Berita UtamaUtama

Khalid ‘meroyan’ bila PAS sertai majlis anjuran UMNO, kata Khairuddin 

BANGI, 3 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) yang bersunguh-sungguh mempertahankan DAP sejak kebelakangan ini memperlihatkan parti itu seperti penyapu, sindir Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, ia terbukti apabila Khalid Samad sendiri menjadi wira dan benteng DAP, termasuk menentang agenda memperkasakan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355).

“Apabila orang seperti Khalid `meroyan’ dengan kehadiran pimpinan PAS pada majlis penjelasan Islam anjuran UMNO, ia menunjukkan PAN bimbang dengan peningkatan imej PAS pada mata rakyat,” katanya dalam satu dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Khalid menyifatkan penyertaan beberapa pimpinan PAS dalam sebuah majlis anjuran Kelab UMNO di London bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom adalah pendekatan yang tidak sesuai sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.

Khairuddin berkata, kehadiran pemimpin PAS dalam program penjelasan RUU 355 itu adalah antara siri penerangan bagi menjelaskan PAS konsisten memperjuangkan Islam.

“Jika UMNO bersedia membantu PAS dalam usaha RUU 355 menunjukkan UMNO semakin menerima kepentingan bersama memperkasakan Islam.

“Itulah kejayaan dakwah PAS. PAS akan terus membina imej sebagai pejuang agama di mata ahli UMNO,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker