Pendapat

Guan Eng, jangan fitnah RUU 355 dan pecah belah rakyat Malaysia

 

LIM-GUAN-ENG-1Saya merujuk kepada kenyatan media KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) bertarikh 23.11.2016 yang turut dimuat-naik dalam akaun facebook beliau pada tarikh yang sama.

Kenyataan media beliau mempunyai lima (5) perkara utama yang pada saya mengandungi unsur-unsur hasutan, berniat jahat dan bermaksud cuba memecah-belahkan rakyat terutama bangsa Melayu-Islam di atas isu pembentangan RUU 355 di Parlimen oleh YB Marang seperti berikut:-

“1.  MCA, MIC, Gerakan and SUPP should withdraw from BN following BN’s endorsement of “hudud-like” laws under the PAS proposed Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Act 355) that will remove the present punishment cap to raise the punishment to 30 years’ jail, RM100,000 fine and 100 times of whipping.

2.  DAP opposes the hudud-like laws because it is contrary to the Federal Constitution.

3.  Our Federal Constitution is secular in nature with Islam as the religion of the Federation.

4.  MCA, MIC, Gerakan and SUPP deserve public condemnation for betraying their principles and promises to uphold and defend the Federal Constitution but also for their political expediency to continue to deceive the people by supporting UMNO that is willing to work together with PAS to bypass the Federal Constitution to allow these laws to take effect.

5. DAP reiterates that the failure of MCA, MIC, Gerakan and SUPP to leave BN now is seen as a form of tacit approval of the unconstitutional measures adopted by UMNO to support PAS’ move to raise the punishment cap of Islamic laws that moves closer to Hudud-like laws.”

Isu utama yang dibangkitkan adalah LGE dan DAP adalah tidak bersetuju dengan cadangan RUU 355 malah fakta RUU 355 dibenarkan untuk dibentangkan oleh kerajaan sudah dianggapnya mengetepikan hasrat parti-parti lain dalam komponen BN yang tidak menyokong RUU 355.

Justeru, LGE dengan secara sedar dan perhitungan politik beliau, menghasut mereka supaya keluar daripada komponen BN. Kita mohon semua pembaca membuat laporan polis seberapa segera terhadap kenyataan-kenyataan mengelirukan dan berbau fitnah ini yang boleh disabitkan di bawah Akta Hasutan 1948.

Biarkan siasatan dilakukan oleh pihak berwajib.

Yang amat kita hairan ialah sikap degil DAP LGE yang berulangkali secara sedar berusaha memfitnah dan menakut-nakutkan rakyat bahawa RUU 355 adalah sebagai (i) Undang-Undang menyamai Hudud (hudud-like laws) atau ke arah melaksanakan Undang-Undang Islam di Malaysia menerusi pindaan Akta 355 (ii) RUU 355 bertentangan dengan Perlembagaan sedangkan Akta 355 sudah wujud sejak 1965 dan dipinda pada tahun 1984 tanpa bantahan orang-orang bukan Islam  ketika itu.

Teramat mustahil ia bersifat unconstitutional dalam keadaan pindaannya diluluskan pada tahun 1984 ketika itu dan (iii) “Negara Malaysia adalah negara sekular” sedangkan tafsiran sebenar  ‘negara sekular’ seperti France dan negara lain ialah ‘sebuah negara yang  mengamalkan pemisahan agama daripada pemerintahan dan urusan negara hatta tidak akan membenarkan apa-apa perundangan berbentuk agama menjadi sebahagain daripada undang-undang negaranya’ sedangkan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia meletakkan Agama Islam sebagai ‘Agama Persekutuan’ (religion of the Federation) dan lain-lain  agama bebas diamalkan dalam negara.

Wujudnya Mahkamah Syariah Persekutuan dan Negeri-Negeri menerusi Akta 355 yang mengendalikan kes-kes kesalahan jenayah syar’iyy untuk orang-orang Islam sahaja adalah bukti jelas bahawa Malaysia bukan negara sekular dan tentunya tidak masuk akal sebuah “negara sekular Malaysia’ mempunyai Ketua Negara beragama Islam di kalangan Raja-Raja Melayu-Islam yang mengambil giliran sebagai YDP Agong melafazkan Sumpah Lantikan berbunyi “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” sebagaimana diperuntukkan dalam Jadual Keempat (Perkara 37) Bahagian I, Perlembagaan Malaysia! 

Jelasnya, kenyataan akhbar LGE berkenaan adalah hasutan yang amat nyata dan berniat jahat untuk memecah-belahkan keharmonian rakyat yang sudah lama menerima peruntukan Perlembagaan sebagaiman adanya dalam konteks sebuah negara berbilang kaum yang mengamalkan demokrasi raja berperlembagaan (constitutional monarchy) yang amat unik di dunia yang dihasilkan oleh Suruhajaya Reid daripada warisan penjajah Brirish yang mengakui hak-hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam dan Adat Orang Melayu untuk dimuktamadkan dalam peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Kepada LGE kita ingin nasihatkan:

Stop playing political games and trying to fool the rakyat because the rakyat are not fools. Please abstain from making any more “unscontitutional remarks” with bad intentions. May we advise you to focus on your up-coming Court Case and don’t politicize or trying to divert attention on cheap political stunts – it won’t work!

Hj. Zainal Zainuddin

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

3 komen

  1. Niat sebenar kenapa DAP begitu keras menentang Malaysia sebagai sebuah negara Islamialah kerana keadaan demikian tidak akan membenarkan orang cina menjadi pemimpin tertinggi negara Malaysia. Maskan org kafir boleh menjadi PM dlm sebuah negara jika negara itu berstatus negara Islam ? sebab itulah mereka org kafir dari semua parti politik dgn begitu keras menolak jika Malaysia ditakrifkan sebagai negara Islam. Perlembagaa Malaysia tidak menyatakan dgn jelas hanya org Melayu beragama Islam shj boleh jadi PM dan org kafir tidak boleh dilantik jadi PM. Tetapi dgn peruntukkan Islam adalah agama Persekutuan dgn sendirinya Malaysia wajib dipimpin oleh PM yg beragama Islam shj.

    Puak kafir mempunyai agenda yg jauh kehadapan dlm berpolitik. Mereka bukan setakat mahu hapuskan rasuah yg menjadi gula2 kempen politik menentang kerajaan sekarang tapi mahu kuasa utk merelisasikan segala agenda mereka yg sgt jelas tidak condong kpd Islam dan Melayu. ANDAIKATA kerajaan hari ini sebuah kerajaan yg telus dan baik sekali pun mereka tetap akan menetang habis habisan kerana yg mereka mahu adala kuasa. Hanya dgn kuasa segala agenda tersurat dan tersirat dpt di laksanakan. Jadi org Melayu khasnya janganlah termakan dgn umpan yg DAP sgt menentang kerajaan hanya semata2 kerana benci rasuah tapi percayalah mereka ada udang besar disebalik batu yg merugikan umat Islam sendiri. Politik itu seni yg sangat memperdayakan. Jadi bacaan politik umat Islam perlu luas-jauh-mendalam utk menyelami strategi musuh si kafir yg sentiasa menunggu peluang. Jangan biarkan kaduk naik junjung.

  2. Lim Guan Eng tak payah hairan, memang dah biasa, yang menghairankan Orang Melayu Islam yang bersamanya meragui RUU355 dan yang saya tercari cari jawapan : Apasal Melayu Islam takut sangat dengan LGE ye… ?

  3. Terdapat dua golongan yang sentiasa memusuhi agama Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti di negara ini.

    Golongan ini terdiri yang dari:

    (1) Kafir harbi yang secara terang-terangan menghina, mempertikai, memfitnah dan menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah.

    (2) Munafik liberal yang mempunyai lidah biawak (lidah) bercabang yang sentiasa berusaha mentafsir Al-Qur’an dll mengikut hawa nafsu serakah mereka sendiri untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal supaya mereka boleh menyesatkan umat Islam.

    Dari pemerhatian kita, kita dapati kafir harbi , munafik liberal dan media massa mereka sentiasa bekerjasama untuk melemahkan atau menghapuskan Islam dan menghina prinsip demokrasi dengan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti negara ini dan menghina Perlembagaan Persektuan 3(1) Islam Sebagai Agama Persekutuan dengan berusaha menghapuskan negara Islam ini dan menggantikannya dengan negara sekular liberal tulen yang dipimpin oleh pemimpin liberal yang menjadi bonek kafir harbi.

    Wahai umat Islam marilah kita semua kembali kepada ajaran Islam dan hukum Allah dan bersatu-padu dan bekerjasama membela agama Islam dan hak umat Islam. Oleh sebab itu, marilah kita semua menyokong parti Islam PAS (dalam PRU 14) yang sedang berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah dan membela hak umat Islam.

    Wahai umat Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker