Pendapat

Pinjaman perumahan oleh pemaju tak selesai masalah harga rumah

noh-omar
Berita cadangan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar membenarkan pemaju-pemaju perumahan memberikan pinjaman perumahan adalah satu risiko besar kepada negara.

Setelah Bank Negara bertungkus lumus mengawal sektor kredit perumahan, tiba-tiba Menteri Perumahan membuat pengumuman sebegini.

Pemaju memberikan kemudahan pinjaman tidak akan menyelesaikan isu harga rumah yang semakin meningkat. Malah akan memburukkan lagi keadaan kerana tidak ada sistem untuk mengawal selia kredit perumahan daripada pemaju kepada pembeli.

Belum dikira cadangan mahu meletakkan kadar faedah 12-18% tanpa cagaran di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang dan Pajak Gadai.

Tawaran memang menarik dengan pembiayaan 100% baki tempoh antara 10-20 tahun namun apabila dibuat tanpa seliaan, nanti berlumba-lumba orang nak beli rumah yang memang dah mahal namun hakikatnya tidak berkelayakan dan kemudian tidak mampu membayar pinjaman semula.

Tan Sri Noh Omar harus belajar daripada kesilapan krisis sub-prime di Amerika Syarikat.

Cukup-cukuplah dengan membuat keputusan yang membawa keuntungan kepada para kapitalis tanpa mengambil kita kesan jangka masa panjang kepada rakyat dan negara.

Megat A Rithauddeen

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker