Pendapat

Kecelaruan Siti Kasim makin menonjol

KECELARUAN neraca pemikiran puak feminis semakin lama semakin menonjol. Mana tidaknya, aurat yang merupakan satu hukum dalam Islam dikatakan satu bentuk budaya, al-Quran pula ditafsir sesedap rasa.

Terkini, pejuang feminis yang juga seorang peguam, Siti Kasim menyelar syarikat bas TransMalaya kerana mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan.

Mengenangkan kenyataan beliau. Saya bingung.

Saya kira polisi syarikat itu memperkasakan hak wanita untul dihormati dan melindungi diri mereka dari apa jua bentuk gangguan seksual. Hal ini adalah kerana terlalu banyak aduan dan kisah-kisah ngeri wanita dicabul kehormatannya ketika menggunakan pengangkutan awam.

Saya juga hampir menjadi mangsa suatu ketika dahulu. Jadi, pada kaca mata saya ia merupakan satu rahmat bagi para wanita yang ingin berkelana dari satu tempat ke satu tempat menggunakan pengangkutan bas ini.

Tapi, tindakan Siti Kasim menyelar syarikat bas tersebut ternyata suatu kejutan untuk saya. Beliau yang merupakan seorang feminis tegar mengatakan bahawa ia satu bentuk “moral policing” dan tidak patut dilaksanakan? Eh? Bukankah polisi itu mengangkat hak wanita, menjaga dan melindungi wanita seperti apa yang kakak-kakak dan makcik-makcik feminis mahukan. Kenapa tiba-tiba nak melenting sampai nak boikot syarikat bas?

Bukankah isu gangguan seksual adalah salah satu perjuangan puak ini?

Kenapa Siti Kasim tak bising pula bila India wujudkan Bas Wanita Pertama di negara tersebut bagi membendung kejadian “gang rape” yang berleluasa di negara itu? Kenapa Siti Kasim tak mengamuk juga bila diperkenalkan gerabak wanita dalam sistem kereta api di Jepun? Juga, mengapa tidak Siti Kasim membebel bila KTM melancarkan Koc Wanita?

Hakikatnya, negara seperti Jepun dan India juga menghormati hak-hak wanita, mahu memperkasakan wanita dan melindungi mereka. Kenapa apabila syarikat bas ini membuka ruang dan langkah, memberi pilihan untuk wanita melindungi diri mereka, mulalah nak bising?

Golongan feminis tegas memperjuangkan hak wanita untuk memilih dan diberikan peluang untuk memilih. Namun, apabila wanita memilih untuk menyokong polisi sebegini, mengapa wanita ini riuh sekampung meroyan?

Melihatkan falasi melalui kenyataan Siti, jelas di sini, golongan feminis sebenarnya tiada neraca untuk menentukan suatu yang hak dan batil. Semuanya ditentukan oleh al-hawa’ ikut acuan nafsu dan akal, sehingga memalingkan hukum tuhan. Mereka juga tiada buku panduan untuk memandu ideologi mereka. Cognitive Dissonance jelas sungguh pada kenyataannya, jadi soalan saya Siti Kasim, adakah anda mahu memperkasakan hak wanita dan melindungi mereka dari gangguan seksual atau terus menjatuhkan maruah wanita melalui apa sahaja yang bertentangan dengan ideologi feminisme dan liberalisme yang anda imani?

Berbeza dengan Islam, neraca kita adalah al-Quran dan Sunnah. Kita diberi panduan daripada segenap aspek kehidupan. Sebab itulah umat Islam tegas prinsipnya, bukan ibarat lalang seperti Feminis Siti Kasim.

Akhir kalam, semoga apa yang diusahakan oleh syarikat TransMalaya menjadi contoh ikutan syarikat pengangkutan bas lain dengan tujuan, untuk melindungi dan memperkasakan wanita dari sebarang bentuk gangguan seksual.

Saya juga menyeru supaya pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meneliti isu keselamatan kaum wanita dan menjadikan ianya sebahagian dari dasar penambahbaikan sistem pengangkutan awam di negara kita.

Islam hadir mengeluarkan umat dari terus memandang wanita sebagai objek, lantas memartabatkan hak dan kedudukan wanita. Maka tidak salah saya kira usaha ini diteruskan bagi membendung kejadian-kejadian ini dari terus berlaku. Wanita Selamat, hak terjaga.

Amalina Annuar

Peringatan: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tiada kena mengena dengan ismaweb.net atau Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Ideologi sekularisme liberalisme adalah sesat dan menyesatkan maka tidak hairanlah penganut-penganut ideologi buatan manusia ini sentiasa bekerjasama dengan kafir harbi menghina, mempertikai , memfitnah dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menafikan hak umat Islam di negara ini. Merekalah munafik yang cuba menyesatkan umat Islam dan memusnahkan Islam dari dalam !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker