Pendapat

Objektif pertubuhan antikerajaan

rehan-ahmad-2

PENDEDAHAN terkini mengenai pembiayaan pertubuhan-pertubuhan anti kerajaan oleh George Soros telah membuka mata banyak pihak.

Ini kerana, organisasi-organisasi yang sebelum ini kelihatan memperjuangkan keadilan dan kebebasan ini tidak sunyi daripada kawalan orientalis yang berpengaruh.

Apakah motif pendanaan sebegini? Apatah lagi jika bantuan kewangan ini disalurkan oleh individu seperti George Soros yang pernah dituduh sebagai “penyangak mata wang” oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir.

Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara, bagaimanakah wang dari sumber seperti ini boleh diterima? Melainkan tidak mempunyai tanggungjawab terhadap negara serta ingin memenuhi matlamat dan objektif sendiri.

Adakah pihak kerajaan hanya perlu memejamkan mata dan membiarkan sebarang pendanaan asing masuk tanpa sebarang pemantauan dan kawalan? Pihak-pihak yang berkepentingan mendakwa bahawa mereka berhak menerima pembiayaan bantuan dana asing tanpa pantauan dan kawalan pihak-pihak yang berwajib.

Pihak yang sama juga seolah-olah histeria dengan mengeluarkan pelbagai tuduhan dan tohmahan kerana tidak berpuas hati dan mahu memaksa campur tangan apabila pihak lawan mereka turut menerima dana asing.

Keadaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan rakyat negara ini berpecah-belah, saling mencurigai, dan semakin bertambah parah memandangkan isu ini dimainkan di dalam media saban hari, seolah-olah mahu menghasut rakyat. 

Peranan dan tingkah laku media tertentu yang seperti sengaja mencurah minyak ke dalam api juga mendatangkan kerisauan memandangkan media tersebut turut menerima pendanaan asing.

Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh dibiarkan sama sekali tanpa sebarang bentuk pemantauan dan kawal selia oleh pihak kerajaan. Bagaimana sekiranya terdapat mana-mana dana asing yang masuk yang bertujuan untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang bersifat pencerobohan dan jenayah, tidak kiralah sama ada berbentuk keganasan mahupun kekacauan sosial dan ekonomi?

Adakah kita mahu memperjudikan nasib dan masa depan anak bangsa kita dengan meletakkan kepercayaan yang membuta tuli terhadap entiti asing dan memejamkan mata terhadap malapetaka yang telah berlaku di negara lain – yang sehingga kini ranap dan tidak bangun lagi?

Rehan Ahmad Jamaluddin Ahmad
Felo Penyelidik, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

2 komen

  1. Pihak kerajaan wajar menarik balik kewarganegaraan pihak yg.bertanggungjawab tersebut, mereka bukan jenis warganegara yang penuh kesetiaan kepada Yang Dipertuan Agong dan Negara Malaysia.

  2. CIA telah menubuhkan menubuhkan NGO-NGO Amerika Syarikat berikut untuk menyalurkan bantuan kepada NGO-NGO negara asing yang akan menjadi proksi CIA dan kerajaan Amerika Syarikat dalam negara asing:

    National Democratic Institute for International Affairs
    National Endowment for Democracy
    Freedom House
    Millennium Challenge Corporation
    International Center for Journalists
    Center for International Private Enterprise
    USAID
    National Endowment for Democracy
    Etc…etc…etc…
    Dengan menggunakan bantuan kewangan dll, CIA boleh mengawal, membiayai, menyokong dan menggunakan NGO-NGO dan pertubuhan hak asasi manusia negara asing untuk mencapai objektif-objektif AS seperti campurtangan politik dan menumbangkan kerajaan asing dan melantik boneka yang menjadi proksi Amerika Syarikat.

    Antara sasaran CIA ialah parti politik, persatuan pekerja, pertubuhan perdagangan, pertubuhan pelajar dan belia, pertubuhan wanita, pertubuhan sivik, pertubuhan agama, pertubuhan professional, intelektual dan kebudayaan dan media massa.

