Kelompok-kelompok anti-Islam, anti-Hadis, anti-Ulama’, anti-Institusi Islam, anti- Pembudayaan Islam, seperti Akhtar Husayn, Mohamed Sifaoui, Farouk Peru dan rakan-rakan Farouk di kalangan kolumnis The Malay Mail Online serta media-media seangkatan dengannya yang cuba mengangkat dan mempopularkan naratif ‘Islamofasism’, suatu istilah yang dipinjam dari gerakan Fasism di Barat suatu ketika dahulu, kelihatan begitu selektif dalam membuat serangan.
Mereka dilihat menentang apa sahaja bentuk autoriti dan mana-mana kuasa institusi agama.
Sebutlah apa sahaja institusi agama, mereka pasti akan tentang dan serang.
Daripada majlis-majlis agama Islam negeri, badan-badan penguatkuasaan agama, badan pencegahan jenayah syariah, institusi zakat, mahkamah syariah, institusi masjid, Tabung Haji, dan saya kira sedikit masa lagi mereka akan serang juga sistem kewangan dan perbankan Islam serta kedudukan Institusi Raja-raja Melayu sebagai Ketua-ketua Agama Islam di Malaysia.
Mereka mahu agama Islam hanya dihadkan kepada amalan individu, seperti solat, puasa, zakat dan haji.
Bahkan amalan individu ini perlu diberikan kebebasan tentang bagaimana ia dilakukan termasuk melakukan solat Jumaat pada hari Sabtu.
Mereka mendakwa diri mereka sebagai golongan akademik, berfikiran kritis, bebas, adil dan sebagainya.
Mereka mengaku menerima ayat al-Quran tetapi menolak hadis-hadis dan menganggapnya sebagai interpretasi ulama’ yang tidak boleh diterima.
Mereka mahu bebas mentafsir ayat-ayat al-Quran mengikut kehendak mereka.
Dari segi istilah, fasisme didefinisikan sebagai suatu pemikiran autoritarian berasaskan agama dan bangsa.
Oleh kerana itu, mereka memperjuangkan ideologi liberalism sekular yang memisahkan urusan-urusan agama daripada sistem-sistem kehidupan.
Di dalam satu temuramah di dalam Middle East Forum yang menganggkat motto “Mempromosikan Kepentingan Amerika” dengan Mohamed Sifauoi, beliau dengan jelas menyatakan Islamism yang menentang kewujudan negara Yahudi Israel sebagai fasisme.
Kata Sifauoi, “I certainly am one of the first Muslim to consider Islamism to become fascism. This is not a subjective decision, but rather a serious, academic argument. Fascism and Islamism are comparable in many aspects: Fascism, without evoking all its particularities, bears similarities to trend also present in Islamism. I am of course, making a reference to their will to exterminate the Jews”.
Sungguh ironi, kita tidak jumpa pula pandangan dan pendirian mereka berkenaan sifat fasisme penjajahan zionis Israel, suatu gerakan pengganas dan penjajah antarabangsa berasaskan agama Yahudi dan bangsa Yahudi, yang membunuh rakyat Palestin dan menjarah bumi mereka.
Umat Islam yang bangkit melawan penjajahan ini pula yang dipersalahkan.
Jika mereka mampu sehingga mencadangkan solat Jumaat dilakukan pada hari Sabtu, mungkin tidak lama lagi akan terpacul cadangan untuk umat Islam menerima ibadah dilakukan selain di Makkah (di Karbala mungkin?) bagi mengatasi masalah kesesakan jemaah haji saban tahun.
Begitu juga menerima supaya Masjid Al-Aqsa baru bagi umat Islam dibina di tempat lain bagi mengelakkan pertumpahan darah di Baitul Maqdis.
Sedikit kesimpulan awal saya berkenaan kelompok ini adalah:
- Mereka berpura-pura disebalik topeng akademik dan intelek.
- Mereka adalah musuh kepada kedaulatan negara Malaysia dan pendirian mereka bertentangan dengan perlembagaan negara.
- Mereka secara sedar dan langsung atau tidak, memperjuangkan hegemoni Zionis dalam menindas rakyat Palestin.
Salman Abdul Rahman
Aktivis Isma
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).
Pemimpin-pemimpin liberal dan pengikut mereka adalah munafik yang sangat berbahaya kepada agama Islam dan umat Islam kerana para munafik ini mendakwa mereka diri mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka bekerjasama dengan kafir harbi @ Ultra Kiasu menentang, mempertikai, menghina dan menolak ajaran agama Islam dan hukum Allah.
Mereka juga mencipta pelbagai andaian karut dan cerita dongeng yang tidak berasas untuk memperdayakan dan menghasut manusia melakukan kemungkaran dan kesesatan dan menentang Allah dan RasulNya.
Mereka adalah munafik @ kafir harbi kerana mereka memusuhi Islam dan umat Islam.
Islam dan umat Islam sedang menghadapi bahaya besar kerana puak liberal yang bersikap munafik sedang bekerjasama dengan kafir harbi menfitnah, memburuk-burukkan, menghina, mempertikai dan menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam.
Sesungguhnya kafir harbi adalah musuh Islam yang nyata lagi jelas kerana sikap mereka menentang Islam secara terbuka. Sebaliknya, puak liberal yang mendakwa diri mereka beragama ‘Islam’ cuba melemahkan atau memusnahkan Islam dan umat Islam dari dalam.
Tanpa merasa segan dan malu, puak liberal ini cuba mengubah ajaran Islam mengikut selera dan hawa nafsu serakah puak liberal untuk menghalalkan kemungkaran, kesesatan dan murtad.
Mereka juga mempromosi kebebasan melakukan kesesatan dan kemungkaran seperti minum arak, berzina, berjudi dll dengan alasan hak kebebasan individu konon ! Bahkan mereka memberikan kebebasan murtad kepada umat Islam supaya umat Islam boleh murtad sesuka hati mereka tanpa sebarang sekatan.
Maka jelaslah puak liberal adalah puak munafik yang sangat berbahaya kepada agama Islam dan umat Islam. Sesunggunhnya, puak liberal adalah musang berbulu ayam, musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan yang berusaha menipu, memperdayakan dan menyesatkan umat Islam supaya umat Islam meninggalkan ajaran agama Islam dan hidup bergelumang dengan dosa dan kesesatan.
Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan pertunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan.
Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).(An-Nisaa’ 4 : 44-45)