PendapatUtama

Benarkah Amerika Musuh China?

 

america-us-china-e1438794620829

1. Dalam memahami percaturan dunia pada hari ini, umat Islam harus mempunyai kerangka sendiri yang merdeka dan bebas daripada acuan pengaruh pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya kuasa-kuasa besar.

2. Hal ini penting supaya umat Islam bijak dalam membuat penilaian dan dapat membaca senario yang berlaku dalam skala yang menyeluruh dengan kaca mata mereka sendiri.

3. Saya berikan beberapa contoh yang berlaku dalam penilaian seputar isu geopolitik ini. Ada banyak kerangka mazhab dalam geopolitik ini antara yang mungkin kita selalu dengar adalah kerangka Mazhab Eurasian yang dipopularkan oleh Aleksandr Dugin.

Melalui kerangka ini, mereka melihat isu yang berlaku melalui kaca mata Rusia. Maka, tidak hairanlah apabila melibatkan pembacaan mengenai beberapa situasi politik dunia, seperti di Timur Tengah, situasi politik di Syria sebagai contoh mereka (pendukung mazhab ini) mengambil langkah menyokong Assad, sedangkan dengan jelas Assad membantai rakyat Syria. Hanya kerana Assad adalah sekutu kuat Rusia.

Ya, secara tidak langsung, mazhab ini membawa ketaksuban kepada Rusia, sebagai sebuah kuasa besar. Oleh kerana kerangka mazhab ini melawan kuasa Atlantis (Amerika dan sekutunya), maka adakah apa yang dibuat oleh Rusia dan sekutunya benar belaka?

4. Segala inisiatif yang diwujudkan oleh lawan kepada blok Amerika diberikan sokongan penuh tanpa sebarang syak wasangka dan kajian mendalam mengenai strategi yang mereka gunakan, dalam hal ini contoh yang mungkin saya boleh ambil adalah OBOR (One Belt One Road).

5. Umat Islam harus melihat percaturan yang berlaku ini bukan sekadar pertembungan antara blok sahaja. Kadangkala pertembungan ini merentasi blok. Boleh menjadi rakan, dan boleh menjadi seteru. Mereka bersepakat dalam hal yang mereka boleh sepakati untuk menghancurkan dan menekan umat Islam.

Seperti kata Tun Dr Mahathir dalam persidangan KL Summit:

“They invented and successfully promoted Socialism, Communism, Human rights and Democracy so that persecuting them would appear to be wrong, so they may enjoy equal rights with others. With these they have now gained control of the most powerful countries…”

6. Antara contoh yang kita boleh ambil adalah hubungan antara Amerika dan juga China. Ramai beranggapan, bahawa Amerika dan China bermusuh? Tetapi benarkah mereka bermusuh?

7. Memetik tulisan Hillary Clinton (bakal Presiden wanita Amerika yang pertama) dalam Foreign Affairs, (saya pasti pengkaji Kerangka Eurasian sedia maklum dengan Council of Foreign Affairs ini) Hillary sendiri menulis mengenai dasar yang seharusnya Amerika ambil terhadap China pada Oktober 2011.

Antara petikan yang boleh kita ambil daripada tulisan beliau yang akan menjelaskan pendirian yang bakal beliau ambil sebagai Presiden Amerika:

“We are asking these emerging partners to join us in shaping and participating in a rules-based regional and global order. One of the most prominent of these emerging partners is, of course, China..”

“The fact is that a thriving America is good for China and a thriving China is good for America. We both have much more to gain from cooperation than from conflict.”

“Both sides would benefit from sustained and substantive military to military engagement that increases transparency. So we look to Beijing to overcome its reluctance at times and join us in forging a durable military-to-military dialogue..”

“As we proceed, we will continue to embed our relationship with China in a broader regional framework of security alliances, economic networks, and social connections.”

8. Begitu juga kalau kita rujuk buku seperti “Dealing with China: An Insider Unmasks the New Economic Superpower”, tulisan bekas Head of Goldman Sachs dan Treasury secretary Amerika, Henry M Paulson yang menceritakan pengalamannya selama berpuluh tahun hidup di China dan bagaimana Goldman Sachs dan peranan Amerika dalam membantu membuat “reform terhadap sektor perbankan dan ekonomi di China.”

9. Buku-buku seperti The Hundred-Year Marathon: China’s Secret Strategy to Replace America as the Global Superpower belum lagi jika anda membaca buku tulisan Pitssbury, bagaimana sejak daripada zaman Deng Xiaoping lagi, China telah mula berbaik-baik dengan Amerika, dan banyak bantuan yang telah diberikan oleh Amerika untuk membantu China. Melalui usaha pemikir mereka Henry Kissinger.

10. Walaupun dalam keadaan sekarang, umat Islam tidak mampu berhadapan secara terus dengan kuasa besar dunia seperti Amerika, itu tidaklah menjadikan kita putus harap lalu bergantung secara membuta tuli dengan kuasa-kuasa besar seperti China dan Rusia. Ataupun sebaliknya.

11. Secara optimis, saya merasakan, negara-negara Islam mampu untuk membangunkan sistem mereka sendiri. Perancangan gerak kerja sudahpun bermula. Sudah cukup kita menempel kepada kuasa-kuasa Barat.

Kita ada kekuatan dan kita boleh bangunkan secara bersama. Memetik kepada ucapan Tun Dr Mahathir Muhammad semasa persidangan منتدى كوالالمبور Kuala Lumpur Summit, ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan bersama:

“We fail to notice that our detractors and enemies do not care whether we are true Muslims or not. To them we are all Muslims, followers of a religion and a Prophet whom they declare promotes terrorism, and we are all their sworn enemies”.

“We control 57 out of the 180 countries in the world. Our votes can make or break international organisations. Yet we seem more helpless than the small number of Jahilliah converts who accepted the Prophet as their leader.”

“But is it true that we should do and can do nothing for ourselves? Is it true that 1.3 billion can exert no power to save themselves from the humiliation and opression inflicted upon them by a much smaller enemy? Can they only lash back blindly in anger.”

“We may not be able to unite all the 1.3 billion Muslims. We may not be able to get all the Muslim Governments to act in concert. But even if we can get a third of the ummah and a third of Muslim states to act together, we can already do something.”

Wallahualam,
Kita mampu melakukannya!

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana dan Ismaweb.net

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker