PendapatUtama

Di negara kamu hendak laksana syariat Islam mesti bertanya kepada orang kafir?

perlembagaan2

Oleh Nazri Abdul Hamid

PAGI ini semasa kelas Sirah bersama Dr Nabil Mubarak, aku bertanya kepada syeikh berkenaan dua golongan ulama.

Antara ulama di Malaysia yang hanya berdiam diri dengan rasuah, salah guna kuasa dan kewangan oleh pemimpin negara dan ulama yang sibuk untuk laksanakan hudud, yang mana masyarakat bukan Islam dan Islam sendiri pun masih belum memahami, sehingga timbul salah faham di kalangan bukan Islam di negara.

Lalu Syeikh menjawab dengan melontarkan pertanyaan:

“Di negara kamu hendak laksana syariat Islam mesti bertanya kepada orang kafir?”

Aku jawab “Ya”.

“Jika begitu itu sesuatu perkara yang sangat pelik. Tidak pernah ada dalam kitab Sirah, Nabi bertanya atau minta izin dari Abu Jahal atau Abu Lahab. Bahkan baginda juga tidak pernah minta daripada pemimpin musyrikin atau pembesar Yahudi di Madinah untuk melaksanakan syariat Islam,” jawab Syeikh lagi.

Aku ulangi lagi persoalan tadi:

“Jadi bagaimana pula dalam isu rasuah, salah guna kewangan, banjir. Ada kalangan ulama seolah-olah berdiam diri.”

Syeikh bertanya lagi:

“Adakah ulama kamu juga terjebak rasuah?”

“Mana mungkin” Jawabku juga.

Syeikh terus sambung:

“Jika begitu, ulama kamu tahu dan alim Fiqh Sirah. Di zaman Nabi SAW, pembesar dan pemimpin Makkah bukan setakat salah guna kuasa, segala kejahatan dan kefasadan telah dilakukan oleh mereka sehingga peringkat mensyirikkan Allah. Jika ekonomi yang kamu takutkan, Nabi SAW pernah berniaga di pasar dan meninggalkan pasar tersebut. Jika banjir yang kamu takutkan, Kota Makkah pernah banjir sehingga runtuhnya Kaabah.

“Perbetulkan akidah masyarakat kamu. Tunaikan hak Allah yang termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah. Insya-Allah, perkara-perkara yang lain akan datang kemudian. Sepertimana Nabi SAW membina negara bukan dengan ekonomi mahupun kuasa, tetapi dengan akidah berpandukan al-Quran dan Sunnah.

Lantas beliau membacakan ayat Quran surah Al-Ahzab, ayat 21 dan surah Al-Baqarah, ayat 120.

Kemenangan bukan dari pertolongan atau sokongan orang kafir mahupun kaum muslimin, tetapi kemenangan adalah dari Allah SWT.

Allah jualah yang memberi kekuatan ekonomi. Bukan golongan kafir. Kerana ekonomi berkaitan dengan rezeki dan rezeki itu datang dari Allah SWT dan bukan manusia.

Jawatan, kuasa dan kepimpinan juga datang dari Allah kerana Allah Maha Berkuasa dari semua kuasa yang ada di bumi ini.

Jadilah Islam kerana mahukan reda Allah dan bukan jadinya kamu Islam kerana mahu menunjuk-menunjuk kepada kafir atau mengharapkan reda kuffar….!” tegas Syeikh dengan panjang lebarnya.

Aku tersenyum…

Dewan Ulama PAS Pusat

Artikel ini disiarkan dalam portal rasmi PAS pada 6 September 2016. Ismaweb.net mengubahsuai dari segi ejaan dan tatabahasa supaya bertepatan dengan Daftar Ejaan Baharu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pandangan yang diberikan dalam ruang ini tidak mewakili pendirian rasmi ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

4 komen

  1. Yang jelas ialah golongan yang meminta kebenaran orang kafir untuk melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah di negara ini adalah golongan yang takut pada manusia dan tidak takut pada Allah. Bahkan mereka telah menghina diri mereka sendiri kerana mereka telah mengabaikan amaran dari Allah bahawa orang kafir tidak akan redha terhadap umat Islam dan agama Islam:

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah 2:120)

  2. JIka dibandingkan semua parti politik di negara ini, kita akan dapati hanya parti Islam PAS sahaja yang menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan PAS . PAS dan ulama-ulama Islam berusaha gigih melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah walaupun usaha PAS menegakkan Islam mendapat tentangan dari pelbagai parti politik kafir, sekular dan liberal sejak penubuhan PAS hingga sekarang.

    Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: ” Akan tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi)

    Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mendatangkan kiasan terhadap suatu zaman yang sangat mencabar sehinggakan orang yang komited dalam melaksanakan ajaran agama terpaksa menghadapi kesusahan dan cabaran yang sangat hebat. Mereka diumpamakan sebagai orang yang terpaksa menggenggam bara api. Sekiranya seseorang itu tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara agamanya, sudah tentu ia mudah terlucut dan terlepas dari genggamannya.

    Hal ini adalah disebabkan suasana persekitaran tidak membantu ke arah menunaikan kewajipan agama, sebaliknya keadaan persekitaran lebih mendorong untuk melakukan kemaksiatan dan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan aqidah dan keimanan kepada Allah. Selain itu, ia juga bermaksud bahawa orang Islam berasa tersepit dalam melakukan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat sokongan dan dorongan. Sumber: http://www.ustazshauqi.com/2014/08/umpama-menggenggam-bara-api.html

    Adalah amat malang bagi manusia yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka bersikap munafik dan bersekutu, menyokong, bekerjasama dan bersekongkol dengan pemimpin parti kafir harbi, parti liberal dan NGO-NGO liberal yang sedang menghina, memburuk-burukkan, menentang dan menfitnah ajaran Islam, hukum Allah, ulama Islam, mufti, jabatan Islam, mahkamah syariah, parti Islam dll .

    Musuh-musuh Islam ini sentiasa melakukan tipu daya dan mempromosi dan menyebarkan dakyah anti-Islam dan ajaran sesat Liberalisme yang memberikan kebebasan mutlak kepada umat Islam untuk melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad tanpa sebarang halangan dengan alasan hak kebebasan individu KONON ! Tujuan utama musuh Islam ialah mereka mahu menyesatkan dan memurtadkan umat Islam dan menjadikan umat Islam seperti haiwan ternakan yang tidak bermoral supaya mereka menjauhi dan membenci Islam.

    Jika umat Islam berpecah belah dan menjadi lemah dan lalai dan bergelumang dengan dosa kemungkaran dan kesesatan , umat Islam akan menjadi lemah dan kuasa politik Islam turut menjadi lemah sehinggakan musuh Islam yang lemah menjadi kuat dan mereka mampu menindas agama Islam dan menafikan hak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan hukum Allah.

    Di antara sebab mengapa umat Islam mundur, lemah dan tertindas adalah kerana umat Islam berpecah-belah dan cinta dunia dan takut mati dan mereka sudah tidak menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang terkandung dalam Al Qur’an dan Hadits. Padahal itu adalah pedoman kita agar hidup bahagia dunia dan akhirat.

    Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu dan kembali kepada Allah dan RasulNya dan berpegang teguh pada tali Allah dan mengamalkan, menghayati , membela dan mempertahankan ajaran Islam dan hukum Allah dari ancaman musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari kelemahan umat Islam untuk memusnahkan Islam.

    Semoga Allah memberi hidayah, kejayaan, perlindungan dan kesejahteraan kepada kita semua di dunia dan akhirta. Ingatlah kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja dan sesungguhnya kehidupan akhirat jua lah yang kekal abadi. Maka beruntunglah hamba Allah yang menjadi penghuni syurga dan menikmati pelbagai nikmat surga. Segala puji bagi Allah.

    “Aku telah persiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah terdengar oleh telinga, dan tidak pernah terdetik di hati manusia.”
    Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: “Kalau mahu, silakan kamu membaca: “Tidak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka.
    (Surah as-Sajdah: 17). (Riwayat: Bukhari)

    Malanglah dan celakalah manusia yang menderhaka pada Allah dan RasulNya kerana mereka hanya akan melihat kebenaran apabila mereka merasai Sakaratul Maut yang amat menyakitkan, disoal-siasat dan disiksa oleh malaikat Munkar dan Nakir dan dihumban ke dalam neraka yang penuh dengan siksaan dan penderitaan.

    Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka. Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka. (Al-Qamar 54: 47-48)

    Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah, bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)? Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus; maka mereka akan mengetahui kelak. Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka; (Ghaafir 40: 69-72)

  3. Dr NABIL MUBARAK seorang sarjana Islam yg berasal dari mesir..
    sekiranya Nazri Abdul aziz boleh jelaskan padanya yang segelintir ulama di malaysia ada yg terpalit dengan skandal rasuah dan sedang manjalani proses mahkamah, mungkin jawapanya 100% berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker