Pendapat

Adakah Trump akan membawa kehancuran kepada Amerika?

trumpet

AKHIRNYA, Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-45. Watak yang sering dimomokkan dalam dunia maya sebagai tidak berkaliber dan bodoh, akhirnya menjadi Presiden AS.

Adakah dengan pemilihan sebegitu mengambarkan AS sedang mengalami fasa-fasa kejatuhan? Kemenangan Trump ini menunjukkan senario pergolakan dalaman yang akan berlaku dalam politik AS. Politik dalaman yang selama ini utuh, membolehkan AS terus mendominasi kekuasaan dunia, tiba-tiba menjadi rapuh dan menanti masa untuk jatuh.

Berbeza dengan China, yang baru sahaja mengadakan pertemuan sesama pimpinan parti-parti komunis yang ke-6 pada Oktober lalu, menampakkan struktur dalaman parti telah diperkukuhkan. Dua resolusi yang berkait dikeluarkan, salah satunya berkaitan disiplin di dalam parti dan kedua, status Xi Jinping, telah diangkat sebagai ‘pemimpin teras’ untuk memimpin China mengemudi penguasaan politik dunia.

Memetik kata-kata Wang Dong, dalam The Diplomat bertajuk “Watching the Us Presidential Election from China” Wang Dong adalah Profesor dalam Hubungan Antarabangsa dan Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan China-AS.

Meanwhile, Chinese elites and public have been watching the rise of Donald Trump with a sort of excitement and bewilderment. Rightly or wrongly, many in China actually tend to believe that Trump would be easier to deal with than Hillary Clinton, since he is a businessman. A pro-business Republican president will tend to be pragmatic and China-friendly, if not pro-China.

Pemimpin elit China melihat, mereka lebih senang bekerjasama dengan Trump berbanding Clinton. Dasar Trump yang dilihat lebih pragmatik, terutama dalam isu keselamatan dan perdagangan, semestinya mengembirakan China. Apatah lagi, dengan kata-kata Trump yang mahu menarik balik tentera daripada Korea Selatan dan Jepun yang selama ini menjadi pangkalan utama mereka di Asia Pasifik.

Sementara Clinton, para pembuat dasar China akan berdepan dengan kepayahan dalam mengelola satu bentuk baru ‘pivot to asia’ yang akan diteruskan Clinton.

Teori Kejatuhan Amerika?

teori1

George Modelski di dalam bukunya Long Cycles of World Politics, menerangkan mengenai teori kekuasaan selama 100 tahun. AS, dilihat telah menghampiri tanda-tanda ‘deconcentration of dominance’ – rujuk rajah di atas. China dijangka akan menjadi kuasa dunia yang baru. Tetapi bagaimana corak pentadbiran dunia yang baru ini?

Melihat kepada sejarah lampau dunia, kita boleh melihat kepada rajah di bawah.

teori2

Pada kurun ke 16, kuasa dunia adalah pada tangan Portugal, pencabarnya adalah Sepanyol. Perang dunia berlaku sekitar 1494-1516 dan Portugal pada ketika itu berpakat dengan Belanda. Kemudian kurun ke 17 Belanda memegang tampuk pemerintahan dunia, diikuti oleh Britain selama 2 kurun, sebelum diganti oleh AS.

In Modelski’s history, the next world leader has not been the challenger, but has been one of the countries in the coalition brought together by the world leader to fight the challenger. The case of the United States and Great Britain is a clear illustration of this process. Great Britain’s role as world leader was challenged by Germany resulting in the two world wars.

Beberapa bacaan senario yang boleh kita gambarkan dalam fasa sekarang.

  • Akan berlaku kucar-kacir dalam pertembungan politik dalaman AS sendiri. Hal ini boleh dilihat dalam dasar-dasar Trump yang dilihat sangat rasis.
  • Kredibiliti AS akan jatuh di mata dunia. Negara yang mendapat perlindungan daripada AS akan bertukar arah, seperti apa yang dilakukan oleh Filipina.
  • Perbezaan paling besar di antara Trump dan Clinton adalah berkenaan polisi luar negara AS bersama NATO.
  • Trump bersikap skeptikal tentang peranan NATO pada hari ini dan dia merasakan bahawa AS telah mengeluarkan belanjawan yang lebih banyak daripada manfaat yang diperoleh daripada persekutuan tersebut. Menekankan keganasan sebagai isu kritikal hari ini, Trump mendakwa NATO tidak berperanan dalam menghalang aktiviti yang berpotensi membawa kepada isu keganasan.
  • Berbeza dengan sikap Obama terhadap Presiden Vladimir Putin, Trump berasakan bahawa menjalinkan hubungan bersama Presiden Russia penting demi manfaat AS dan ini disambut baik oleh Presiden Putin. Adakah ini tanda kepada kebangkitan ‘orang kulit putih?’ yang lebih nasionalis?
  • Jika diteliti pada dasar Trump dalam isu Laut China Selatan, Trump kelihatan, akan menghantar kapal-kapal dalam skala yang banyak di sana. Ini memungkinkan peluang tercetusnya konflik di Llaut China Selatan berlaku pada  skala yang tinggi. Adakah perang dunia yang seterusnya akan berlaku di rantau Asia Tenggara? Satu sanggahan kasar dan agak simplistik. Apakah bentuk konflik yang akan berlaku? Perlu diperhalusi. Dalam hal ini Rand telah mengeluarkan satu report yang bertajuk “War with China: Thinking Through the Unthinkable”. Matlamat utama AS  adalah mengelakkan konflik.
  • Geoff wade seorang Profesor di Australian National University dan juga penasihat kepada tentera Australia dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘China’s six wars in the next 50 years’ mengatakan China telah membuat beberapa projeksi mengenai perancangan perang yang mereka bakal ambil melalui propaganda yang telah disebarkan dalam satu akhbar China, Zhongguo Xinweshe bertajuk, “Mendedahkan 6 perang yang China perlu hadapi dalam masa 50 tahun ini”

 Enam perang yang dimaksudkan itu adalah.

  1. The war to unify Taiwan (2020–2025)
  2. The war to recover the various islands of the South China Sea (2025–2030)
  3. The war to recover southern Tibet (2035–2040)
  4. The war to recover Diaoyutai and the Ryukyus (2040–2045)
  5. The war to unify Outer Mongolia (2045–2050)
  6. The war to recover the territory seized by Russia (2055–2060)
  • Walaupun propaganda ini agak melampau, tetapi dari sudut ekonomi China telah memulakan langkah dengan strategi OBOR (One Belt One Road) mereka di serata dunia. Dengan kekalutan yang berlaku dalam politik AS, maka China akan mengisi kekosongan ini dan mengambil kesempatan, atas kelemahan politik dalaman AS untuk mendominasi pentas dunia sebagai kuasa dunia yang seterusnya.
  • Keadaan di Timur Tengah dilihat akan menjadi lebih rumit. Dalam hal melawan Islamic State (IS) yang dipropagandakan oleh Barat, kedua-dua Donald Trump dan Hillary Clinton mempunyai polisi yang sama dan tidak berubah. Hal ini dapat dilihat apabila kedua-duanya mengkehendakkan agar pakatan Barat dan dunia Arab melawan IS, menjadikan supaya wujud kawasan yang tidak boleh dilalui oleh kapal terbang di Syria, meningkatkan serangan udara ke atas negara tersebut dan menambahkan tentera AS di Syria.

Kesimpulan

Kemenangan Trump membawa kepada corak baru kepada pentadbiran politik dunia. Pemilihan ini memberi gambaran akan keadaan politik dalaman AS yang semakin lemah. China akan mengambil kesempatan atas kelemahan ini dan meneruskan projek-projek mereka untuk memegang hegemoni dunia.

Asyraf Farique, Fatin Nadhirah & Aiman Faudzi
Penganalisis IRIS Institute

Artikel ini pertama kali disiarkan dalam laman web http://focuss.my hari ini

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. kenapa George Modelski tidak memasukkan Turki yg dipimpin oleh kahlifah Othmaniah sebagai salah satu kuasa besar dunia yg pernah menguasai Asia Barat , Mediterrenian dan Eropah Timur suatu ketika dahulu ?

    Empayar Othmaniah Turki jauh lebih besar berbanding dgn jajahan Portugal dan Spain ? Kerajaan Othmaniah bertahan selama 600 tahun berbanding dgn kuasa besar dunia yg lain yg hanya bertahan selama 100-150 thn shj.

    Portugal, Spain dan Belanda tidak sehebat mana jika hendak dibandingkan dgn kehebatan kerajaan Othmaniah Turki dahulu. Satu kajian yg tidak konklusif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker