Banjir: 48 sekolah di Kelantan, 24 di Terengganu ditutup hari ini
KOTA BHARU, 5 Rabiulakhir 138H, Rabu – Sebanyak 48 buah sekolah di Kelantan dan 24 di Terengganu tidak dapat beroperasi pada hari keempat sesi persekolah hari ini berikutan keadaan banjir di beberapa daerah semakin membimbangkan.
Di Kelantan, Pengarah Pendidikan Negerinya, Jaafar Ismail berkata, jumlah pelajar yang tidak dapat meneruskan sesi persekolahan dilaporkan kira-kira 15,084 orang.
Beliau berkata, sekolah yang ditutup itu masing-masing 24 di Pasir Mas, sembilan, Kuala Krai, enam, Tanah Merah, Lima, Tumpat dan empat di Machang.
“ Penutupan itu melibatkan 37 sekolah rendah dan 11, sekolah menengah,” katanya.
Sekolah yang ditutup di jajahan Pasir Mas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram dan SABK Diniah Bongor.
Selain itu turut terlibat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SMK Tiang Chandi, SK Gual Tinggi, SK Kedai Tanjong, SK Bakong, SK Gual Sitok, SK Gual Periok, SK Batu Jarum, SK Barol Pial, SK Kubang Kuau, SMK Barol Pial, SK Tok Sangkut dan SABK Al-Balaghul Mubin di jajahan itu turut ditutup.
Di Kuala Krai, ia melibatkan SK Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal, SABK Saadatul Qura, SK Batu Jong, SK Pasir Gajah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gajah.
Di Tanah Merah pula, enam sekolah yang ditutup adalah SMK Ladang Kerilla, SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Tebing Tinggi dan SK Kulim.
Manakala di Tumpat, sekolah yang ditutup adalah SABK Nurul Huda Kajang Sebidang, SK Simpangan, SK Bendang Pak Yong, SK Pulau Beluru dan SK Telok Jering.5
Di Machang, sekolah yang ditutup adalah SMK Temangan, SK Temangan, SK Kampung Kerilla dan SJKC Chung Hwa.4
Manakala di Terengganu Pengarah Jabatan Pendidikan, Negerinya, Shafruddin Ali Hussin memaklumkan, 12 sekolah terletak di Hulu Terengganu, 10 di Setiu dan masing-masing satu di Besut dan Kemaman telah ditutup.
Katanya, punca ditutup berikutan laluan ke sekolah dinaiki air dan ada sekolah yang turut dilanda banjir.
“Di Hulu Terengganu, penutupan melibatkan sembilan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Mengkawang, SK Padang Setebu, SK Cheting, SK Lubuk Periuk, SK Bukit Tadok, SK Padang Setar, SK Getang, SK Menerong dan SK Kuala Jenderis.
Tiga lagi ialah sekolah menengah kebangsaan (SMK) iaitu SMK Kuala Jenderis, SMK Menerong dan SMK Tun Indera,” katanya.