Pendapat

Maksiat, zina melalui Wechat

wechat_facebook

Di dalam beberapa ayat Quran, tindakan melakukan maksiat dinilai sebagai sebuah bentuk KEKUFURAN kepada Allah.

Kufur di sini bermaksud derhaka kepada Allah dan melayakkan untuk diazab di akhirat kelak.

Itulah hakikat maksiat tidak kira kecil atau besar.

Jadi apa kes WeChat ni?

Bersembang dengan beberapa doktor di hospital, mereka menyatakan lebih kurang 80 peratus anak luar nikah lahir hasil WeChat.

Bila ditanya, macam mana boleh jumpa? WeChat.

Belum dikira ability untuk mencari ‘tukang urut’ melalui WeChat.

Paling rendah pun dosa mengusik perempuan sana sini, dengan bercouple tak tentu hala.

WeChat menjadikan harga teruna begitu murah, dan harga kesopanan Muslimah begitu hina.

Walaupun tidak dinafikan sebahagian yang menggunakan WeChat bertujuan untuk mudah berjumpa rakan, namun ,gelombang budaya ikhtilat dan zina melalui WeChat tidak boleh diambil ringan.

Saya sebagai ayah, pasti akan menghalang anak daripada menggunakan aplikasi sedemikian.

Siapa sanggup anak terdedah kepada penderhakaan kepada Allah melalui maksiat sedemikian.

Malah, maksiat WeChat bakal mengganggu maruah anak orang lain.

Maka jauhilah WeChat … WhatsApp dan Telegram sudah sufficient sebagai keperluan perhubungan.

Inilah, dunia sudah akhir zamannya.

Penulis: Ustaz Suhail Sufian, Ahli Majlis Ulama Isma

Sumber asal: Ustaz Suhail Sufian

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker