OBOR sebagai penerusan hasrat China menjadikan Malaysia wilayah ke 19
gambar dari Reuters
Asal usul cara fikir berstrategi China
Demi memahami bagaimana dasar luar China dirangka, penting untuk mengenali asal usul cara fikir berstrategi China. Dasar luar China bermula daripada idea Deng Xiaoping yang menggariskan 28 strategi yang berdasarkan karakter abjad China. Strategi pada peringkat awal adalah mengumpul kekuatan, untuk menjadi orde baru dunia. Taoguang yanghui yang bermaksud “sembunyikan kekuatan, elakkan provokasi”. Berdasarkan buku ’36 Chinese Strategic Thinking’ tulisan Dr Murad, seorang pensyarah di Institut Pengajian China, Universiti Malaya, berpendapat bahawa kita seharusnya memahami cara fikir dan strategi yang digunakan mereka sebelum melakukan sebarang urusan diplomasi bersama. Antara strategi lain yang digunakan adalah seperti:
- Guo Hai Man Tian strategi pertama yang bermaksud, “crossing the sea while deceiving the god” (Ai, 1992)
“Such strategies that caused the Hawthorne effect has been used by the Chinese entrepreneurs to beat the government authority system while taking away opportunities meant.”
- Pao Zhuan Yin Yu membawa maksud “tossing out a brick to get a jade” (Ai, 1992)
“This is a bait strategy by making the sleeping partner to believe he gained something but actually the Chinese entrepreneurs gained more invaluable return.”
- Xiao Li Zang Dao.
“It means hiding a dagger behing a smiling face” (Ai, 1992).
OBOR sebagai strategi menjadikan Malaysia wilayah ke 19
Rupert Emerson pada tahun 1934 menulis dalam sebuah makalah berjudul, ‘The Chinese in Malaysia’, di mana Tanah Melayu pada waktu itu dianggap sebagai wilayah ke 19 negara China. Wilayah ke 19 itu diistilahkan sebagai tera irredenta atau secara umumnya lebih difahami sebagai sebahagian daripada wilayah yang belum lagi ditebus sebagai hak milik. Hal ini juga disebutkan dalam buku ‘The Formative Years of Malaysian Politics’ tulisan Charles Shumaker yang menyebut ada propaganda yang mengatakan bahawa Tanah melayu akan dijadikan wilayah ke 19 oleh China. Beliau juga memetik kata-kata Gabenor Guillemard yang berkongsikan tulisan dalam Trivial Fond Records 8 tahun selepas bersara (Pesuruh Jaya Tinggi British di Malaya pada tahun 1920),
“The majority of the Chinese in Malaya have been too busy making money to bother about politics, but some politicians in China affect to look forward to a day when Malaya will become a Chinese province. propaganda is apt to spread, and the situation need careful watching. “
Dato’ Onn Jaafar juga pernah mengatakan perkara yang serupa. Hal ini boleh dilihat dalam buku yang bertajuk Biografi Dato’s Onn Hidup Melayu tulisan Anwar Abdulah, terbitan UKM,
“ketika berucap dalam satu rapat partinya di Kuala Lumpur pada tahun 1953, Dato’ Onn berkata: “MCA dan Dewan Perniagaan Cina sedang melaksanakan satu rancangan untuk menjadikan negeri ini jajahan China yang ke-20 – bertaat setia kepada Formosa yang menjadi jajahan yang ke-19… MCA telah memainkan peranan yang dahulunya diambil oleh Wakil-wakil Konsul China dan Dewan Perniagaan dengan menjadi Parti Kuomintang bawah tanah dan mengeluarkan arahan-arahan politik kepada MCA.”
p/s: Dato’ Onn menganggap Farmosa (Taiwan) wilayah ke 19 dan Malaya wilayah ke 20.
China’s Map of National Humiliation sebagai asas propaganda politik
Kerangka pemikiran China dapat difahami melalui peta di bawah yang menunjukkan 1927 Map of China’s National Humiliation. Peta ini menurut William Callahan di dalam bukunya,‘China, The Pessoptimist Nation’, adalah peta yang membentuk fahaman politik orang China sehingga ke hari ini. Peta-peta sebegini, adalah penting sebagai alat propaganda politik yang menggambarkan China sebagai sebuah kuasa besar dunia, yang wilayah kekuasaannya dirampas dan dijajah oleh penjajah Barat dan Jepun. Jika kita lihat wilayah ini merentas sehingga ke Asia Tenggara, Asia Tengah, sehingga juga ke negara-negara di Asia Selatan.
Menurut Callahan, fahaman politik ini membentuk dasar luar China sehingga ke hari ini. Sebagai contoh, OBOR, ataupun One Belt One Road dapat dilihat sebagai manifestasi fahaman politik hasil daripada peta China’s National Humiliation. Ini dapat dilihat pada tahun 2013, di mana Presiden China iaitu Xi Jinping membentangkan rancangan Silk Road Eonomic Belt dan 21st Century Silk Road atau lebih dikenali sebagai OBOR. OBOR menggabungkan Silk Road iaitu laluan sutera dan Maritime Road iaitu laluan laut yang pernah dipelopori semasa era Dinasti Ming ketika zaman Zheng He ataupun Cheng Ho. Laluan laut ini merentas daripada China ke Asia Tenggara sehingga ke pantai Timur Afrika. Secara geografinya, projek OBOR ini akan menghubungkan jalan darat dan jalan laut. Jalan darat melalui Silk Road Economic Belt akan menghubungkan China, Asia Tengah, Rusia dan juga Eropah.
Jika kita melihat kepada skala projek OBOR ini di Malaysia yang sedang rancak dilaksanakan sekarang seperti pemilikan hartanah dalam skala yang besar, kelulusan pembinaan kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura (sebahagian daripada projek OBOR ini adalah untuk menghubungkan Kunming di China hingga ke Singapura), pemilikan pelabuhan seperti di Kuantan, pembinaan Universiti Xiamen di Sepang, dan lain-lain lagi (anda boleh membaca tulisan saya di pautan di bawah), serta tuntutan China yang semakin agresif terhadap Laut China Selatan, menunjukkan kesungguhan China dalam melebarkan hegemoni mereka di sini.
- i) OBOR peluang atau ancaman?
http://focuss.my/obor-one-belt-one-road-peluang-atau-ancam…/
- ii) Adakah projek OBOR akan mengadaikan negara?
http://focuss.my/adakah-projek-obor-one-belt-one-road-akan…/
iii) Projek OBOR dan kejatuhan Melaka.
http://focuss.my/projek-obor-dan-kejatuhan-kerajaan-melaka/
- iv) Limpahan pendatang dari China satu ancaman demografi?
http://focuss.my/limpahan-pendatang-dari-china-satu-ancama…/
- v) Usaha menchinakan Malaysia
http://focuss.my/usaha-menchinakan-malaysia/
Projek-projek OBOR kini telah dimulai di seluruh pelusuk dunia. Walaupun secara dasarnya kelihatan seperti projek ini membawa manfaat dari sudut ekonomi, tetapi secara tidak langsung akan membawa implikasi kepada keselamatan dan kedaulatan negara. Ia akan membawa kesan dan merubah demografi negara, eksploitasi hasil bumi, merubah struktur ekonomi domestik dan juga aspek kebudayaan negara.
Tidakkah kita berasa negara sedang menghadapi bahaya yang besar? Adakah kita sedar bahawa projek OBOR ini adalah sebahagian daripada strategi untuk menjadikan negara kita sebahagian daripada tanah jajahan mereka? Adakah kita bersedia menghadapi masa depan di mana negara kita akan menjadi wilayah ke 19 sepertimana yang dikemukakan oleh Emerson?
Fikir-fikirkan. Wallahualam.
Asyraf Farique
Penganalisis IRIS Institute
Sumber asal: focuss.my
Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana dan Ismaweb.net
Rakyat negara kita terlalu sibuk dengan pelbagai salah laku, pecah amanah, salahguna kuasa, rasuah dll y7ang dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin tertentu yang berkaitan sehinggakan mereka berpecah belah dan tidak menyedari bahaya besar sedang berada di hadapan mata mereka sendiri iaitu konflik Laut China Selatan.
Konflik di antara kerajaan China dan kerajaan Amerika Syarikat di Laut China Selatan boleh tercetus pada bila-bila masa sahaja kerana kesilapan yang kecil sahaja yang akan melibatkan dan mengheret semua negara ASEAN termasuk Malaysia ke kancah peperangan. Malaysia sudah tentu tidak boleh bersikap berkecuali kerana kedudukan negara Malaysia di tengah-tengah kawasan Asia Tenggara di antara negara-negara ASEAN.
Negara China bercita-cita dan bernafsu besar untuk meluaskan empayar China sehingga ke Laut China Selatan termasuklah periaran dan kepulauan hak milik negara ASEAN kerana Laut China Selatan mengandungi pelbagai sumber asli yang penting seperti minyak dll. Negara China tidak akan teragak-agak untuk berperang jika negara China merasa ia terancam dan cita-citanya untuk menguasai Laut China Selatan dihalang oleh tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Asia Tenggara.
Keadaaan bertambah buruk apabila parti-parti Ultra Kiasu yang bersifat perkauman menyatakan sokongan kepada negara China dan mengiktiraf Laut China Selatan (termasuk perairan Malaysia) sebagai hakmilik negara China. Ini jelas menunjukkan pemimpin-pemimpin Ultra Kiasu adalah pengkhianat yang bersifat musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.
Pemimpin-pemimpin kerajaan juga tidak mengambil pengajaran dari sejarah bagaimana negara-negara Barat campurtangan, menguasai dan menjajah negara asing seperti negara China, Malaysia, Myanmar, Indonesia dll melalui pembelian tanah dll di negara asing. Dan sekarang negara China dan Singapura dll telah membeli tanah dll di negara ini dan sedang berusaha menguasai ekonomi negara ini yang boleh dijadikan alasan oleh China untuk campurtangan dan menjajah negara ini dengan alasan tanah di negara ini adalah milik rakyat China dll.
Kerajaan Malaysia yakin cara diplomasi boleh menyelesaikan konflik Laut China Selatan tetapi sejarah telah mengajar kita semua bahawa negara-negara besar dan kuat tidak akan menghormati semua kaedah diplomasi dan perjanjian damai kerana negara besar dan kuat tahu mereka boleh meluaskan empayar mereka melalui peperangan.
Hitler telah membukti kata-kata saya ini benar apabila dia melanggar semua perjanjian damai di Eropah dan melanggar janjinya sendiri untuk tidak berperang dengan negara jiran jika kawasan-kawasan tertentu diserahkan kepada Jerman.
Oleh sebab itu kerajaan Malaysia sepatut memperkuatkan dan memperkukuhkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mewajibkan rakyat Malaysia berkhidmat dalam ATM selama 3 tahun dll. Kerajaan juga perlu memastikan bekalan senjata, stok Makanan dan Air , ubat, bahan api dan sistem komunikasi dan pengangkutan dll tidak terputus jika perang berlaku. Kerajaan Malaysia juga perlu bertindak segera menghapuskan proksi-proksi, Fifth columnist dan agen-agen negara China sebelum mereka menyerang Malaysia dari dalam.
Sebelum Perang Dunia Ke2 , kerajaan Jepun telah menghantar proksi-proksi, Fifth columnist dan agen-agen negara Jepun ke Semenanjung Tanah Melayu (Malaya) untuk mengintip kekuatan tentera British dan melakukan sabotaj dan serangan sebaik sahaja Jepun menyerang Semenanjung Tanah Melayu (Malaya). Kehadiran terlampau ramai rakyat China Komunis di negara ini yang ‘gagal dikesan’ oleh pihak berkuasa adalah berbahaya kepada keselamatan negara ini.
Membuat persediaan awal dan langkah berjaga-jaga adalah lebih baik dari tidur lena dan nyenyak dan terjaga dalam keadaan terkejut berok !