Berita UtamaUtama

Simi dilantik Pengarah Bahagian Siasatan SPRM

BANGI, 4 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan pelantikan Datuk Simi Abd Ghani sebagai Pengarah Bahagian Siasatan baharu berkuat kuasa hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Simi adalah untuk menggantikan Datuk Azam Baki yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM pada 4 Oktober tahun lalu.

Simi sebelum ini merupakan Pengarah SPRM Johor.

Beliau mula menyertai SPRM pada 16 Jun 1983 sebagai Pegawai Siasatan di Ibu Pejabat Badan Pecegah Rasuah (BPR) sebelum dilantik sebagai Pengarah BPR Sarawak pada 2004.

Sebelum ini, Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zain dilaporkan bersara awal selepas kecewa siasatan agensi itu ke atas SRC International, tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Dilaporkan, Bahri mengambil keputusan bersara awal pada Jumaat lalu, ekoran kecewa dan rasa berdosa apabila kes penyelewengan membabitkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah.

BERITA BERKAITAN:

http://www.ismaweb.net/2017/01/bahri-bersara-awal-kecewa-kes-src-international-tak-boleh-ke-mahkamah/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker