Pendapat

Kenapa kita kena sokong RUU 355: Syahril A Kadir

14291666_1240203539347738_1893168596811390411_n14291771_1240203576014401_6655210834221488581_n

Abang-abang dan akak-akak, minta lima minit boleh? Abam nak cerita sikit kenapa kita mesti sokong pindaan RUU AKTA 355?

Gua nengok je gelagat Siti Kasim masa forum kat Karangkraf semalam. Tapi bagi gua, tu hal dialah. Cara dia semalam pun dah tunjuk ‘siapa dia’ yang sebenarnya, so gua peduli apa.

OK, gua nak declare yang gua sokong 100 peratus pindaan ni!

Sebelum pergi jauh, basically pindaan ini BUKAN nak wujud undang-undang baru ye cik senah. Ni nak memperkasakan Mahkamah Syariah, itu je pun. Dan pindaan ini TIDAK MELIBATKAN LANGSUNG ORANG BUKAN ISLAM, itu penting tu…tolong bagi pemahaman pada Ah Fook, Arumugam dan Sukhvinder andai depa tanya kat hangpa.

Lagipun last kita pinda benda alah ni almost 32 tahun lepas, dah berlapuk, bersawang bagai.

Pindaan ini penting sebab sebelum ini hukuman mahkamah syariah terbatas kepada hukum maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syar’ie. Alahai…low classsnyalah…nama je hakim syariah…pesalah kalau tahu dia leh gelak guling-guling! So dengan pindaan ini, kita nak bagi kuasa agar pesalah syariah gerun sikit, jangan ingat mahkamah syariah ini cikai je!

Apa yang dicadangkan, hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati…contoh HUKUMAN MAKSIMUM seperti 100 sebatan pada pesalah.

Kejam? Rileks…sebat syariah ni bukan macam sebat kat Penjara Kajang brader. Kalau sebat kat Penjara Kajang tu, baru tiga empat kali libas buntot kau dah pecah berdarah, berkecai kulit-kulit!

Tapi sebat ala syariah ni macam kau kepit buku kat ketiak je. Masa nak hayun rotan tu buku tu tak boleh jatuh…so boleh bayang tak ‘lembutnya’ sebatan itu. Aku rasa cikgu besor sebat kau kat perhimpunan pun lagi sakit!

Pada yang TAKUT SANGAT pindaan ini ‘buka jalan’ pada hukum hudud, meh abang nak bagitahu. Dalam Malaysia ni nak buat hudud kena pinda TIGA perkara dalam perlembagaan, kena dapat sokongan 2/3 atau 148 orang Ahli Parlimen. La ni kalau campur semua Ahli Parlimen beragama Islam, kita baru ada 135 orang, still tak boleh buat apa pun – kecuali ada YB bukan Islam pun sokong, ko raser?

So abam pendekkan cerita, orang Islam macam kita ni patut bagi sokongan tak berbelah bagilah mengenai pindaan ini. Ini bukan sebab ko Pas atau UMNO, ini sebab untuk meninggikan martabat agama juga. Ok what?

Sorrylah, abam bukan peguam. Abam tak reti nak guna bahasa peguam. Tapi abam pun study juga bab pindaan ni, bukan main tulis je cuma yelah benda nampak simple tapi banyak lagi selok-belok perundangan yang perlu diperhalusi. Kita bagi mereka yang ahli lah untuk menanganinya. Kalau nak tau lagi, jumpalah yang arif-arif lagi bijaksana.

Abam nak sambung kerja. Bos dok ingat abam tengah tulis sajak cinta ni kah kah kah!

Sumber asal: Syahril A. Kadir

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

3 komen

  1. Yang Islam kena guna hukum-hakam Islam, tak boleh guna hukum-hakam agama lain …..macam mana kamu kata kamu Islam tetapi cara sembahyang kamu ikut cara tionghua atau ikut cara hindu sembahyang……itu je….

  2. Seorang wanita jahiliah yang mempunyai lidah bercabang mendakwa dia berbangsa Melayu dan beragama Islam tetapi tingkahlaku, tindakan dan lisannya bertentangan dengan ajaran Islam seolah-olah dia bukan orang Islam dan beliau suka memaki hamun dan menghina orang Melayu seolah-olah dia bukan orang Melayu:

    (1) Dia adalah anggota dan penyokong LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Bagaimana boleh dia menyokong dan menyertai LGBT sedangkan kita semua tahu Allah dan RasulNya telah mengutuk dan mengharamkan LGBT dengan sekeras-kerasnya?

    (2) Dia dan orang-orang kafir adalah pengasas program-program maksiat seperti program kebebasan seksual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

    (3) Dia menjadi penyokong COMANGO yang suka campurtangan dalam hal ehwal agama Islam dan mempromosi liberalisme iaitu kebebasan mutlak untuk melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad tanpa sebarang sekatan. Ini juga bererti dia dan COMANGO telah menghina Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam Sebagai Agama Persekutuan.

    Hukum Menyertai Dan Menyokong Tuntutan Coalition Of Malaysian NGO ‘COMANGO’ Menurut Syarak

    Oleh : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 19 Februari 2014

    Keputusan : Mesyuarat bersetuju memutuskan segala tuntutan Comango adalah bertentangan dengan hukum syarak

    Mana-mana orang yang menyertai dan menyokong tuntutan Comango adalah haram

    Keterangan/ Hujah

    (i). Comanggo memperjuangkan bahawa Malaysia perlu menggugurkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Hal ini amat bertentangan dengan Maqasid Syariyah jika dibuang prinsip ‘‘ Hifz Din ’’ di Malaysia akan terhakis.

    (ii). Comanggo menggesa agar Malaysia membenarkan LGBT ( Lesbian, Gay, Bioseksual dan Transgender ) diamalkan di Malaysia. Hal ini akan menggalakkan pelakuan maksiat berleluasa di Malaysia dan amat bertentangan dengan ajaran Islam.

    (iii). Comanggo memperjuangkan kebebasan beragama di Malaysia dalam erti kata lain murtad akan berlaku berleluasa. Murtad adalah jenayah besar didalam agama Islam. Comanggo juga mempertahankan bahawa pilihan agama adalah hak asasi manusia. Seseorang itu hanya boleh disahkan agama mereka apabila telah mencapai umur 18 tahun.

    (4) Dia telah menghina orang Melayu dan umat Islam dengan menyifatkan mereka seperti lembu kerana mereka mematuhi serta percaya kepada ajaran Islam yang diajar oleh ulama Islam.

    Dia telah menggunakan twitter untuk menghina orang Melayu dengan mendakwa orang Melayu bersikap perkauman, biadap, kurang ajar, tidak bertamadun.

    Dia juga telah menghina orang Melayu dengan mengatakan orang Melayu bodoh. Dia lupa dia sendiri mendakwa dirinya berbangsa Melayu (yang bererti dia juga memperbodohkan dirinya sendiri berdasarkan dakwaannya sendiri).

    Nota:

    Terdapat dakwaan yang mengatakan dia adalah berketurunan orang asli. Sebilangan orang asli beragama kristian dan jika dia adalah keturunan orang asli yang beragama Kristian, sudah pasti dia akan menyebelahi kepentingan gereja dan agama kristian dan orang kristian. Dia juga terlibat dalam aktiviti orang asli. Apakah agenda tersembunyi?

    (5) Dia telah memberi sokongan penuh kepada orang-orang Kristian dan gereja menentang umat Islam dalam kes penggunaan kalimah Allah.

    Persoalannya ialah mengapa kitab Bible dan gereja di Eropah, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Amerika Latin, China dll tidak menggunakan kalimah Allah? Dari segi logik mengapa Bible dan gereja di negara-negara tersebut tidak menggunakan kalimah Allah jika orang Kristian yakin Allah adalah tuhan mereka?

    Penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kafir adalah provokasi orang kafir terhadap umat Islam dan orang kafir cuba menimbulkan kekeliruan dan permusuhan dalam masyarakat.

    (6) Dia memperjuangkan kebebasan untuk murtad dengan alasan ‘kebebasan beragama’. Tindakannya ini boleh menyebabkan kufur akidah.

    (7) Cara hidupnya adalah seperti cara hidup orang kafir berdasarkan lisannya, perbuatan dan tingkahlakunya.

    Nabi Muhammad s.a.w (peace and blessing be upon him) telah bersabda “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

    (8) Dia menentang pindaan RUU Akta 355 yang akan memberi lebih banyak kuasa kepada Mahkamah Syariah supaya Mahkamah Syariah boleh berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

    (9) Dia menentang Hudud dan perlaksanaan Hudud.

    Hukum MURTAD (terkeluar dari Islam) untuk orang-orang yang menolak, mempertikai, mempermainkan, menghina atau menentang hukum Allah seperti Hudud kerana tindakan tersebut adalah sama seperti menolak, mempertikai, mempermainkan, menghina atau menentang nas al-Quran dan as-Sunnah.

    Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

    Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

    “Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama.

    “Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam,” katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.

    Sebagai contoh: Hukuman potong tangan untuk pencuri yang memenuhi syarat Syariah Islam:

    Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Maaidah 5:38)

    Maka sesiapa sahaja yang yang menolak, mempertikai, mempermainkan, menghina atau menentang Hudud seperrti hukum potong tangan pencuri bererti mereka telah menolak, mempertikai, mempermainkan, menghina atau menentang Al-Qur’an dan as-Sunnah.

    …….. dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Al-Maaidah 5:44)

    Ibnu Abbas mengatakan:

    مَنْ جَحَدَ مَا أَنْزَلَ اللهُ فَقَدْ كَفَرَ. وَمَنْ أَقَرَّ بَهَ وَلَمْ يَحْكُمْ، فَهُوَ ظَالِمٌ فَاسِقٌ

    Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan Allah, sungguh dia telah kafir. Dan barang siapa mengakuinya namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim-fasik.

    Wahai umat Islam, berhati-hatilah dengan pelbagai tipu daya musuh-musuh Islam yang mempunyai pelbagai watak dan peranan seperti kafir harbi, pendakwah kafir, munafik, liberal, plural dll.

  3. Sy seorang muslim…tinggal diselangor…kawasan ni banyak kedai reflexologi…berlesen…ader sijil pengiktirafan dari jabatan pelancongan malaysia…sy ditangkap oleh jais ketika mendapatkan rawatan urut…sy urut sahaja…bila bertanya semula kepada jais…kenapa tiada amaran seperti rumah perjudian berlesen…jais memberi alasan perkara itu dibawah kuasa majlis…kaedah penangkapan pun terkilan…hanya seorang pegawai jais yg menangkap…yg lain berada diluar…tidak ader 4 saksi…sedangkan maklumat jais…berada didalam toilet kedai tersebut pun boleh dituduh berkhalwat…apakah semua ini?…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker