari di ruang menunggu. Bukan berlari saja-saja, tetapi berlari sambil mengejar punggung wanita dewasa untuk dicubit atau diramas.

Ibu bapa budak itu hanya tertawa memerhatikan keletah anak mereka. Memandangkan tiada sesiapa yang menghalang budak itu, saya terpaksa bertindak menegur budak itu dan ‘sound’ ibu bapanya.

“Adik, adik lelaki tau. Tak boleh pegang-pegang punggung orang perempuan macam tu,” tegas saya.

Dan panjang lebar juga saya beri parenting education kepada ibu bapa budak berkenaan.

Kenapa saya marah?

Selain kes pedophilia dan sumbang mahram, juvenile rapists adalah satu lagi bala yang wujud di Malaysia. Mudah kata, Juvenile Rapists adalah perogol yang berumur bawah 18 tahun.

Main Kahwin-Kahwin

Lebih kurang dua tahun lalu, ketika saya dimasukkan ke wad (sewaktu mengandung), saya sempat bersembang dengan seorang pesakit yang juga bekerja sebagai guru tadika.

“Doktor, kalau hantar anak pergi taska, tadika atau pengasuh, balik rumah kena periksa fizikal anak-anak. Budak-budak zaman sekarang lain sikit,” katanya membuatkan saya berdebar. Apalah yang dia mahu ceritakan ini.

Dia pun menceritakan pengalamannya menjaga budak di tadika. Ada dua beradik perempuan ini, seorang berumur 6 tahun dan adiknya berumur 4 tahun. Satu hari, cikgu tadika ternampak dua beradik bersama seorang lagi budak lelaki berumur 6 tahun bermain di bawah meja makan. Si kakak suruh budak lelaki tadi buka seluar dan duduk di atas adiknya.

“Eh? Buat apa ni?!” terkejut si cikgu melihat kejadian itu.

“Kitorang main kahwin-kahwin,” si kakak menjawab tanpa rasa takut atau bersalah.

Dengan tenang, cikgu itu duduk bersembang dan bertanyakan lebih lanjut pada si kakak.

“Kakak, hari ini teacher hantar balik ye. Nanti kakak cerita mana kakak belajar main kahwin-kahwin,” katanya.

Petang itu, si kakak bercerita yang dia seringkali diajak bermain ‘kahwin-kahwin’ dengan jiran lelaki berusia 12 tahun. Si kakak pun menunjukkan kawasan semak di tempat dia bermain. Dia juga menceritakan secara terperinci setiap ‘langkah-langkah’ yang menjengkelkan dalam permainan itu. Saya tak mahu cerita dengan lanjut.

“Selepas main, kakak selalu dapat aiskrim. Tetapi abang A tak bagi kakak beritahu mak sebab takut mak marah,” katanya.

Hal itu dimaklumkan kepada ibu dua beradik itu, malangnya tiada tindakan yang diambil.

Sudah ramai Juvenile Rapists di Malaysia terutama sekali pelajar sekolah menengah. Tak sempat untuk saya ceritakan kesemuanya.

Cuma, hal ini tidak mendapat liputan. Juvenile Rapist yang paling muda saya pernah encounter berumur 6 tahun (budak tadika). Kebanyakan yang lain pelajar sekolah menengah.

Sepanjang saya bekerja di Mesir dulu, tidak pernah saya jumpa perkara seperti ini. Mungkin sebab budak-budak di sana disibukkan dengan hafazan Al-Quran dan mereka tidak terlalu terdedah dengan gajet.

Zaman sudah berubah, anak-anak kita sedang berisiko terdedah dengan perkara-perkara ganas dan lucah di media-media. Ibu bapa perlu mengawal apa yang ditonton, dimain dan pergaulan anak-anak.

Anak perempuan perlu diajar sifat malu, manakala anak lelaki perlu diajar melindungi dan menghormati perempuan.

Jadilah teman paling rapat dengan anak-anak. Temankan mereka bermain, bercerita, bermanja. Maaf sekiranya post ini mengganggu mood hujung minggu anda. Sekian.

– Dokturah Wawa –

Artikel ini diambil dan disunting dari sumber asal: Warga Prihatin

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

3 komen

  1. Sikap orang kita jugak yg jadi dorongan….nak kelihatan alim/baik, cambilah jadinya. Kerajaan nk buat pendidikan reproduktif di sekolah = bangkang. Anak perempuan cakap dia dijadikan hamba seks oleh ibunya = masyarakat tak percaya, sebab ibunya pakai tudung labuh & nampak alim. Kes terbaru cabul di tahfiz, dikatakan permainan dan orang/mangsa yg buat laporan pulak yg dikatakan buat fitnah sebab penaung tahfiz tu ustaz ternama! Cover-up/denial macam ni la yang buat orang kita makin keras dan bodoh.

  2. Mungkin kenyataan saya adakalanya mcm kurang ajar tapi saya sayang bangsa/agama saya & tak sanggup lihat ia dirosakkan.

  3. Saya setuju sangat dengan artikel di atas. Kes juvenile rapist ini sebenarnya dah lama menular di kalangan masyarakat kita. Pendapat sy, pergaulan bebas di usia kanak2 harus dibendung dahulu. Memang la sekadar kanak2, mereka mungkin sekadar seronok ikut kwn2 main. Tapi sedarkah kita bahawa akibat lepas bebas main2 waktu kanak2 itulah yg akhirnya membentuk jiwa dan nalurinya. Mula2 ikut lama2 seronok lama2 lg akn jd ketagih. Apa yg merisaukan, anak2 kecil yg tidak sedar/tdk tahu bahawa dia ‘telah diperkosa’ ini pada mulanya tlh beritahu kpd ibu/bapanya (krn berasa sakit @tdk slesa pd kemaluan) namun tdk diambil peduli oleh keduanya. Akibat tdk dipedulikan, anak2 kecil ini merasa tdk apa2 dgn kesakitan pd kemaluannya dan merasa tdk mengapa jika terus bergaul rapat dgn mana2 tmn sepermainan lelaki. Dan lama kelamaan dia sudah terbiasa dgn merasa rela melakukannya. Sehingga merasakan tdk salah pun hendak berzina. Nauzubillah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker