Pendapat

Menjawab Syed Azmi berkenaan peranan Isma dalam masalah anak luar nikah

KUALA LUMPUR 25 OCTOBER 2014. Peganjur Program Sentuh Anjing, Syed Azmi Alhabshi semasa sidang media megenenai isu " I want to touch a dog" di Seri Selangor Golf Club. NSTP/ Mior Azfar Mior Kamarulbaid
Sumber foto: NSTP/ Mior Azfar Mior Kamarulbaid

Kecoh pula hari ini rakan-rakan berkongsi, “ada orang bising pasal ISMA”.

Ingatkan pasal apa. Rupanya mengenai seorang aktivis kebajikan terkenal di media sosial, Syed Azmi menyatakan ketidakpuasan hatinya mengenai kenyataan Timbalan Presiden ISMA Tuan Haji Aminuddin yang menyebut pemerkasaan undang-undang syariah adalah perlu untuk membendung gejala anak luar nikah.

Syed Azmi menyertakan pautan ke laman The Malay Mail Online, sebuah portal media yang telah kita sedia maklum suka “cherry-picking” isu berkait Islam dan membentangkan dengan cara yang memburukkan Islam.

Saya menghormati Syed Azmi atas usaha-usahanya. Namun begitu seringkali beliau berhujah dengan hujah yang berbentuk falasi. Kali ini, beliau appeal to emotion.

Mungkin beliau terasa “helpless” setiap kali berhadapan dengan golongan kurang bernasib baik,terutamanya kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan yang sah, dan juga wanita-wanita yang diabaikan hak-haknya. Mungkin Syed Azmi terasa “mana pergi semua orang?”. Bahkan mungkin beliau terasa, “mana pergi ISMA?” (eh,siapa ISMA ni..)

Sesiapa yang biasa beraktivisme bersama NGO berorientasi Islam seperti ISMA, kami melihat masalah ummat ini hanya perlu diselesaikan dengan kembali kepada “root cause“. Iaitu jauhnya masyarakat daripada pegangan Islam. Sama ada pegangan Islam itu jauh dari sudut individu, mahupun sudut masyarakat dan kenegaraan.

Jadi solusi yang kami imani, adalah kembali pada Islam, pada aspek individu, keluarga, masyarakat, negara bahkan dunia.

Itu sebabnya, aktivis ISMA bukan sekadar turun ke sekolah, kolej, universiti mahupun jalanan untuk mendidik masyarakat isu berkait zina, pergaulan bebas, kerosakan institusi kekeluargaan, isu pendidikan, dan lain-lain.

Bahkan ISMA juga lantang dalam apa juga platform untuk mengekang gejala merosakkan ummat, termasuk forum Sokong RUU355 kelmarin, dan juga sebelum ini menentang COMANGO, dan melawan apa juga inisiatif puak liberal yang menawarkan kehidupan bebas yang bakal merosakkan lagi akhlak masyarakat.

Petikan TMMO yang dikongsi Syed Azmi sebenarnya berlatarbelakangkan forum Sokong RUU355. Jadi fokuslah kalau hendak komen pun. Janganlah jadi strawman.

Kalau dalam forum isu RUU 355 dan pemerkasaan mahkamah syariah, sudah tentulah kita sebut mengenai pemerkasaan undang-undang berkait syariah.

Tapi kalau dalam forum pendidikan seksual pada pandangan Islam, atau pada pandangan nilai moral, sudah tentu kita akan sebut isu seputar pendidikan, menjauhi zina, menjaga batas pergaulan, pembinaan keluarga yang cakna terhadap perkembangan ahlinya dan lain-lain.

ISMA mempunyai pelbagai agensi yang mendidik masyarakat, daripada kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa. Dan juga mempunyai agensi melaksanakan inisiatif praktikal termasukan kebajikan dan kemanusiaan. Kenali ISMA melalui aktivis-aktivisnya, dan bukan daripada lidah akhbar liberal seperti TMMO, Malaysiakini, Free Malaysia Today. Dan bukan juga daripada lidah pentaksub dan apologetis liberal dan sekular seperti Sisters In Islam, IKD, IDEAS, DAP dan lain-lain.

Suka saya kongsi peringatan Syed Qutb, yang menyatakan dalam bukunya “Inilah Islam” (Hazad-Deen).
Islam merupakan manhaj yang diturunkan Allah buat semua umat manusia. Maka ia sangat bertepatan dengan fitrah manusia. Sesuai dari segenap aspek. Maka manhaj ini perlu dibangun oleh manusia, malah boleh juga dikucar-kacirkan juga oleh manusia sendiri.

Ia tidak boleh dimenangkan oleh para malaikat, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan, jin-jin atau apa sekalipun. Ia hanya mampu dimenangkan oleh manusia sendiri. Fitrahnya, manhaj ini diturunkan untuk dimenangkan oleh manusia.

Bila kemenangan belum memihak kepada Islam, bukanlah bermaksud Islam itu deen yang salah. Tetapi bermaksud ummat yang memperjuangkan belum memenuhi syarat-syarat untuk menjadi ummat yang menang.

Janganlah wahai ummat Islam terlalu kecewa sehingga berkata “saya berharap saya merupakan non-Muslim”.

Penulis: Norhidayah Ismail, Aktivis Wanita Isma

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

3 komen

  1. Masalahnya: kenapa masih ramai anak luar nikah dilahirkan walaupun pend islam makin berkembang kuat? Syed Azmi hanya ingaktan supaya kita tidak bergantung pada hukuman semata-mata.

    ISMA perlu berani mara dalam agenda secara praktikal e.g pendidikan reproduktif. Kalau dikata ia kena ikut acuan islam, sila terbitkan modul yang jauh lebih berbeza dan progresif dari apa yang telah dilakukan oleh LPPKN dan NGO2 lain. Ramai cerdik pandai bidang sains dalam ISMA spt Dr Rafidah Hanim Mokhtar boleh mengambil kesempatan emas ini. Dgn ini, Islam akan balik ke zaman kegemilangan, insyaallah.

    1. Farha boleh search Say No To Zina dan lihat sendiri aktiviti kami termasuk Dr Rafidah Hanim berkaitan dengan pendidikan seksual kepada remaja supaya tidak terlibat dengan aktiviti zina dan yang seeaktu dengannya.

  2. Apakah jenis manusia yang mendakwa dirinya beragama Islam tetapi pada masa yang sama dia berkata “saya berharap saya merupakan non-Muslim”? Perkataan ini hanya layak diucapkan oleh manusia yang tidak beriman pada Allah dan RasulNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker