Pendapat

Kenapa nama-nama yang menjurus kepada sesuatu benda haram perlu diubah untuk dapat sijil halal?

778953

KERAJAAN sedang berusaha dan memperkasakan Maqasid Syariyyah dalam setiap agensi kerajaan yg antaranya adalah hub halal JAKIM dan JAIN.

Usaha memperkasa pensijilan halal sedang giat dijalankan bagi memelihara kesejahteraan agama dan syariat Islam di Malaysia. Termasuklah penambahbaikan terhadap prinsip “Halalan Tayyiban”. Makanan bukan hanya halal semata tetapi mesti Tayyib. Halal jelas. Manakala Tayyib mempuatnyai makna yg luas iaitu:

– Bersih.
– Baik dari aspek penyediaan.
– Baik dari aspek bahan.
– Baik dari aspek nama. (Nama produk atau restoran mestilah tidak mengelirukan atau menjijikkan. Hotdog, tahi itik, rootbeer dan lain-lain semua itu menggambar perkara yang tidak baik dalam makanan. Walaupun ia hanya sekadar nama bukan pada bahan, tetapi nama melambangkan keperibadian dan kewibawaan Syariat Islam.

Oleh itu, JAKIM dan JAIN mengambil pendekatan “Sad Dharai'” iaitu menutup pintu-pintu yg boleh mengelirukan makanan orang Islam di masa akan datang. Di tambah pula pada hari ini, terdapat produk makanan yg mengelirukan umat Islam seperti “Non alcoholic” ” No Pork” dan lain-lain.

Atas dasar yang sama, segala produk makanan yang menggunakan nama agama atau nama yang menjijikkan TIDAK akan diberi sijil halal.


Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Ahli Majlis Perundingan Islam Negara/ AJK Pensijilan Halal Negeri Selangor/ Pensyarah Fiqh Makanan UKM

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker