IKIM tak patut jadi saluran dakwaan peribadi mimpi bertemu Rasulullah
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 4 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum, apatah lagi dijadikan asas kefahaman mengenai Islam.
Demikian ditegaskan Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman, ketika mengulas dakwaan individu tertentu yang kononnya bermimpi sebanyak tiga kali bertemu Rasulullah SAW dan Nabi Isa.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan stesen radio berkonsepkan Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.fm), supaya tidak sepatutnya menjadi saluran kepada dakwaan peribadi individu tertentu yang tidak berasas.
Dia juga mendakwa Nabi Muhammad SAW memberitahu bahawa dia adalah ‘you are my third’.
Individu yang bergelar profesor dan kordinator program komunikasi korporat dan teknologi sebuah universiti di Barat yang dijemput IKIM dalam program Inspirasiku pagi tadi, mengatakan:
“Ketika kami bertentang mata dan saya fahami mesej komunikasi kami secara telepati bahawa Rasulullah mengatakan kepada saya ‘you are my third’.”
Ustaz Hazizi berkata, dakwaan seperti itu berpotensi mencelarukan kefahaman umat Islam di negara ini dan ia dilihat bertentangan dengan misi stesen radio berkenaan untuk memelihara, meningkat dan menyebar kefahaman Islam yang benar kepada masyarakat.
Beliau berkata, mimpi bertemu Nabi SAW bagi individu yang tidak pernah berjumpa dengan baginda adalah tidak boleh dipercayai.
“Dia bercerita, kita dengar sahajalah. Percaya jangan sekali-kali. Ini sebagai menutup pintu kejahatan.
“Kejahatan itu ialah terbitnya arahan-arahan baharu melalui mimpi itu yang dianggap mendatangkan manfaat atau mudarat, dikira sebagai ibadat, atau sekurang-kurangnya orang yang bermimpi itu dikira mempunyai autoriti dalam bab agama sehingga boleh membelakangkan al-Quran dan Sunnah, Ijmak dan Qias.
“Kesemua itu adalah kejahatan yang mesti ditutup jalan ke arahnya. Berbincanglah tentang isi al-Quran. Belajarlah tentang petunjuk Sunnah. Ketahuilah tentang Ijmak Para Sahabat dan Ijmak para ulama. Pelajarilah ilmu tentang Qias.
“Jika tidak mampu, dengarlah nasihat daripada orang yang menggunakan hujah al-Quran dan Sunnah secara menyeluruh dan menurut disiplin ilmunya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
T.kasiih…teguran yg tepat dan tidak bpleh dipandang enteng dan berlalu begitu saja…perlu perihatin dan bersungguh memberi kefahaman yg betul agar tidak timbul was wad dan keraguan bila mengikuti siaran ini…yg tak berkebolehan menepati…piagam sila undur demi tidak mencelarukan program yg baik ini…
Tak makan dek akal Saya tak dengar tapi kalau betul.IKIM buat siaran pasal “mimpi”itu…eloklah jangan melalot….rentikan
Institut Kesalahfahaman Islam Malaysia.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَ ضِيَ اَللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ, وَلَمْ يُحَدِّثْ نَفْسَهُ بِهِ, مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Hadits No. 1285
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan.” Muttafaq Alaihi. Bulughul-Maram
Pada pendapat saya IKIM tidak bersalah dalam hal ini, cuma yg bercerita itu, mungkin terlajak sedikit dgn menceritakan hal2 peribadi sebegitu.
Apapun pengajaran dari segi keseluruhannya, ianya membawa kepada kehendak atau semangat untuk meninggikan lagi syiar Islam di US.
Ini semua adalah pengalaman peribadi beliau, dan saya sangat berterimakasih pada IKIM dan semuanya yg terlibat
Alhamdulillah…Wasalam
Setuju sangat teguran tu.Saya memang mengikuti radio ini dari awal kebelakangan ni mcm dah melampau,tak faham dgn ikim,kdg2 sakit hati juga,kita harapkan channel tu lain darir channel2 lain,lagu2 pun dah banyak perlu ke…
Saya harap pihak web ISMA tersilap dalam memetik pandangan pimpinan mereka dalam perenggan ini:-
‘Beliau berkata, mimpi bertemu Nabi SAW bagi individu yang tidak pernah berjumpa dengan baginda adalah tidak boleh dipercayai.’
Seolah-olah, ia bermaksud bukan saja penolakan total terhadap persoalan bertemu dengan Nabi Muhammad SAW sama ada secara mimpi atau jaga yang menjadi khilaf dalam agama, bahkan menafikan kebolehpercayaan individu yang mendakwa telah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW.
Hadis ‘Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, maka dia akan melihatku pada ketika jaga dan syaitan tidak akan dapat menyerupaiku’ meskipun mempunyai perbahasan dan pandangan berbeza tentang maksud yaqazah, ia menunjukkan kebenaran mimpi terbabit. Ulama memang berbeza pandangan dalam isu ini tetapi hakikat perbezaan pandangan itu menyebabkan tidaklah selayaknya untuk menolak secara terus, apatah lagi menafikan kebolehpercayaan pendakwa secara total juga.
Malah dalam sejarah keilmuan Islam, ramai ulama (yang tentunya tidak pernah bertemu Nabi Muhammad SAW ketika hayat Baginda di alam dunia) yang berkongsi kisah mimpi mereka bertemu dengan Rasulullah sebagai satu nikmat yang perlu disyukuri dan menjadi dorongan untuk kita menjadi lebih baik sehingga melayakkan diri untuk menerima nikmat yang sama juga.
Tak pernah tengok Wajah Nabi,macammana kalu Syaitan masok dlm mimpi menyerupai Abu Lahab,tapi beritahu KITA itulah wajah Nabi,tentulah bile syaitan menyerupai wajah Abu Lahab bukan Wajah Nabi,kita yg Tak pernah Lihat wajah.Nabi masa hidup tentulah tak dpat kesan kepalsuan wajah tu,Itulah maksud yg d katakan Syaitan memang lah tak dapat.menyerupai wajah Nabi,tapi wajah org lain bile,so org yg tak berilmu tentu percaya itu wajah.Nabi