Soros dan Motif
Nama George Soros kian diperkatakan sebagai penyumbang kepada gerakan anti kerajaan di Malaysia. Selain daripada itu terdapat banyak “aktiviti” yang melibatkan Soros mengaut keuntungan daripada kesusahan orang lain. Tiada batas untuk Soros selagi mana sesuatu itu menguntungkannya.
Antara “pencapaian” beliau adalah krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Namun demikian itu bukanlah kali pertama nama George Soros disebut-sebut dalam nada yang negatif. Namanya turut dikaitkan sebagai penyerang mata wang pound sterling dalam episod ‘Black Wednesday’ pada tahun 1992 di mana serangan itu telah menyebabkan Perbendaharaan United Kingdom terpaksa membelanjakan sebanyak £3.4 billion untuk menyelamatkan matawang British pound sterling daripada jatuh.
Soros juga pernah didapati bersalah pada tahun 2006 oleh Mahkamah Agung Perancis atas jenayah ‘insider trading’. Adakah wajar kerajaan kita membiarkan seseorang dengan reputasi sebagai penjenayah ekonomi mengalirkan sebahagian daripada wangnya untuk membiayai gerakan-gerakan yang bermotifkan politik di negara ini?
Dikhuatiri ini mungkin adalah salah satu daripada semboyan serangan spekulatif kewangan yang bakal dilakukan terhadap negara ini melalui cara ‘pelaburan politik’, atau pun mungkin juga sebagai usahanya untuk melakukan penggubahan wang haram. Terdapat sebab-musabab yang baik untuk kita mencurigai niat Soros dan penglibatannya di Malaysia.
Untuk mereka yang menerima “bantuan” ini, terdapat persoalan tentang tanggungjawab mereka terhadap negara. Adakah mereka yang menerima pembiayaan seperti ini bukan warga negara ini? Apakah matlamat yang ingin dicapai dengan menggunakan kekerasan untuk menggulingkan kerajaan?
Soros pernah melibatkan diri dalam Plihanraya Umum ke-13 pada tahun 2013. Apakah matlamat campurtangan luar negara ke dalam kancah politik negara? Sudah pasti terdapat satu faedah baginya yang mungkin tidak jelas pada kacamata kita. Ini kerana Soros amat agresif dalam mengaut keuntungan melalui manipulasi matawang. Tiada yang menghalang Soros demi mencapai objektif. Beliau sudahpun terkenal dengan sifatnya itu.
Mungkinkah kejatuhan matawang kita sekarang adalah hasil usaha Soros?
Rehan Ahmad Bin Jamaluddin Ahmad
Felo Penyelidik, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)