    Pertubuhan-pertubuhan tempatan ini akan digunakan oleh CIA untuk mencetuskan rasa tidak puas hati, kebencian, fitnah, khabar angin yang tidak berasas, keganasan, demonstrasi, kekacauan dan penentangan untuk menumbangkan parti politik, menjatuhkan pemimpin politik dan memecah belah masyarakat, melemahkan negara dan menggulingkan kerajaan demokrasi.

    ” The major function of secrecy in Washington is to keep the U.S. people … from knowing what the nation’s leaders are doing. ”
    John Stockwell, former CIA official and author

    “Americans cannot teach democracy to the world until they restore their own.” William Greider, journalist and author

    Quotations by John Stockwell a former CIA agent:

    (1) The CIA and the big corporations were, in my experience, in step with each other. Later I realized that they may argue about details of strategy – a small war here or there. However, both are vigorously committed to supporting the system.

    (2) We created and left behind [in Nicaragua] a National Guard with officers trained in the United States who would be loyal to our interests. This arrangement was the decisive feature of the new era of neocolonialism.

    (3) The CIA had been running thousands of operations over the years… there have been about 3,000 major covert operations and over 10,000 minor operations… all designed to disrupt, destabilize, or modify the activities of other countries… But they are all illegal and they all disrupt the normal functioning, often the democratic functioning, of other societies. They raise serious questions about the moral responsibility of the United States in the international society of nations.

    (4) the CIA has overthrown functioning democracies in over 20 countries.

    ( 5) stirring up deadly ethnic and racial strife has been a standard technique used by the CIA.

    (6) Now more clearly than ever, the CIA, with its related institutions, is exposed as an agency of destabilization and repression. Throughout its history, it has organized secret wars that killed millions of people in the Third World who had no capability of doing physical harm to the United States.

    Terdapat besar kemungkinan sebilangan NGO dan media massa di negara ini telah dipengaruhi , dikawal dan dikuasai oleh CIA dan merekalah yang selalu menimbulkan rasa tidak puas hati, membuat provokasi, penghinaan dan fitnah terhadap agama Islam, ulama Islam, pihak berkuasa agama Islam, mahkamah syariah, hak keistimewaan orang Melayu, parti Islam dan kerajaan.

    Setiap kali kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di negara umat Islam seperti Iraq, Palestin, Libya, Yaman, Somalia, Afghanistan dll, sebilangan NGO-NGO, parti politik dan media massa tempatan di negara ini diam membisu kerana mereka takut mengkritik tuan Amerika mereka. Mungkin mereka takut bantuan kewangan dll akan dihentikan jika mereka mengkritik kerajaan Amerika Syarikat dan sekutunya.

    Sebaliknya, NGO-NGO dan media massa tempatan tersebut sentiasa mencipta pelbagai berita angin, andaian, tuduhan, fitnah dan dakwaan karut yang tidak berasas dan provokasi untuk mencetuskan rasa tidak puas hati, kebencian, perkauman, permusuhan, kekacauan, demostrasi , protest dll terhadap Perlembagaan Persekutuan, agama Islam, ulama Islam, jabatan agama Islam, parti Islam, parti polik umat Islam dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

    Objektif NGO-NGO, parti politik kafir harbi dan sekular liberal dan media massa tempatan tersebutialah untuk melemahkan atau menghapuskan kuasa politik Melayu @ Islam, Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) – Islam Adalah Agama Persekutuan, hak keistimewaan Melayu, mahkamah syariah dan jabatan agama Islam dan menggulingkan pemimpin-pemimpin kerajaan yang berbangsa Melayu atau beragama Islam dan menggantikan pemimpin-pemimpin tersebut dengan pemimpin kafir harbi dan sekular liberal.

    Ini bererti NGO-NGO, parti politik kafir harbi dan sekular liberal dan media massa tempatan tersebut mempunyai matlamat menghapuskan negara Islam dan menubuhkan negara sekular liberal.

    Umat Islam perlu berpegang teguh pada ajaran agama Islam dan bersatu padu membela agama Islam dan hak umat Islam dan menyokong dan mengundi parti Islam dan memulaukan (boycott) semua parti politik kafir harbi dan sekular liberal dalam PRU14.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker