Tun M dakwa haji tak mabrur guna duit 1MDB
KUALA LUMPUR, 2 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur.
Katanya, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi kita buat kerja haji, bagus ke tidak?
“Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur,” katanya ketika berucap pada satu majlis di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, Najib merosakkan negara dengan cara seperti itu.
“Inilah Najib dan dia rosakkan negara kita ini dengan cara yang cukup buruk sampai sekarang negara kekurangan duit. Sekarang ini kalau minta ubat dia suruh beli sendiri,” katanya.
Yayasan 1MDB telah menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu sejak 2011.
Seramai 111 jemaah dari seluruh negara dihantar menunaikan ibadah haji pada tahun itu dan jumlah bertambah kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).
Manakala, bagi 2016 seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih menyertai program itu.
Mabrur atau tidak tu , Allah yg tentukan.Tetapi yg peliknya sykt yg perniagaannya tak tentu kala.Cashflownya tak keharuan.Pinjaman berlipat2 kali ganda dari modal.Pengurusannya boleh setuju utk sponsor org pergi haji.Nak kata zakat, untung belum ada lagi.Nak kata sedekah, duit yg ada tu pun duit pinjaman bank.Apa muslihat, hanya Allah swt saja yg mengetahuinya.Hanya Allah saja yg akan membalasnya.Banyakkan berdoa kepada yang Maha Kuasa agar rakyat tidak tertekan dgn hal2 sebegini.