Berita UtamaUtama

Kami ingin tahu punca bunga api meletup, kata keluarga mangsa

KLANG,  3 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Keluarga mangsa letupan bunga api pada sambutan Tahun Baharu 2017 di Pandamaran ingin tahu punca bahan itu meletup sehingga mencederakan 3 ahli keluarganya.

“Kami 6 sekeluarga berada di antara barisan hadapan pengunjung, tetapi masih di belakang garisan keselamatan yang dipasang penganjur bila bunga api itu meletup lalu menuju ke arah kami dan orang lain,” kata Mohamad Rafiq Ahmad Tarmizi, 19.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan adiknya Nur Qaseh, 8, terkena percikan api, nenek saudaranya Hanizah Abd Rashid, 48, cedera di kepala dan ibu saudaranya Diana Talaha, 31, melecur di tangan serta paha.

Mereka bertiga kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Seramai 14 mangsa, termasuk kanak-kanak dilaporkan cedera dalam kejadian itu di tapak Fiesta Gegar Klang, Kompleks Sukan Pandamaran.

Mohamad Rafiq berkata, setakat ini, keluarganya belum mempertimbangkan tindakan undang-undang diambil terhadap penganjur majlis sambutan itu.

“Pihak penganjur memberi kerjasama baik kepada kami sewaktu di hospital, bagaimanapun kami masih ingin tahu apakah punca bunga api itu meletup di tanah dan menuju ke arah kami,” katanya. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker