Berita UtamaUtama

Polis cari lelaki berswafoto atas kren

IPOH, 4 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Pihak polis kini sedang giat mengenal pasti individu yang melakukan aksi merbahaya dengan memanjat dan berswafoto di atas kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan dipercayai di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan dibuat syarikat berkenaan dan giat mengenal pasti individu terbabit.

Pengurus Besar Sycal, Mohd Pauzi Mad Isa berkata, laporan dibuat kerana lelaki terbabit menceroboh kawasan persendirian dan tapak pembinaan.

Beliau berkata, syarikatnya juga akan menyiasat dengan syarikat keselamatan yang dipertanggungjawabkan mengawal kawasan tapak pembinaan bersebelahan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu berhubung perkara berkenaan.

“Syarikat tidak membenarkan sesiapa memasuki kawasan itu, apatah lagi kawasan berkenaan masih dalam pembinaan.

“Pintu masuk ke kawasan itu hanya satu dan kami tidak tahu bagaimana perkara itu boleh terlepas pandang.

“Kami akan berbincang dengan pihak keselamatan bagaimana ia boleh berlaku dan akan mengambil tindakan jika berlaku ketirisan dalam kejadian ini,” katanya dipetik daripada BH, hari ini.

Mohd Pauzi berkata, beliau mengetahui berhubung tindakan bahaya itu menerusi aplikasi Whatsapp daripada rakannya.

Katanya, rakaman itu hanya menunjukkan seorang individu melakukan tindakan berbahaya terbabit.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker