Pendapat

China Dream, One Belt One Road dan Peranan Diaspora Cina

photo_2016-10-06_18-38-09

1) Membaca, tulisan Tan Yew Sing Presiden Dewan Perniagaan Cina Malaysia (Malaysia China Chamber of Commerce) di akhbar The Star tentang OBOR saya tertarik dengan kata-kata beliau tentang ini hasrat China Dream melalui OBOR. Sekaligus menerangkan pandangan asas tentang penerimaan dan sokongan orang Cina terhadap projek OBOR ini.

“The One Belt One Road initiative wants to promote the China Dream. Yet, if it aims to mobilise Chinese in particular and people of the world in general, to have real impact, the ambition needs to be upgraded, from not only rebuilding China, but also to rujevenating Chinese Culture and ensuring its contribution towards charting a common destiny of mankind”

2) Saya akan cuba mengulas kenyataan ini. Perhatikan Kepada China dream, apakah China Dream yang dimaksudkan? Menurut William Callahan dalam bukunya, China Dreams 20 Visions of the Future mengatakan bahawa China Dream adalah impian China hendak menjadi kuasa dunia yang baru.China sedang memasuki fasa (Taiping Shengshi) fasa keamanan dan kemakmuran, satu fasa yang akan digunakan oleh China bukan sahaja untuk mengukuhkan sistem politik dalaman negara tetapi juga menjadi kuasa dunia.

3) Mereka telah berjaya melaksanakan strategi “Tao Guang Yang Hui” – fasa menyembunyikan kekuatan dan bersikap rendah diri dalam arena polisi antarabangsa kepada fasa baru “Fen Fa You Wei” – Anda boleh rujuk Tulisan Camilla T.N. Sorensen, “The Significance of Xi Jinping’s “Chinese Dream” for Chinese Foreign Policy:From “Tao Guang Yang Hui” to “Fen Fa You Wei”

3) One Belt One Road, adalah strategi yang digunakan oleh Xi Jinping dalam merealisasikan hasrat China Dream ini untuk menjadi kuasa besar dunia. Hal ini disokong, melalui ulasan daripada penganalisis politik yang berpusat di Eropah Timur, Bogdan Goralczyk. Beliau berkata, Xi Jinping mengariskan dua matlamat utama yang ingin dicapai melalui perancangan dasar luar ini (Zhongguo Moshi).

4) Pertama, menjelang tahun 2021, pendapatan per kapita GDP rakyat China pada tahun 2010, akan meningkat dua kali ganda. Ideanya adalah untuk membina masyarakat yang kaya (Xiaokang shehui). Dan yang kedua adalah untuk memenuhi impan China (Zhongguo Meng) mengembalikan semula kegemilangan Negara China (Zhonghua minzu weida fuxing). Melalui matlamat ini, kebangkitan rakyat China, bukan sahaja terpakai kepada mereka yang beretnik Han, tetapi juga Cina diaspora (hua qiao) di serata dunia. Objektif utama adalah untuk menyatukan semua orang Cina dan menhubungkan semua tanah yang ada di dalamnya orang Cina. Mereka ingin mengembalikan semula kegemilangan Middle Kingdom.

5) Perhatikan kepada pandangan kedua ucapan beliau, saya tidak berhasrat untuk mengulas dari aspek budaya yang saya akan sentuh pada tulisan akan datang, tetapi perhatikan bagaimana tindakan dan penerimaan diaspora Cina melalui strategi ini.

Yet, if it aims to mobilise Chinese in particular and people of the world in general, to have real impact, the ambition needs to be upgraded, from not only rebuilding China, but also to rujevenating Chinese Culture and ensuring its contribution towards charting a common destiny of mankind”

6) Kerajaan China mencari sokongan daripada diaspora China daripada serata dunia untuk menjayakan strategi dasar luar mereka (China Dream). Kerana mereka banyak berkongsi persamaan.

The Chinese government has actively solicited moral and financial support from the Chinese diaspora around the world, appealing to a shared cultural heritage and shared desire for a rejuvenated Chinese homeland. Consistent with its general practice, the PRC government has already linked Xi’s “China Dream” with its overseas Chinese affairs work.

7) Ada beberapa data yang menyokong, kenyataan ini antaranya adalah, dana yang diberikan oleh keluarga Tanoto sebanyak RMB 100 juta kepada projek latihan dan pembangunan One Belt One Road (OBOR). Keluarga Tanoto adalah keluarga Cina diaspora di Indonesia yang menguasai banyak sektor ekonomi di sana.

25 March 2016, Beijing — Tanoto Foundation has donated RMB 100 million to fund, over the next ten years, talent training initiatives between the People’s Republic of China and countries in the One Belt, One Road (OBOR) programme. A donation agreement was signed last Friday with the Chinese Language and Culture Education Foundation of China, a non-profit foundation established under the Overseas Chinese Affairs Office of the State Council.

8) China juga akan memperkenalkan “Chinese Card” kepada diaspora China, termasuklah di Asia Tenggara. Asia Tenggara merupakan populasi terbesar diaspora China, terutamanya di Indonesia, Malaysia, Myanmar, Vietnam, Singapura dan lain-lain. Hasrat kerajaan China adalah untuk memanggil balik mereka kembali ke China dengan membina Pusat Bandar Overseas China di antara Meizhou dan Songkou. Populasi bandar Meizhou adalah sama seperti bandar Georgetown Pulau Pinang dan 4 kali lebih besar daripada Singapura. Projek ini dijangka menarik, pemaju Cina daripada Malaysia, dan bandar ini akan direka supaya sesuai dengan ciri-ciri tempatan penduduk di diaspora China terbabit.

9) Di Malaysia usaha ini digerakkan melalui MCA dan persatuan perniaga China Malaysia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk melaksanakan projek OBOR ini di Malaysia. Antaranya adalah dialog tahunan untuk mengeratkan lagi kerjasama antara MCA dan Parti Komunis China.

10) MCA menganjurkan dialog bersama Chinese Community Party (CCP) China Economic Cooperation Centre bermula daripada Julai tahun lepas. Di mana pada Julai tahun lepas
dihadiri peniaga daripada China dan Malaysia seramai 250 orang. Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, setiusaha MCA, Ong Ka Chuan dan Zhou Li, Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) adalah antara yang hadir pada majlis itu.

11) Dialog yang sama pada tahun ini yang dijalankan September lepas telah dihadiri antaranya oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Jabatan antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, pembantu kepada Menteri Li Jun, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia Datuk Ter Leong Yap, dan wakil Persekutuan Tujuh Persatuan Suku Tan Sri Koo Yuen Kim.

12) Seorang penganalisis CSIS dari Indonesia berkata dalam satu artikel beliau di East Asia Forum, Trissia Wijaya ‘Can overseas Chinese build China’s One Belt, One Road?’
apakah kayu ukur yang boleh kita gunakan dalam memastikan, perhubungan ini tidak mengadaikan negara? Hal ini kerana, jaringan sesama diaspora cina ini adalah tanpa sempadan (Guanxi). Adakah perhubungan ini hanya sekadar ekonomi, dan tiada campur tangan lain dari sudut politik?

13) Jika dilihat pada keadaan Malaysia, hal ini hanyalah retorik semata. Hal ini boleh diperhatikan melalui tindakan Duta China, Huang melawat Petaling Street pada 29 September 2015 bagi melindungi kepentingan peniaga-peniaga China di sana. Turut mengiringi beliau pada waktu lawatan itu adalah Datuk Ang Say Tee, beliau merupakan pengerusi Persatuan Peniaga & Penjaja Kuala Lumpur dan pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi MCA Ampang.

14) Persoalan yang kita boleh tanyakan akan senario yang bakal berlaku, adakah projek OBOR ini hanya sekadar projek infrastruktur, ataupun projek ini digunakan sebagai strategi untuk turut sama campur tangan dalam hal politik dalaman negara terbabit, dengan menggunakan diaspora Cina yang ada sebagai pengantar.

Jauh lebih penting, adakah projek OBOR ini akan menghakis taat setia mereka kepada negara?

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana dan Ismaweb.net

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker