PENDAKWAH urban merendah-rendahkan pakcik makcik yang sensitif dengan simbol-simbol syirik seperti Salib, dan tokong guna nama Haji /Ustaz dengan mengatakan “tak terganggu pun aqidah pun lah..”.
Pendakwah urban menyindir orang-orang yang tidak berpendidikan tinggi dengan mengatakan mereka terlalu konservatif dalam beragama, yang merasakan “belajar Bible, menelek Golden Rule bawaan Confucius” adalah perkara taboo.
Pendakwah urban kata bumiputera peneroka sempit pemikiran kerana mengatakan tanah air mereka adalah milik nenek moyang mereka yang telah mengusahakan dan membangunkannya, isu Cina dan kontrak sosial tidak relevan lagi.
Pendakwah urban menempelak orang kampung hanya kerana mereka rasa tidak senang bila kalimah Allah mahu diguna dalam makalah Kristian.
Pendakwah urban sebegini perlu belajar kenapa Hillary Clinton boleh kalah.. Dan sama juga macam mana DAP dan sekutu boleh lingkup di Sarawak.
Mereka kata mereka tegar dalam berdemokrasi, tapi bila mereka gagal memahami aspirasi majoriti rakyat, mereka kata rakyat bodoh dan tidak sofistikated, masih terikat dengan dedak, janji palsu dan terperangkap dalam zon pemikiran zaman dulu.
Pendakwah urban lupa bahawa dakwah berdiri di atas kerangka fiqh, fiqh yang luas mencakupi bukan sekadar untuk “cater” orang urban macam mereka, tetapi juga orang kampung, orang kurang berpendidikan serta generasi baby boomers.
Ada terma saddu zaraiq (menutup pintu kerosakan), yang mengambil kira bukan sahaja orang bijak pandai macam pendakwah urban,tapi juga pakcik makcik petani, nelayan, peneroka dan kerja kampung. Pendakwah urban jangan lupa usul dakwah adalah untuk menjaga aqidah.
Maka pendakwah urban, janganlah takabbur dan sombong hanya kerana terasa iman kuat dan tak bisa ditembus pengaruh pengancam aqidah.
Kalau begitu silakan sahaja misionaris Kristian untuk masuk rumah kamu dan dakwahi anak-anak kecilmu.
Janganlah berasa jelik hanya kerana kamu rasa ada saudara saudari se-Islam-mu yang masih jumud berpegang pada tradisi menjaga agama mereka.
Sedangkan diri pendakwah urban itu yang ternormalisasi sehingga tidak ada ghirah dalam beragama.
Nor Hidayah Ismail
Aktivis Wanita Isma
Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana dan Ismaweb.net
Mereka mereka yang bodoh adalah mereka mereka yang lupa siapakah penyumbang sebenar rezki kehidupan yang mereka nikmati.
BiaDAPjjal telah berjaya membentuk dan mengeluarkan golongan-golongan yang beriman dengan mereka. Mari kita tunggu dan lihat samaada kerja keras biaDAPjjal akan membuahkan hasil seperti yang mereka impikan atau adakah rakyat Malaysia, terutamanya bumiputra mempunyai nafsu yang senada dengan biaDAPjjal.
Pendakwah urban yang dimaksudkan olek artikel ‘Pendakwah Urban’ gagal bersifat inklusif adalah manusia jahil dan bodoh sombong kerana mereka lupa atau tidak mengetahui bahawa orang-orang kafir dan para munafik tidak pernah redha terhadap Islam dan umat Islam dan orang-orang kafir dan munafik sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat Islam:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah 2:120)
Urban le, tak urban ka, tu nama yg diberi org yg tak paham bahawa pendakwah ada cara/pendapat masing2. Siapa yang makan cili terasa pedasnya.
Lepas ni, segala komen dari saudara Ibnu tak relevan/tak boleh dipakai untuk melawan hujah saya.
Seseorang yang mahu menjadi da’i atau pendakwah Islam perlu mengikuti prinsip-prinsip dakwah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah:
1. Ilmu, (yaitu) ilmu tentang apa yang akan didakwahkan. Maka seorang yang jahil (bodoh) tidak layak untuk menjadi da’i.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”(Surah Yusuf 12:108)
2. Amal, iaitu mengamalkan apa yang ia dakwahkan. Sehingga ia menjadi teladan yang baik, perbuatannya selaras dengan ucapannya, dan tidak tiada ruang bagi manusia sesat untuk menjatuhkannya.
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Fussilat 41:33)
3. Ikhlas, iaitu dakwah dilakukan karena mengharap keredhaan Allah sahaja bukan kerana riak.
Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran)?(Hud 11:51)
4. Memulai dari permasalahan terpenting (akidah) kemudian yang penting iaitu menegakkan solat, membayar zakat, dan mengerjakan kewajipan-kewajipan serta menjauhi larangan-larangan.
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu”. (Al-Anbiyaa’ 21:25)
5. Sabar atas segala risiko, ujian dan cabaran yang didapati di jalan dakwah kepada (agama) Allah.
Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu.(Al-An’aam 6:34)
6. Seorang da’i (pendakwah) harus berhias dengan akhlak yang mulia dan berdakwah dengan cara berhikmah dalam dakwahnya.
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.(Al-Nahl 16:125)
7. Seorang da’i (pendakwah) harus memiliki optimisme yang tinggi dan tidak berputus asa.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108).
Dear ‘Farha’,
Saya ini manusia biasa sahaja dan ilmu pun serba kurang. Saya menulis pelbagai komen untuk kebaikan manusia kerana Allah bukan kerana saudari ‘Farha’ dan lain-lain.
Saya berdoa supaya Allah Yang Maha Esa memberikan hidayah kepada saudari ‘Farha’ (or whoever you are) kerana saya bimbang kesombongan dan ujud saudari ‘Farha’ boleh menjerumuskan saudari ‘Farha’ ke dalam neraka. Sombong dan ujud itu adalah penyakit hati yang merbahaya kepada semua manusia termasuk audari ‘Farha’ .
Insaflah dan bertaubatlah kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun.
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(Luqman 31:18)
Yang ikhlas
Ibnu
Aduh Farha … kamu lebih hebat dari ALLAH s.w.t ke ? Ibnu bagi benda ynag BENAR … kamu bagi hujah tong sampah sahaja lebih benar dari apa yang dinyatakannya ? Hujah kamu lebih benar dari Al-Baqarah ? Bersungguh sungguh kamu ingin menidakkan segala yang terdapat di sini ya ? Tapi jangan risau, teruskan perjuangan kamu, dan kami teruskan perjuangan kami. Allah s.w.t akan mendengar rintihan semua manusia di akhirat kelak, pastikan hujah anda bernas, pastikan hujah anda lebih benar daripada apa yang diturunkan Allah s.w.t